Default – Above Header Ads

Apa itu Byzantine Fault Tolerance?

Blockchain dianggap sebagai satu teknologi revolusi yang mampu mengubah sistem sedia ada. Salah satu kelebihan Blockchain adalah penggunaan kriptografi yang memastikan rangkaian Blockchain selamat. Pada masa ia membuang keperluan orang ketiga. Salah satu masalah matematik yang popular adalah Byzantine Generals Problem dan Blockchain memberi penyelesaian kepada masalah ini melalui Byzantine Fault Tolerance.

Apa itu Byzantine Fault Tolerance?

Mari penulis terangkan ye.

Pada tahun 1982, terdapat suatu masalah matematik yang dinamakan Byzantine Generals Problem. Masalah ini adalah tentang dua empayar yang sedang menghadapi peperangan. Satu empayar dibina dalam benteng tinggi atau kubu yang mengelili bandarnya, dan beberapa jeneral dari empayar kedua sedang mengelilingi kubu tersebut dari setiap penjuru, dan kesemuanya menunggu dengan angkatan tentera masing-masing menunggu untuk menyerang.

Kedua-dua empayar ini sama rata dari segi kuasa tentera mereka. Dan dalam senario ini, jika kesemua jeneral bersetuju untuk menyerang dalam masa yang sama, mereka akan mempunyai kuasa menyerang yang cukup untuk mengalahkan empayar pertama tadi dan mengambil alih kubu mereka.

Namun begitu, jika mereka tidak dapat menyelaraskan serangan mereka untuk berlaku pada masa yang sama, jika hanya satu jeneral yang tidak mendapat mesej untuk menyerang, empayar kedua tadi akan kalah dalam pertempuran itu dan juga peperangan.

Masalah BFT ini melihat kepada ciri utama kriptografi, iaitu, bagaimana untuk bertukar-tukar mesej dengan orang lain dalam keadaan di mana boleh berlaku penyelewengan.

Sumber: Wavebreak Media LTD

Dalam senario Byzantine Generals Problem tadi, jeneral-jeneral empayar kedua perlu penghantar yang menyamar untuk menghantar mesej sulit kepada jeneral lain melalui bandar empayar pertama tadi. Sudah tentu ia amat berisiko kerana bagaimana untuk jeneral lain tahu mesej tersebut tidak diubah? Masalah yang diformulasi pada tahun 1982 ini tidak dapat diselesaikan sehinggalah tahun 2008, di mana Satoshi Nakamoto mencadangkan penyelesaian masalah ini.

Apa penyelesaiannya?

Secara asasnya, antara yang diperlukan oleh jeneral-jeneral itu tadi adalah lebih akses kepada bandar, dan lebih banyak ahli matematik di belah jeneral-jeneral tersebut berbanding empayar dalam kubu itu.

Dengan lebih banyak ahli matematik, mesej-mesej yang dihantar oleh jeneral tadi boleh disulitkan dengan lebih kompleks, dan mereka boleh menyulitkan (encrypt) mesej sehinggakan tiada ahli matematik dalam kubu boleh mengambil mesej tersebut, mendapatkan kembali mesej asal (decrypt), mengubah isi mesej tadi, dan menyulitkannya kembali (re-encrypt), dan melakukannya semua itu dengan begitu cepat supaya jeneral-jeneral tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Kesimpulan

Itulah dia Byzantine Fault Tolerance. Dan mekanisme inilah yang digunakan dalam kebanyakan Blockchain seperti Bitcoin yang menggunakan protokol Proof-of-Work. Bila anda dengar tentang BFT, apa yang dimaksudkan adalah sistem di mana lebih banyak nod di dalam rangkaian itu, bermakna lebih banyak kuasa hash dalam rangkaian, dan lebih selamat Blockchain itu.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.