Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Adakah AION Generasi Ketiga Blockchain?

Aion dicipta bertujuan untuk membolehkan operasi antara blockchain yang berbeza dan juga menyelesaikan cabaran kebolehan berskala yang wujud dalam sistem semasa. Aion membenarkan mana-mana private atau public blokchain untuk menghantar data dan nilai antara blockchain yang memperakui Aion dan Ethereum melalui network bridges.

Idea disebalik Aion

Aion berusaha untuk menyelesaikan cabaran operasi antara blockchain, menyambung public blokchain ke public blockchain lain serta private enterprise blockchain. Ini dilakukan melalui token bridge yang membolehkan token untuk bergerak merentasi rangkaian.

Platform ini direka dengan kebolehan berskala yang tinggi, yang membawa kepada pemprosesan transaksi yang cepat, serta kapasiti yang lebih tinggi untuk pemindahan data dan keupayaan untuk mengubah suai public dan private enterprise blockchain.

Walaupun blokchain menyediakan tahap kepercayaan tersendiri dalam setiap rangkaian, kepercayaan ini tidak lagi dijamin apabila ianya bergerak ke luar rangkaian seperti ke bank, kerajaan dan lain-lain lagi.

“Pada asasnya, Aion menjadi saluran untuk memindahkan data ke sekitarnya. [Aion menyediakan] perisian perantara untuk blokchain berkomunikasi antara satu sama lain, dan keupayaan untuk menyampaikan mesej antara mereka,” kata Matt Spoke, CEO dan Pengasas Aion kepada Techcrunch.

Matt Spoke dan Pengasas bersama, Jinius Tu (CTO) dan Kesem Frank (COO) sebelum ini bekerja di Deloitte sebagai sebahagian daripada pasukan blockchain di syarikat itu. Semasa di sana, mereka mula memahami keperluan untuk public blokchain berhubung dengan private blokchain yang berbeza. Jinius Tu juga mempunyai pengalaman bekerja di Morgan Stanley sebagai jurutera risiko senior. Ian Chain, bekas rakan kongsi global di Deloitte, juga menyertai Aion Foundation sebagai Eksekutif kanan.

Syarikat itu sebelum ini dikenali sebagai Nuco Global dan menukar namanya kepada Aion Foundation pada Julai 2018. Langkah ini menandakan peralihan formal dari sebuah syarikat ke pertubuhan non-profit.

Aplikasi dunia sebenar Aion adalah dalam rangkaian bekalan logistik, IoT, pasaran media dalam talian, pengumpulan dana, dan identiti digital.

Rangkaian Aion

Aion dicipta sebagai rangkaian pelbagai peringkat, sama seperti rangkaian komputer. Logik dan nilai kedua-duanya diserahkan semasa transaksi antara blokchain yang berbeza untuk mewujudkan rantaian nilai di mana semua urus niaga berlaku pada rantaian. Aion ialah protokol Proof-of-Work (PoW) berdasarkan algoritma Equihash.

Rangkaian Blockchain pelbagai peringkat dengan semua peserta

Berbeza dengan kontrak pintar, Aion memusnahkan token ketika dipindahkan supaya hanya terdapat satu token pada satu masa. Ia dilakukan melalui Aion Token bridge yang memindahkan token AION ERC-20 pada rangkaian Ethereum. Bridge adalah dua arah dan menggunakan algoritma berasaskan Byzantine Fault Tolerant untuk mencapai konsensus. Sekiranya terdapat lebih dua pertiga undi pada transaksi, ia akan diluluskan.

Bridge mempunyai dua fungsi:

  1. Menandakan dan menyiarkan transaksi antara blockchain sebaik sahaja ia dimeteraikan di blokchain asal dan transaksi penghantaran telah dibayar.
  2. Memaklumkan rangkaian penyambung tentang kemaskini hash merkle.

Aion Virtual Machine (AVM)

Aion Virtual Machine adalah unik kerana ia direka berdasarkan pelaksanaan lightweight Java Virtual Machine. Ia dibuat khas untuk Aion melaksanakan logik rantaian dalam rangkaian teragih. Ia dibangunkan dengan matlamat ke arah prestasi dan keteguhan. AVM adalah satu langkah ke arah aplikasi interchain yang lebih berkuasa.

Application Programming Interface (API)

Aion menyokong API Web3 dan Java. API Java Aion dibina menggunakan Java 8 tetapi menyokong ciri-ciri dalam JDK9 dan 10. Ia menawarkan antara muka untuk aplikasi Java selain integrasi dengan Blockchain as a Service (BaaS). Modul Web3 berfungsi dengan mana-mana nod Aion untuk menggunakan kontrak pintar.

AION Token

AION telah mencipta sejumlah 465,934,587 token dan tidak akan menghasilkan sebarang token tambahan pada masa akan datang. AION adalah token utiliti dan boleh digunakan untuk mencipta blokchain baru, untuk pengewangan interchain bridge dan untuk menjamin rangkaian. Ia juga digunakan untuk transaksi P2P, bayaran untuk sumber pengiraan dan memberi ganjaran kepada pelombong. Token Aion asalnya merupakan ERC-20 tetapi syarikat itu mengumumkan pertukaran token pada 25 April 2018 kerana Aion Kilimanjaro mainnet telah dilancarkan.

Perkembangan Aion

Kadang-kadang sukar untuk menentukan berapa banyak kerja yang telah dilakukan pada sesuatu projek. Walau bagaimanapun, salah satu petunjuk terbaik adalah dengan pergi terus ke repositori kod awam. Jika kita lihat di Aion GitHub, terdapat banyak kerja yang telah selesai. Aion juga mempunyai 29 lagi repositori lain yang mempunyai aktiviti coding yang aktif. Aion berada pada nombor 23 dari segi coding yang dilakukan di CoinCodeCap.

Komuniti Aion

Kerana Aion adalah permissionless blockchain, jadi sesiapa sahaja boleh menjalankan nod Aion dan melombong Aion. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 2,000 pelombong yang membantu untuk menjamin rangkaian Aion dan sementara rangkaian berkembang, bilangan pelombong juga dijangka bertambah.

Penglibatan dan sumbangan komuniti digalakkan oleh pasukan pembangunan Aion, dan ini menjadikan saluran Aion Telegram dan Discord agak aktif. Saluran Telegram sangat aktif dengan lebih daripada 32,000 ahli, manakala saluran Discord mempunyai hampir 5,000 ahli.

Di samping berkongsi idea di Telegram dan Discord, developer juga dapat mengemukakan Cadangan Peningkatan Aion. Developer diberi insentif melalui penggunaan bounty dan geran.

Rangkaian sosial Aion juga agak popular. Halaman Facebook mempunyai lebih dari 85,000 pengikut, dan angka pengikut yang besar di Facebook adalah agak luar biasa untuk projek blockchain. Mereka juga mempunyai lebih daripada 67,500 pengikut Twitter dan satu blog yang sentiasa dikemas kini.

Di rangkaian sosial Reddit, yang cenderung menjadi media sosial yang paling popular untuk peminat blockchain, Aion mempunyai lebih daripada 72,000 pengikut dan subreddit aktif.

Prestasi AION Token

Aion bernasib baik apabila melancarkan ICOnya pada penghujung tahun 2017, apabila pasaran matawang kripto sedang giat membuatkan pelabur bersedia untuk membeli apa-apa token yang muncul. ICO Aion berjaya mencapai hardcap sebanyak $22 juta.

Harga Aion melonjak dari mula dan pada 8 Januari 2018, ia mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu pada $11.51. Tiga bulan kemudian, token itu didagangkan hanya pada $1.84.

Terdapat pemulihan berikutan penurunan itu, yang berlangsung selama sebulan. Harga token kembali ke paras $ 4.00 sebelum ia memulakan penurunan sepanjang baki tahun 2018 dan 2019 yang berakhir dengan harga rendah sepanjang masa $0.058768 pada 29 September 2019.

Cara Membeli AION

Cara utama untuk membeli AION adalah melalui Binance, yang kini mempunyai salah satu jumlah terbesar AION yang diniagakan, iaitu lebih dari $1.7 juta, membolehkan anda menukar AION dengan BTC, ETH dan BNB.

AION juga boleh didapati di bursa berikut:

  1. BitForex (Perdagangan AION dengan ETH di BitForex)
  2. LATOKEN (Perdagangan AION dengan ETH di LATOKEN)
  3. Kucoin (Perdagangan AION dengan BTC di Kucoin)
  4. Liqui (Perdagangan AION dengan BTC/ETH pada Liqui)

Cara Simpan AION

AION boleh disimpan di mana-mana wallet yang menyokong token ERC-20 seperti Coinomi, MetaMask dan Myetherwallet. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan wallet Aion yang mana terdapat dalam versi desktop dari laman web mereka. Untuk keselamatan maksimum, bagaimanapun, anda harus menyimpan AION anda pada hardware wallet seperti Ledger Nano S dan Trezor.

Kesimpulan

Evolusi ekosistem blockchain telah terjadi pada kadar yang sangat pantas, tetapi satu perkara yang masih tiada adalah cara yang berkesan untuk mewujudkan transaksi antara blokchain.

Aion mempunyai penyelesaian untuk ini dan mahu membuat transaksi dan komunikasi antara blockchain menjadi kenyataan. Senibina dan infrastruktur yang dicadangkan oleh Aion mempunyai  penyelesaian unik yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila ia mula diperkenalkan.

Ini menjadikan Aion sebagai pemangkin yang memulakan hala tuju baru untuk teknologi blockchain, tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka akan menjadi pemimpin atau penyelesaian yang diterima yang akhirnya membolehkan transaksi antara blockchain.

Aion bersaing dengan beberapa pesaing yang dibiayai dan berbakat yang juga mencari penyelesaian untuk transaksi antara blockchain. Pesaing semasa termasuk Wanchain, Komodo, Ark Ecosystem, Cosmos, POA Network and Polkadot. Kesemuanya merasakan mereka mempunyai penyelesaian untuk transaksi antara blokchain.

Dengan begitu banyak projek yang berfungsi untuk interoperability, ia agak pasti penyelesaian akhirnya akan muncul, tetapi ia mungkin bukan datang dari mana-mana projek yang telah ada, atau ia boleh datang dari kerjasama beberapa projek.

Sama ada Aion akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian yang akhirnya kekal, jawapannya mungkin tidak apabila kita lihat dari sudut prestasi harga token setakat ini pada tahun 2019.

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.