Salam kemerdekaan semua! Apa rancangan anda untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 ini? Apa kata anda ke Coinexy untuk berjual beli Bitcoin? Coinexy kan peer-to-peer exchanger buatan Malaysia sendiri, jadi ia adalah tempat terbaik untuk anda menabur benih-benih semangat patriotisme anda. Jom penulis belanja satu tutorial tentang cara-cara menggunakan Coinexy.
1 1. Buat akaun baru di Coinexy
Sebelum anda boleh mulakan aktiviti jual beli di Coinexy, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu.
Anda akan menerima link pengesahan dalam emel anda, klik link tersebut dan anda sudah boleh mula menggunakan platform Coinexy.
2 2. Keselamatan akaun
Coinexy menawarkan penambahan keselamatan untuk akaun anda melalui 2FA Google Authentication. Anda tidak perlu mengaktifkan ciri keselamatan ini untuk menggunakan Coinexy, tetapi penulis recommend anda aktifkan untuk tujuan keselamatan.
Untuk mengaktifkan ciri keselamatan ini, sila download dan install aplikasi Google Authenticator dalam telefon bimbit anda. Di akaun Coinexy anda, pergi ke tab ‘Settings – Two-step Auth’ dan ikuti panduan yang telah diberikan. Sekarang, setiap kali anda login ke akaun Coinexy anda dan membuat pemindahan Bitcoin, anda akan diminta untuk mengisi 6-digit daripada aplikasi Google Authenticator anda.
3 3. Pengesahan maklumat peribadi
Langkah ini juga tidak perlu dilakukan untuk menggunakan Coinexy. Namun begitu, ianya penting untuk menambah kredibiliti anda sebagai pembeli atau penjual dan juga keyakinan pengguna lain terhadap anda. Terdapat 4 pengesahan yang boleh dilakukan, dan yang pertama iaitu emel anda sudah disahkan sewaktu anda membuat akaun. Tiga pengesahan lain adalah: 1) nombor telefon, 2) gambar ID (IC atau passport), dan 3) gambar anda memegang ID anda.
4 4. Mula jual beli di Coinexy
Selesai semua? Bagus! Sekarang bolehlah anda mula berjual beli di platform Coinexy. Ada dua cara anda boleh gunakan.
Cari iklan
Di dashboard anda, klik tab ‘Buy Coin’ untuk membeli atau ‘Sell Coin’ untuk menjual. Anda akan dapat melihat senarai penjual atau pembeli Bitcoin di sebelah kanan skrin anda, seperti di gambar atas. Anda boleh juga melihat iklan-iklan matawang krypto lain di paparan yang sama.
Cari dan pilih harga iklan yang anda paling suka dan klik butang ‘Buy’ atau ‘Sell’. Contoh di bawah adalah untuk pilihan membeli Bitcoins.
Di sebelah kanan bawah skrin anda, anda akan dapat melihat review daripada pengguna-pengguna lain tentang penjual Bitcoin yang anda pilih. Di sebelah kiri pula adalah maklumat lain seperti jumlah trade, rating dan juga maklumat peribadi yang sudah disahkan.
Di sebelah kanan atas adalah maklumat tentang trade yang anda ingin mulakan. Anda perlu mengisi jumlah Bitcoin yang anda ingin beli berdasarkan jumlah minimum dan maksimum yang sudah ditetapkan penjual di ruang sebelah kanan. Jika anda ingin menjual Bitcoin, maklumat tambahan yang perlu di isi adalah maklumat bank anda dan juga arahan pembayaran.
Klik butang ‘Buy Bitcoins‘ dan trade anda akan bermula.
Letakkan iklan anda sendiri
Cara yang kedua adalah untuk mereka yang ingin mengiklankan harga mereka sendiri. Di dashboard anda, klik mana-mana butang ‘Advertise Now‘.
Di paparan iklan seperti di atas, pilih sama ada untuk beli (Buy) atau jual (Sell), jenis matawang krypto, dan tetapkan jumlah minimum (e.g 0.001) dan maksimum (e.g 0.5) anda. Kemudian pilih kaedah pembayaran (pemindahan bank atau deposit wang tunai), masa untuk pembayaran (15 minit atau 30 minit) dan maklumat bank anda serta arahan pembayaran (untuk penjual).
Di bahagian perletakan harga, harga pasaran dipaparkan untuk rujukan anda. Anda boleh mengubah harga anda dengan meletakkan peratusan yang anda inginkan. Peratusan negatif untuk harga kurang dari harga pasaran dan peratusan positif untuk harga yang lebih tinggi. Seperti contoh di atas, peratusan diletakkan -5% bawah harga pasaran (harga anda ditunjukkan dalam warna oren).
Memandangkan harga pasaran sentiasa berubah, anda boleh menetapkan harga maksimum (pembeli) atau minimum (penjual) iklan anda. Dan tambahan bagi penjual adalah pilihan untuk membundarkan harga iklan anda ke angka bawah terdekat. Contohnya, RM 18,769.68 akan dibundarkan menjadi RM 18,769.60.
Klik butang ‘Advertise Now’ dan iklan anda siap sedia untuk ditayangkan! Pastikan harga yang anda letak mampu bersaing dengan harga pengguna-pengguna lain ya. Sekarang anda boleh pergi makan dan tunggu pengguna lain menemui iklan anda. Mudah, bukan?
5 5. Trade sedang dalam proses
Jika anda menjual Bitcoin, apabila pembeli memulakan trade dengan anda, Bitcoin yang ingin dibeli akan dikunci oleh Coinexy sehinggalah trade selesai atau dibatalkan. Jika anda pembeli, anda perlu membuat pembayaran dan anda akan menerima Bitcoin anda apabila penjual sudah mengesahkan penerimaan pembayaran.
Gambar di atas adalah contoh proses pembelian Bitcoin. Anda mempunyai masa pembayaran seperti yang sudah ditetapkan oleh penjual. Jika anda memerlukan masa tambahan, anda boleh memintanya daripada penjual dengan klik butang ‘Extra‘. Jika penjual bersetuju, masa tambahan akan diberikan. Jika tidak, trade akan dibatalkan selepas masa habis.
Selepas anda membuat pembayaran, klik butang ‘Confirm Payment’ dan tunggu penjual membuat pengesahan penerimaan bayaran. Bitcoin akan dimasukkan ke akaun anda dan trade anda sudahpun selesai. Sama sahaja jika anda penjual. Pastikan bayaran sudah di masukkan ke akaun anda dan klik butang ‘Confirm Payment Received’ untuk melepaskan Bitcoin yang sudah dikunci tadi.
Tahniah! Anda sudah berjaya menjalankan trade pertama anda di Coinexy.