Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

5 Cara China Mengembangkan Teknologi Blockchain

Baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping telah mengeluarkan satu arahan supaya kerajaannya menguasai teknologi blockchain. Ini jelas menunjukkan sokongan negara China terhadap teknologi blockchain, namun masih mengharamkan perdagangan matawang kripto blockchain awam lain seperti Bitcoin, terutamanya yang berasal dari luar negara.

Blockchain, bukan Bitcoin”, adalah antara slogan yang diperkatakan oleh komuniti kripto berkenaan polisi negara China dalam mendepani dan menguasai teknologi blockchain. Ini secara ringkasnya adalah salah satu slogan yang digunakan oleh negara China. Namun penulis berpendapat itu hanyalah sebagai slogan yang merumuskan keseluruhan strategi China. Maka dalam tulisan ini penulis ingin membincangkan berkenaan maklumat lanjut 5 aspek bagaimana China menggunakan slogan itu sebagai dasar untuk mengembangkan teknologi blockchain, dan menempah namanya sebagai kuasa besar yang menguasai teknologi blockchain.

  1. Matawang Digital

Rancangan China adalah luas dan pelbagai, tetapi dalam jangka pendek, negara ini seolah-olah berminat untuk mewujudkan matawang digitalnya sendiri, seolah-olah ingin bertarung dan mengalahkan Libra yang dibina oleh Facebook.

Facebook berharap dapat melancarkan stabilkoin Libra pada tahun depan, dan gergasi media sosial telah meletakkan projek ini sebagai satu cara untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kewangan kepada orang di seluruh dunia. Rancangan sekarang adalah untuk Libra dipasakkan oleh beberapa matawang fiat, namun yuan China bukanlah salah satu daripada matawang fiat yang dipilih.

Satu jabatan dari Bank Rakyat China yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Mata Wang Digital (DCRI) – yang bertanggungjawab untuk memajukan rancangan China untuk menghasilkan mata wang digital negara China. Seminggu yang lalu, organisasi itu mengumumkan bahawa ia berusaha untuk mengupah pakar teknologi untuk meningkatkan usaha pembinaan matawang digitalnya. Usaha rasmi dari kerajaan China ini menunjukkan mereka ingin menguasai teknologi blockchain dari aspek penciptaan matawang digital.

  1. Aset Digital
EXMO affiliate program

China telah menyatakan dengan jelas bahawa ia bimbang tentang Libra, namun beberapa pegawai kerajaan China nampaknya agak terbuka, malah tegas melengkapi, usaha Facebook. Semasa Persidangan Blockchain Shanghai Wanxiang, acara blokchain yang disokong negeri, Li Lihui, ketua Kumpulan Kerja Penyelidikan Blockchain di Persatuan Kewangan Internet Nasional China, berkata Libra “akan menjadi organisasi yang dipercayai yang mengeluarkan matawang digital,” sekiranya ia menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Walaupun China mempunyai hubungan bercampur-campur dengan aset digital, jelas bahawa beberapa di dalam kerajaannya melihat perkara-perkara dalam Libra yang mereka suka, atau paling kurang mereka hormat. Begitu juga dengan sikap China terhadap aset digital lain, seperti Bitcoin.

Sebagai contoh, China telah mengambil sikap yang tegas terhadap bursa perdagangan matawang kripto asing, tetapi kes mahkamah baru-baru ini di “Mahakamah Internet” China melihat Bitcoin diiktiraf sebagai mempunyai status undang-undang yang sama dengan aset fizikal. Mahkamah memutuskan bahawa Bitcoin mempunyai “nilai, kekurangan bekalan dan penggunaan,” dan patut dilindungi oleh “undang-undang harta China.” Ini menunjukkan aspek penguasaan blockchain China dari segi aset digital dan utiliti mereka, juga dari segi undang-undang, dan pasti ini akan lebih teserlah bagaimana mereka ingin memanfaatkat aset digital ini pada masa hadapan.

  1. Decentralized Finance (DeFi) – Kewangan Terdesentralisasi

Sesetengah institusi besar China-seperti China Merchants Bank-sedang mencari cara untuk melancarkan aplikasi kewangan mereka, dan mewujudkan sistem kewangan yang terdesentralisasi – Decentralized Finance (DeFi). Sebagai salah satu bank terbesar di China, Merchant Bank menguruskan aset bernilai lebih $ 1 trilion dan membawa hasil jualan lebih daripada $ 30 bilion pada tahun 2018 sahaja.

China Merchants Bank mengumumkan pada awal bulan ini yang telah bekerjasama dengan Nevos, sebuah rangkaian blokchain untuk menyediakan applikasi terdesentralisasi – decentralized apps (Dapps) yang menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan, walaupun Nevos masih belum memberikan butiran lanjut.

Ini adalah strategi bagaimana China ingin menguasai blockchain dari segi DeFi, dan ini menurut pendapat penulis adalah bidang yang mempunyai kes kegunaan yang pelbagai dan pasti akan memberikan pulangan yang lumayan pada masa hadapan, kerana terdapat pelbagai aspek sistem kewangan kini dapat dilaksanakan dengan menggunakan teknologi blockchain dan menggunakan prinsip DeFi. 

  1. “Unicorn” Blockchain

“Unicorn” menurut lenggok bahasa syarikat permulaan adalah syarikat permulaan yang mendapat penilaian $1 billion. China merupakan tuan rumah kepada syarikat perlombongan Bitcoin utama di dunia, Bitmain, berada di takhta tertinggi berbanding semua syarikat permulaan kripto lain dalam senarai “Global Unicorn List.” Senarai yang dinyatakan oleh Hurun Report yang berpangkalan di Shanghai turut menganalisis syarikat permulaan teknologi dengan penilaian lebih daripada $ 1 bilion, tetapi tidak tersenarai di bursa saham, dan tanpa pelaburan ekuiti swasta dan kurang dari 10 tahun.

Hasilnya, 11 syarikat blockchain termasuk di dalam senarai itu, tetapi Bitmain, dengan nilai kira-kira $ 12 bilion, mendahului mereka semua, sekali lagi menonjolkan kepentingan perlombongan Bitcoin di China. Dan kini syarikat-syarikat tersebut ada yang cuba untuk mendapatkan penyenaraian di bursa saham Amerika Syarikat. Dengan kewujudan banyak “unicorn” di kalangan syarikat permulaan di China, ini menunjukkan bahawa China sedang menguasai teknologi blockchain melalui syarikat-syarikatnya yang bertapak di sana, dan ini semestinya akan turut mewujudkan pelbagai lagi jenis syarikat dan teknologi pada masa hadapan. 

  1. Pengawasan Besar-Besaran Dan Bandar Pintar

Salah satu aspek buruk teknologi blockchain kini digunakan untuk mengawal pergerakan dan tindakan rakyatnya. Kerajaan China umum diketahui adalah sangat ketat dalam mengawasi rakyatnya. Ada juga yang mengatakan bahawa matawang digital yang disokong negara China yang dirancang adalah salah satu usaha untuk memantau secara lebih aktif aktiviti kewangan rakyatnya.

Tambahan pula salah satu pembuat kereta China terbesar-Wianxiang-baru-baru ini telah melaburkan hampir $ 30 bilion ke dalam syarikat permulaan blockchain baharu yang berusaha membina sebuah “bandar pintar” dikuasakan oleh teknologi blockchain yang boleh mengesan data penduduk.

“Wanxiang City,” dijangka menjadi bandar pintar terbesar, menurut pengumuman dari pembuat kereta tersebut pada Julai lalu. Teknologi syarikat itu dimaksudkan untuk “mengesan, menghantar, dan menjaga data kritikal seperti kad pengenalan penduduk dan peranti pintar”. Ini menunjukkan bahawa China berada di barisan hadapan dalam memanfaatkan teknologi blockchain dalam bidang pengawasan besar-besaran dan bandar pintar, yang pastinya akan turut menyumbang kepada kemajuan  teknologi blockchain yang digunakan dalam bidang yang lain.

Rumusan

Berdasarkan 5 cara yang penulis sebutkan tadi, jelaslah bahawa China berjaya meletakkan negaranya di hadapan dalam mengembangunkan teknologi blockchain. Walaupun teknologi blockchain ini asalnya datang untuk memberikan kebebasan kepada manusia, China menolak aspek ini dan menggunakan teknologi blockchain untuk mengawal rakyatnya, dan membawa teknologi blockchain ke hadapan, sama ada ia memberi kesan yang baik atau buruk kepada rakyatnya, dan juga kepada dunia keseluruhannya. 

Rujukan Lanjut:

https://hackernoon.com/the-future-of-chinas-blockchain-industry-7a1c37abcef

https://www.washingtonpost.com/opinions/global-opinions/china-is-racing-ahead-of-the-united-states-on-blockchain/2019/03/07/c1e7776a-4116-11e9-9361-301ffb5bd5e6_story.html

https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/china-gets-into-blockchain-race-with-us-in-plan-to-become-high-tech-superpower

https://www.forbes.com/sites/stevenehrlich/2018/09/17/making-sense-of-chinas-grand-blockchain-strategy/#e36028f3678b

https://decrypt.co/10832/7-ways-china-boosting-blockchain-what-it-means-for-bitcoin

Penulis – Krypto Kobra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.