Default – Above Header Ads

10 Ciri-ciri Coin atau Token Kripto itu adalah Scam!

Kita tahu scam atau penipuan berlaku dimana-mana sahaja. Selagi terdapat orang yang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain, malas untuk ambil tahu tentang sesuatu dengan lebih mendalam atau memang naif sejak azali, pasti akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan terhadap mereka.

Sampaikan ada yang sudah di tahap “in denial“, di mana apabila sudah terang-terang sesuatu itu satu scam, dia tetap akan berputar belit atau mencari jalan untuk berkata ia bukan satu scam. Orang-orang ini terdiri daripada dua golongan: 1) Dia tahu ianya scam, tetapi kerana sudah banyak duit yang dah dilabur, dia terpaksa percaya ia bukannya scam dan 2) Dia antara yang terlibat secara langsung dengan scam itu.

Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi satu penulisan daripada Pengarah Ifcon Technology, Ahmad Aliff di halaman Facebook beliau. Dalam post itu, beliau telah menyenaraikan 10 ciri-ciri coin atau token kripto itu adalah scam, iaitu:

1. Pemilik, pengasas, founder atau co-founder tiada reputasi yang baik dan punya sejarah terlibat dengan aktiviti scam secara pasti.

2. Tidak punya nama pemilik atau sesiapa yang bertanggungjawab ke atas aktiviti dan pembangunan coin atau token yang dibangunkan.

3. Tiada projek atau bisnes yang jelas bagaimana demand dan pontential akan terhasil. Sebagai contoh : Ethereum menjadikan networknya digunakan untuk prasarana smart contract dan membina token baru sebagai bisnes yang akan mewujudkan demand dan potential. Ripple pula memberi fokus untuk networknya digunakan oleh bank-bank di dunia sebagai platform transaksi antara bank yang pantas dan selamat.

4. Menjanjikan income pasif dari pelaburan atau pembelian coin atau token tersebut.

5. Mengada program/platform MLM yang menjanjikan komisen atau bonus bagi menyokong demand coin atau token tersebut.

6. Wujud sistem leader-leader dan mencari-mengejar downline untuk menjual coin atau token.

7. Token atau coin asal pelaburan digantikan dengan token atau coin baru dengan alasan upgrade ke sistem baru atau migration.

8. Menjual harapan yang harga coin atau token itu nanti akan meroket setanding Bitcoin.

9. Token tiada nilai utiliti selain daripada dipegang/dijual di exchange.

10. Tiada roadmap atau perancangan yang jelas. Bahkan gagal mecapai target dari sudut sasaran masa.

Aliff Ahmad
Pengarah Ifcon Technology

Link kepada post Facebook: https://www.facebook.com/100023534350738/posts/389977215130087?sfns=mo

Penulis rasa, ia adalah 10 ciri-ciri jelas menunjukkan bukan sahaja matawang kripto, malah program lain di dunia bahawa ianya adalah scam. Kalau masih lagi “in denial” selepas ini, memang tidak boleh dibantu dah.

Apa pendapat anda?

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.