Default – Above Header Ads

4 Aplikasi Dunia Sebenar Teknologi Blockchain

Sudah 10 tahun sejak Satoshi menerbitkan penulisannya yang telah mewujudkan dunia kripto. Selepas sepuluh tahun dengan peningkatan populariti, kontroversi dan gembar-gembur berkenaan teknologi blockchain, apakah kesannya kepada dunia sebenar yang dapat kita lihat? Dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang apabila teknologi blockchain ini lebih banyak diguna dan diterima pakai?

Walaupun inisiatif blockchain telah digunakan dan dikaitkan dengan hampir semua sektor yang anda boleh bayangkan – dari kewangan dan keselamatan kepada hiburan, media dan juga pornografi – terdapat empat bidang di mana telah melihat perubahan paling berkesan setakat ini. Dalam artikel ini, penulis akan menunjukkan realiti sebenar penggunaan blockchain yang meliputi perbankan, penamaan tanah, pengurusan rantaian bekalan dan rekod perubatan.

Perbankan dan Fintech

Sektor kewangan adalah yang bidang pertama yang jelas berisiko untuk digangu gugat disebabkan teknologi blockchain. Mungkin kerana ancaman kewujudan Bitcoin, bank swasta yang besar di seluruh dunia telah membina blockchain dan mengintegrasikan teknologi blockchain dalam senarai produk mereka. Dan sebahagian dari mereka mula bertaruh pada matawang kripto mereka sendiri.

Menurut beberapa perkembangan sekarang ini, pelbagai jenis percubaan menguasai teknologi blockchain oleh gergasi kewangan adalah semata-mata untuk mengekalkan kekuatan, kekuasaan dan kedudukan mereka. Sementara itu, bank pusat di seluruh dunia juga mula mengambil perhatian dalam bidang ini, dan sudah bereksperimen dalam blockchain, sama ada secara terang-terangan atau secara rahsia.

Ripple – penyelesaian blockchain perusahaan untuk pembayaran global – telah memperoleh beberapa perkongsian dari industri kewangan utama. Pada pertengahan November 2017, Ripple mengumumkan perjanjian dengan American Express dan Banco Santander di mana pelanggan American Express di A.S. boleh menghantar pembayaran tanpa kad kepada akaun U.K. Santander menerusi rangkaian AmEx FX International Payment dan akhirnya akan diproses melalui blockchain Ripple.

Penguasaan Ripple dalam bidang kewangan tidak dapat dipertikaikan, walupun ramai juga sebenarnya yang mengkritik Ripple tidak beretika dalam pengurusannya, ini tidak menghalang kerjasama beberapa syarikat dan firma, seperti MoneyGram International. Ripple dan MoneyGram bekerjasama dalam projek pembayaran rentas sempadan yang direka untuk menggunakan XRP Ripple.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Tetapi kerjasama Ripple tidak berhenti di situ sahaja: dua bank pusat telah menguji teknologi blockchain Ripple juga. Ripple turut bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Monetari Arab Saudi – bank pusat bagi Kerajaan Arab Saudi – untuk menguji pembayaran rentas sempadan segera ke atas blockchain di kalangan bank-bank tempatan di rantau ini. Ripple juga sudah berjaya menyelesaikan projek pembuktian konsep dengan kerjasama Bank of England.

Penamaan Tanah

Penamaan tanah masih menggunakan teknologi di tahap yang rendah di kebanyakan negara dan urusan penamaan tanah ini terdedah kepada pemalsuan. Selalunya proses ini melibatkan dokumen yang banyak, dan ini mendedahkan ruang yang banyak untuk berlakunya kesilapan dan pemalsuan.

Untuk mengurangkan penyelewengan dan pemalsuan dan meningkatkan ketelusan, Sweden mula bereksperimen dengan blockchain untuk meletakkan asas bagi sistem pendaftaran tanahnya. Negara ini memulakan eksperimennya pada bulan Jun 2016, dan setakat ini ia berjaya menyelesaikan beberapa tahap eksperimen dan akan dilancarkan secara rasmi menjelang hujung tahun 2019.

Perkembangan ini tidak terhad kepada Sweden: untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan pertikaian harta, kerajaan negeri Andhra Pradesh di India telah berjaya mencatatkan lebih daripada 100,000 rekod tanah menggunakan teknologi blockchain. Kemajuan Estonia dalam menggunakan penamaan tanah juga berjalan dengan baik.

Pengurusan Rantaian Bekalan

Dari awal kewujudan blockchain lagi, pengurusan rantaian bekalan (SCM) untuk sektor logistik dan peruncitan adalah sektor utama untuk gangguan oleh teknologi blockchain. Banyak pihak terlibat dalam bidang penghantaran: dari pengeluar, pengeksport, dan pengguna ke jabatan kastam di negara-negara yang berbeza, menyimpan dan berakhir kepada pelanggan.

Penjejakan barang adalah sangat penting bagi semua pihak yang terlibat. Blockchain akan membenarkan pihak untuk menguruskan sistem pengedaran dengan teliti, dan tandatangan digital yang digunakan dalam pengesanan barang dapat mengelakkan masalah silap perlabelan dan mengubah rekod penghantaran barang. Walau bagaimanapun, untuk merevolusikan pengurusan rantaian bekalan, masalahnya terletak dalam mewujudkan kes perniagaan yang hebat dan juga satu standard yang diselaraskan supaya semua pihak dapat menggunakannya.

Dalam pada itu, syarikat perkapalan terbesar di dunia, Maersk, telah menggunakan teknologi blockchain dari IBM untuk mengesan penghantaran barang. Walmart juga turut menggunakan teknologi yang sama untuk mengesan lebih dari 1.1 juta perjalanan barang dari pengeluar hingglah ke pengguna yang terakhir.

Rekod Perubatan

Jika ada maklumat yang anda ingin simpan secara rapi, diakses dan dikongsi dalam cara yang selamat, dipercayai dan dikawal, ia semestinya adalah rekod perubatan. Baru-baru ini, syarikat siber Guardtime telah mencipta sistem kemasukan tanpa kunci berdasarkan teknologi blockchain. Ia digunakan di Estonia. Hasil inovasi Guardtime telah mewujudkan gelombang keselamatan siber yang kini digunakan untuk melindungi semua rekod perubatan Estonia. Ini terbukti menjadi salah satu kegunaan pertama blockchain untuk kesihatan – dan semestinya bukan yang terakhir.

Di samping itu, terdapat juga contoh Gem. Dengan matlamat memberikan pesakit kawalan ke atas rekod perubatan mereka dan data genomik dengan menggunakan penyelesaian blockchain, Gem telah bekerjasama dengan Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit AS untuk mencuba dengan menggunakan teknologi blockchain untuk memantau penyakit berjangkit.

Rumusan

Empat bidang yang penulis nyatakan secara ringkas ini pada pendapat pendapat penulis adalah masa depan dan batu asas untuk penerimaan teknologi blockchain dalam bidang yang lain. Apakah jenis revolusi yang boleh kita harapkan untuk melihat tidak lama lagi dalam aplikasi dunia sebenar yang menggunakan teknologi blockchain? Ini saya tidak dapat nyatakan secara pasti, namun penting untuk saya mengakui bahawa selepas gembar-gembur berkenaan blockchain, tidak lama lagi kita boleh mengharapkan untuk melihat lebih banyak lagi isyarat perubahan yang nyata dan bermakna dan nilai positif yang dibawa kepada tahap makro, hasil pelaksanaan dan penggunaan teknologi blockchain dalam bidang-bidang lain.

Rujukan Lanjut

  1. https://www.coindesk.com/sweden-demos-live-land-registry-transaction-on-a-blockchain
  2. https://ripple.com/insights/ripple-hosts-worlds-central-banks-to-explore-next-generation-of-payments/
  3. https://bitcoinmagazine.com/articles/the-blockchain-for-heathcare-gem-launches-gem-health-network-with-philips-blockchain-lab-1461674938
  4. https://guardtime.com/blog/world-s-first-blockchain-supported-personal-care-record-platform-launched-by-guardtime-and-partners
  5. https://www.ibm.com/blockchain/industries/supply-chain
  6. https://qz.com/india/1325423/indias-andhra-state-is-using-blockchain-to-build-capital-amaravati/

Penulis: Kripto Kobra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads