Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

2 Trend Teknologi Blockchain yang akan Berkembang pada Tahun 2018

Teknologi Blockchain pada tahun 2017

Tahun 2017 boleh dikatakan sebagai tahun teknologi Blockchain dan matawang kripto mendapat spotlight di mata dunia. Walaupun masih banyak lagi keraguan mengenai matawang kripto, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi Blockchain telah membuka pintu kepada banyak kemungkinan perkembangan teknologi untuk masa hadapan. Malah, ramai pakar teknologi percaya bahawa kemunculan teknologi Blockchain seiring dengan teknologi lain seperti AI, platform digital dan deep machine learning telah membawa kita kepada revolusi teknologi 4.0.

Teknologi Blockchain telah membawa pelbagai kemajuan terutama dalam sektor kewangan, di mana penyelidikan dan pelaburan dalam bidang fintech telah membawa pelbagai inovasi baru dalam sistem kewangan yang sedia ada. Selain daripada itu, pasaran matawang kripto yang didominasi oleh Bitcoin telah menarik pelabur daripada latar belakang yang berbeza, dan akhirnya Bitcoin telah berjaya menjadi matawang digital pertama yang mendapat tempat dalam pasaran kewangan global.

2017 juga merupakan tahun di mana ICO diperkenalkan, yang telah menggegarkan dunia crowdfunding yang dahulunya menggunakan model Venture Capitalist yang tradisional. Ini telah menyumbang kepada beberapa projek ICO yang berjaya mengutip dana melebihi crowdfunding tradisional, termasuk Bancor, Tezos, EOS dan banyak lagi. Larangan China terhadap ICO dalam negara itu mungkin memberi kesan kepada projek dalam negara itu sendiri, namun ianya langsung tidak mengurangkan jumlah ICO ataupun populariti ICO sebagai alat pelaburan dalam dunia matawang kripto.

Tahun 2017 adalah tahun breakthrough teknologi Blokchain dan matawang kripto, jadi tahun 2018 perlu menjadi tahun perkembangan pesat teknologi ini. Tahun ini membawa jangkaan yang tinggi dan menjelang penghujung 2018, potensi teknologi Blockchain untuk masa akan datang akan ditentukan. Terdapat dua trend yang akan membuka jalan kepada teknologi Blockchain pada tahun 2018.

Blockchain pada tahun 2018

Blockchain dan IoT (Internet-of-Things)

Bitcoin Exchange CEX.IO

IoT adalah sambungan kepada protokol perhubungan Internet, suatu rangkaian yang melibatkan apa sahaja yang ada di dunia ini seperti alat komunikasi, manusia, binatang dan sebagainya, yang boleh berkongsi maklumat. Teori IoT adalah semua benda dalam dunia ini boleh dihubungkan ke Internet melalui alat-alat seperti sensor, RFID, dan aktuator, dan apa sahaja maklumat dan data boleh dipindahkan atau dikongsi sekelip mata.

Mungkin kita rasa seperti kita sudah terhubung sepenuhnya melalui Internet. Media sosial seperti Facebook dan Whatsapp telah menggantikan komunikasi muka-ke-muka, Instagram telah mengambil alih keperluan pencetakan gambar, dan bermacam-macam lagi aplikasi lain yang menghubungkan kita ke dunia luar telah pun wujud. Tetapi itu hanya skala kecil, dan perkembangan IoT mempunyai matlamat untuk mencipta satu infrastruktur yang menggabungkan dunia fizikal dan mental dan juga dunia alam maya dalam pelbagai lapisan.

Sumber: wikipedia

Salah satu bahagian penting dalam perkembangan IoT adalah keselamatan rangkaian yang akan menghubungkan device. Buat masa ini, protokol sekuriti yang sudah diimplementasi tidak mampu menampung keperluan penskalaan IoT. Bayangkan, bagaimana protokol keselamatan yang centralized mampu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi rangkaian yang sudah tersebar di seluruh dunia?

Disitulah teknologi Blockchain merupakan perkembangan teknologi yang penting untuk isu ini, kerana ia mempunyai potensi untuk membolehkan satu rangka keselamatan yang berskala besar dan mapan diimplementasi dalam IoT. Asas teknologi Blockchain yang melibatkan lejar yang desentralisasi boleh diubah suai menjadikan IoT lebih selamat. Tambahan lagi, teknologi Blockchain adalah antara teknologi yang mempunyai kos implementasi yang rendah dan membolehkan transaksi (pemindahan data) berlaku dengan pantas. Tidak mustahil tahun 2018, teknologi Blockchain mula diintegrasi dengan aplikasi IoT untuk menjadikannya lebih selamat dan telus.

Blockchain dan AI (Artificial Intelligence)

Sejak penciptaan komputer, saintis telah cuba menerokai evolusi seterusnya, iaitu thinking machines. Thinking machines adalah suatu komputer yang sangat bijak, yang boleh memproses maklumat menggunakan deria manusia, seperti melihat, mendengar dan bercakap. Dalam erti kata lain, AI atau artificial intelligence. AI adalah algoritma yang membolehkan komputer menunjukkan fungsi-fungsi yang tidak terdapat dalam program asal. Ia adalah evolusi yang meletakkan status komputer menyamai manusia.

Sebelum wujudnya AI, mesin yang paling kompleks pernah dibina mempunyai kapasiti, di mana fungsinya terhad kepada algoritma yang ditetapkan manusia. Jika AI berjaya diimplementasi, kapasiti mesin mungkin akan lebih daripada manusia. Itu adalah visi yang ingin dicapai oleh penyelidik AI.

Sumber: beencrypted.com

Seperti teknologi Blockchain, tahun 2017 merupakan tahun di mana asas dan prinsip mengenai AI ditetapkan, dan tahun 2018 akan menampakkan aplikasi prinsip-prinsip itu. Antara sektor yang akan mendapat impak besar dari implementasi AI adalah sektor yang memerlukan “big data”, seperti perubatan, pengiklanan, pencarian kerja dan macam-macam lagi.

Akses kepada “big data” sangat penting untuk menggunakan keupayaan AI sepenuhnya, namun ia adalah antara isu yang menghalang perkembangan AI. Majoriti “big data” yang boleh diakses adalah untuk kegunaan analisa, menyebabkan akses sangat terhad dan tidak efektif dari segi kos. 90 peratus daripada data dalam web tidak mempunyai struktur, menyebabkan pencarian sangat sukar dan tidak mudah diproses.

Teknologi Blockchain adalah satu inovasi pengkalan data, kerana data yang terdapat dalam Blockchain dilindungi oleh kriptografi, menjadikan Blockchain tempat penyimpanan data yang selamat untuk maklumat yang sensitif atau peribadi. Jika teknologi Blockchain yang selamat digabungkan dengan AI yang mampu memproses data tersebut dengan kapasiti lebih dari manusia, begitu besar potensi untuk mengembangkan kegunaan AI dalam kehidupan. Contohnya, dalam sektor kesihatan, sistem smart healthcare mampu membuat diagnosis yang tepat melalui maklumat pesakit yang diberikan, membantu pakar kesihatan membuat pengesahan tentang sesuatu penyakit.

Selain itu, ekosistem teknologi Blockchain menjamin semua data disimpan dengan selamat dan risiko penyalahgunaan maklumat berkurang. Rekod yang disimpan dalam Blockchain boleh digunakan untuk menjejak dan menganalisa proses yang dilalui oleh AI dalam membuat keputusan. Dan akhir sekali, AI mempunyai potensi untuk menggantikan penggunaan komputer yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi, kerana ia melangkaui kapasiti sebuah komputer yang tidak cerdik.

Kesimpulan

Revolusi teknologi 4.0 bukan hanya melibatkan perkembangan teknologi Blockchain tetapi juga kemajuan dalam teknologi yang sedia ada (Internet) dan baru (AI). Teknologi Blockchain mempunyai potensi yang sangat besar dan juga kapasiti untuk menjadi pelengkap kepada perkembangan teknologi-teknologi lain yang lebih besar. Prinsip asas teknologi Blockchain, keselamatan dan ketelusan sistem Blockchain sudah pasti akan berguna dengan evolusi teknologi yang melibatkan protokol yang lebih maju dan lebih banyak data yang tersebar.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads