Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Adakah anda Menggunakan Brave Browser?

Apabila anda membuka telefon pintar anda, ataupun komputer riba anda, aplikasi mana yang anda gunakan untuk layari internet? Chrome, Safari, ataupun Firefox? Ataupun anda masih menggunakan Internet Explorer?

Pernahkah anda terfikir tentang pelayar web (web browser) anda? Mesti tidak pernah kan. Tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi web browser selain daripada yang disebut di atas?

Sejarah web browser

Dengan kewujudan Internet, web browser yang pertama telah dicipta pada tahun 1990 oleh Sir Tim Berners-Lee, dan dinamakan sebagai WorldWideWeb. Ia kemudiannyaa ditukarkan nama kepada Nexus untuk mengelakkan kekeliruan dengan World Wide Web, sistem maklumat yang kita gunakan kini untuk akses laman web.

Tiga tahun kemudian, web browser yang menjadikan World Wide Web dan Internet popular, Mosaic telah dicipta oleh Marc Andreessen Mosaic yang menjadikan sistem World Wide Web mudah untuk digunakan telah membuka jalan untuk penggunaan Internet secara meluas pada tahun 1990an.

Seterusnya adalah senarai web browser utama yang mendominasi pasaran yang dicipta dari tahun ke tahun:

1994 – Navigator oleh syarikat Netscape milik Mark Andreessen

1995 – Internet Explorer oleh Microsoft

1998 – Firefox oleh Mozilla Foundation yang ditubuhkan oleh Netscape untuk bersaing dengan IE

2003 – Safari oleh Apple

2008 – Chrome oleh Google

Saham Pasaran

StatCounter November 2018
desktop share[17]
Google Chrome 72.4%
Mozilla Firefox 9.1%
Internet Explorer 5.4%
Safari 5.1%
Microsoft Edge 4.0%
Opera 2.2%
UC Browser 0.55%
Yandex Browser 0.39%
Cốc Cốc 0.20%
Chromium 0.15%
Sogou Explorer 0.14%
QQ Browser 0.13%
Maxthon 0.08%
Mozilla Suite 0.05%
Vivaldi 0.04%
360 Secure Browser 0.02%
Naver Whale 0.02%
Pale Moon 0.02%
mCent Browser 0.02%
SeaMonkey 0.01%
Other 0.06%

 

Brave browser

Pelayar web Brave adalah pemain baru dalam pasaran web browser yang dilancarkan pada tahun 2016; dan seperti kebanyakan web browser kecil lain termasuk Vivaldi dan Opera, ia dicipta berdasarkan pelayar web Chromium. Penciptanya Brave Software diasaskan oleh Brendan Eich, yang juga adalah pencipta JavaScript dan pengasas bersama Mozilla, yang telah meninggalkan syarikat itu.

Jadi, apa yang membezakan Brave dengan pesaing-pesaing lain?

Pendirian anti-iklan

Brave dibina untuk membuang iklan online daripada laman web dan model perniagaan Brave bukan sahaja bergantung hanya kepada menghalang iklan (ad blocking) tetapi juga pada menggantikan iklan yang telah dibuang tadi dengan iklan daripada rangkaiannya sendiri.

Brave juga membuang penjejak iklan, komponen kecil dalam laman web yang digunakan oleh pengiklan dan pemilik laman web untuk mengenal pasti jejak langkah pengguna dalam melayari laman web supaya mereka dapat mengetahui laman web lain yang sudah dilawat oleh pengguna.

Pernahkah anda asyik terserempak dengan iklan produk yang pernah anda cari berbulan yang lalu? Asyik iklan tentang produk yang sama sahaja yang muncul.

Itulah fungi penjejak iklan. Ia digunakan oleh rangkaian pengiklan untuk memaparkan produk yang sama atau lebih kurang sama kepada yang sudah dibeli atau dicari, membawa kepada kemunculan iklan yang sama tidak kira ke mana anda pergi dalam Internet.

Inilah salah satu daripada penawaran Brave: privasi. Dengan membuang penjejak iklan, Brave menghalang usaha pengiklan untuk mengenal pasti pengguna, dan mengikut tingkah laku pengguna itu di Internet. Ini menjadikan pengguna Brave anonymous.

Kelajuan

Satu lagi kelebihan yang datang hasil daripada strategi membuang iklan adalah kelajuan. Dengan membuang iklan dan menghalang penjejak iklan, Brave memuat turun kandungan yang lebih sedikit dari laman web berbanding pelayar web lain yang tidak mempunyai ad blocking extension.

Di atas desktop, Brave membuka laman web dua kali ganda lebih cepat daripada Chrome dan Firefox. Di atas telefon pintar, Brave membuka laman web lapan kali lebih cepat daripada Chrome (Android) atau Safari (iOS).

Blockchain

Teras ekonomi Brave adalah berdasarkan matawang kripto dan Blockchain. Token Brave, Basic Attention Token (BAT) telah ditawarkan dalam ICO yang dijalankan beberapa tahun lalu dan berjaya mengutip sebanyak $35 juta. Kini BAT boleh didapati di pelbagai bursa pertukaran dan didagangkan pada harga USD$0.32 sewaktu penulisan. BAT menduduki tempat ke-24 dalam senarai coinmarketcap.com.

Brave Rewards

Satu program yang dijalankan oleh Brave untuk menarik pengguna adalah memberi ganjaran BAT kepada pengguna berdasarkan perhatian atau masa yang diluang pengguna, untuk melihat iklan dan kandungan yang disediakan Brave. Pengguna Brave boleh memilih untuk melihat iklan dan akan diberikan BAT sebagai ganjaran, dan ianya boleh digunakan untuk memberi tip kepada pencipta kandungan (content creator) sebagai sokongan kepada laman web mereka.

(Nota: Setakat ini, program iklan Brave hanya terdapat di beberapa negara sahaja tidak termasuk Malaysia.)

Matlamat Brave adalah untuk mencipta ekosistem dimana ia lebih fokus kepada pengguna, seperti Blockchain. Rangka kerja Brave adalah untuk membersihkan laman web daripada iklan dan penjejak iklan, dan menggantikannya dengan model pengiklanannya sendiri, yang tidak akan mensasarkan individu tetapi ditujukan kepada agregat anonymous pengkalan pengguna pelayar web itu.

Ia adalah satu sistem monetari yang akan menggantikan sistem pengiklanan tradisional.

Kesimpulan

Brave, menurut ramai pengguna, adalah alternatif yang baik kepada Chrome dan Firefox. Walaupun ramai masih mengekalkan pelayar web Chrome kerana kemudahan dan semua ciri-cirinya yang tidak terdapat di pelayar web lain, mereka sudahpun menggunakan Brave kerana kelajuan dan juga privasinya.

Jika anda berminat untuk mencuba pelayar web ini, boleh melayari laman web Brave yang akan mengenal pasti sistem operasi komputer anda dan menawarkan versi yang sesuai dengannya. Versi mudah alih Brave boleh didapati di Google Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Selamat mencuba!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.