Default – Above Header Ads

10 Kegunaan Teknologi Blockchain dalam Dunia Sebenar

Matawang kripto semakin menempah populariti kerana tarikannya sebagai alternatif matawang biasa. Dan teknologi Blockchain sudah mula diuji oleh syarikat-syarikat dalam pelbagai sektor untuk penggunaannya dalam sistem. Oleh itu, sekarang adalah masa yang paling penting untuk kita tahu dan cakna tentang apa itu matawang Kripto. Bitcoin adalah antara nama yang tidak asing lagi di dunia dan teknologi Blockchain sudahpun melalui proses pengujian dalam kebanyakan sektor.

Tidak dinafikan yang matawang kripto memang sangat mengujakan! Kita semua sudah sedia tahu matawang kripto mempunyai potensi untuk mengubah dunia kerana ciri utama iaitu decentralized (tidak menggunakan pihak bank). Jadi, apakah antara kegunaan teknologi Blockchain dalam dunia sebenar?

  1. Pengurusan Harta

Syarikat seperti SwissBorg menyediakan token mereka sendiri sebagai solusi pelaburan. Ini memberikan peluang yang hebat kepada pelabur untuk menguruskan harta mereka tanpa ada sekatan dan halangan. Menurut SwissBorg, tidak kira individu, DAO (decentralized autonomous organization) mahupun pakar kewangan – SwissBorg adalah ekosistem demokrasi yang membolehkan kita mengurus portfolio aset kripto.

  1. Penglibatan dalam Penerbitan Digital

Hari ini, banner iklan yang seolah tiada kaitan dengan sesuatu artikel tidak efektif langsung untuk menarik perhatian pengguna. Dengan kos pengiklanan yang semakin meningkat, banyak syarikat yang kerugian wang dan masa kerana tidak dapat mencapai target audience yang diinginkan.

Penerbit digital dan pengiklan semakin beriya mencari cara untuk menaik taraf relevan sesama sendiri. Syarikat SolidOpinion telah memperkenalkan sejenis matawang Kripto hakmilik mereka sendiri yang dipanggil sebagai Engagement Token. Penerbit dan orang awam boleh memperoleh token dengan cara menerbitkan atau mengulas isi kandungan asal mereka sendiri, manakala pengiklan pula boleh membeli token untuk meletakkan iklan mereka di artikel-artikel yang relevan.

  1. Etika dalam Perniagaan

Disebabkan kebolehan matawang kripto yang boleh menjejak dan dijejak, ianya menjadikan sistem perniagaan lebih telus dan beretika. Blockchain boleh memastikan setiap transaksi menjadi lebih telus dan menggalakkan syarikat yang banyak mengubah rekod mereka untuk kepentingan sendiri untuk menjadi lebih beretika.

  1. Membasmi Penipuan Pilihanraya

Santiago Siri – pengasas bersama syarikat non-profit Democracy Earth, telah mencipta suatu aplikasi yang menggabungkan teknologi blockchain dengan undian. Penipuan dalam pilihanraya atau apa-apa korupsi yang melibatkan wang boleh dijejak dan dihalang dengan lebih mudah.

Siri berkata blockchain tidak boleh dikorupsikan; tiada sesiapa boleh mengolah atau menjejaskan cara undi disimpan dan itu adalah penting dalam satu sistem demokrasi.

  1. Membasmi Korupsi Badan Amal

Teknologi Blockchain boleh juga menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan badan amal seperti pengagihan yang tidak betul atau pencurian dalam organisasi sendiri. World Food Programme misalnya menggunakan teknologi Blockchain untuk mengagihkan wang bantuan kepada yang fakir miskin. Melalui cara ini, penderma boleh melihat sendiri dan menjejaki pergerakan wang yang sudah didermakan, pada masa yang sama memastikan organisasi beroperasi dengan telus.

  1. Mesra Alam

Pada masa kini, pelbagai usaha yang telah dijalankan untuk memelihara alam sekitar.Teknologi Blockchain mempunyai potensi untuk mencipta satu ekosistem di mana setiap orang yang menyertai usaha memelihara alam sekitar mendapat ganjaran daripada amalan baik mereka.

Brooklyn Microgrid telah membuat sistem di mana orang yang sudah mempunyai panel solar, boleh menjual environmental credits (kredit alam sekitar) melalui aplikasi telefon kepada jiran-jiran mereka yang tidak boleh mendapat akses secara langsung. Ini bermaksud, semakin kurang tenaga yang menggunakan karbon dan semakin banyak tenaga yang menggunakan kuasa solar.

  1. Pelancongan

Salah satu kategori yang boleh menggunakan Bitcoin ataupun matawang kripto adalah sektor pelancongan. Agensi pelancongan seperti chepair.com menerima Bitcoin sejak 2013 – dimana kita boleh membeli tiket penerbangan, hotel, sewa kereta dan cruise.

Selain daripada itu, banyak syarikat yang sudah mula menggunakan matawang kripto dalam program loyalty rewards mereka. Kelebihan matawang kripto membolehkan pelanggan menjejak reward points mereka dan pada masa yang sama memperoleh keuntungan daripada nilai matawang kripto itu sendiri.

  1. Pendidikan

Semakin banyak tempat belajar yang menerima matawang kripto sebagai salah satu cara bayaran. Universiti di Switzerland, Germany, Cyprus dan Amerika Syarikat sudahpun menerima Bitcoin sebagai kaedah bayaran – mengikut Futurism.com. Pasti kaedah bayaran ini akan menjadi lebih popular dan berkembang di masa akan datang.

Sijil digital juga sudah menjadi suatu kemungkinan yang besar. MIT adalah universiti yang pertama melancarkan sijil digital pada tahun 2017, dan tahun ini semakin banyak universiti yang mula membuat penyelidikan dalam bidang teknologi Blockchain untuk digunakan dalam bidang pendidikan.

  1. Penjanaan Dana

Matawang kripto adalah pilihan yang semakin popular, membolehkan ia menjadi revolusi proses penjanaan dana. Daripada menggunakan dana VC yang lapuk ataupun laman web seperti IndieGoGo mahupun Kickstarter, syarikat baru mula menjurus kepada menggunakan matawang kripto untuk menjana dana atas idea, servis dan produk mereka melalui Initial Coin Offering (ICO). Ini adalah kerana transaksi matawang kripto bukan sahaja cepat dan murah, tetapi juga merentasi seluruh dunia, memberi kelebihan untuk mengumpul dana di mana-mana sahaja.

  1. Realiti Augmentasi

Syarikat Fluffr.io dan Blendar sama-sama bergabung bersama Candy Lab akan merevolusikan pengalaman secara peribadi dengan menggunakan jenis matawang sosial yang berkait dengan Blockchain. Syarikat Blendar memberikan ganjaran kepada penggunanya yang menggunakan pengalaman realiti augmentasi dengan matawang Kripto. Augmentasi realiti berdasarkan lokasi akan menjadi masa depan dalam sektor pemasaran dan pengiklanan.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads