Default – Above Header Ads

Apa Kelebihan Orchid Labs yang Mendapat $125 juta dalam Penjualan Token?

Orchid adalah projek sumber terbuka yang komited untuk menamatkan pengawasan dan penapisan internet. Orchid Protocol menggunakan overlay network yang dibina atas internet yang sedia ada, didorong oleh pertukaran bandwidth secara peer-to-peer, untuk mewujudkan internet yang lebih inklusif dan bebas.

Gambaran Keseluruhan

Orchid menggabungkan protokolnya dengan jalur lebar yang lebih besar, encryption, dan infrastruktur yang terdesentralisasi untuk membawa pengguna akses tanpa pengawasan ke Internet yang sedia ada. Kerana semua akses internet dibawah pengawasan, pengguna Orchid dapat menukar jalur lebar dalam transaksi peer-to-peer menggunakan token Orchid pada blokchain Ethereum. Orchid telah diasaskan pada tahun 2017 dengan kebanjiran sokongan dari Sequoia Capital, Anderessen Horowitz, PolyChain Capital, Blockchain Capital, dan beberapa pelabur dan institusi lain yang terkenal.

Kemunculan Orchid boleh dilihat untuk menambah baik kepada beberapa pesaing yang ada pada masa ini. Protokol yang paling terkenal untuk melayari internet secara anonymous ialah Tor. Mula dibangunkan oleh United States Navy, Tor telah dibuka dan diambil alih oleh komuniti sebagai alat untuk memberikan anonymity kepada pelayar internet.

Teori Tor terbukti kukuh walaupun ia  menanggung beban pengguna yang terlalu banyak. Dengan puluhan ribu pengguna yang bergantung kepada perkhidmatannya, namun hanya kira-kira 1,000 nod keluar, Tor telah menjadi sinonim dengan kelambatan. Sejak kebelakangan ini, kebocoran maklumat juga telah menimbulkan curiga terhadap protokol dan entiti yang mengendalikan nod keluar. Selain itu, ianya sangat mudah untuk mengenal pasti lalu lintas Tor pada rangkaian. Enterprise dan seluruh negara kini boleh menghalang lalu lintas Tor dengan mudah.

Semakin banyak organisasi dan negara mula menapis atau membatasi internet, ramai mencari kaedah alternatif untuk mengakses maklumat yang mereka mahukan. Dengan membina kaedah anonymous dan dilindungi untuk mengakses internet, Orchid boleh menjadi arus utama pada masa akan datang.

Langkah pertama mereka untuk memenuhi misi adalah dengan mewujudkan protokol yang mengawal pasaran terdesentralisasi dengan spesifikasi komoditi untuk jalur lebar. Satu elemen penting dalam pasaran adalah penyelesaian pembayaran lapisan kedua, Micropayments Probabilistic, yang menambah keupayaan transaksi dan privasi kepada Ethereum. Satu lagi adalah sistem Medallion untuk penyedia jalur lebar yang memberikan rintangan rangkaian Sybil dan menguatkannya ke kelas serangan lain.

Team Member

Dengan empat pengasas bersama, Orchid mempunyai sejarah dengan mengurus projek berskala besar.

  • Stephen Bell: Steve telah memulakan syarikat di Eropah, A.S., dan China sebelum menubuhkan Trilogy VC China, di mana dia menghabiskan 10 tahun untuk menyokong startups peringkat akar di Cina.
  • Brian J. Fox: Brian adalah seorang pengusaha dan open-source advocate, pekerja pertama Free Software Foundation, dan pengarang GNU Bash shell yang digunakan secara meluas pada sistem Linux.
  • Jay Freeman: Jay adalah jurutera perisian dan pemaju platform pengedaran perisian Cydia yang digunakan pada berjuta-juta peranti IOS jailbroken.
  • Gustav Simonsson: Gustav adalah jurutera dan pemaju yang membantu melancarkan Ethereum pada tahun 2015, latar belakangnya dalam core protocols, clients, dan security auditing menjadikan kemahirannya sangat kritikal untuk projek sebegini.
  • Dr Steven Waterhouse: Steven adalah pelabur dan usahawan yang berpengalaman, pengasas bersama RPX Corp, mengetuai projek matawang kripto di Fortress, Pantera Capital dan Honeycomb di Sun Microsystems.

Walaupun Orchid mempunyai pasukan pengurusan yang kuat, tidak banyak yang diketahui mengenai pasukan teknikal atau pembangun mereka.

Token Utiliti

Orchid akan menggunakan Orchid Token sebagai medium pembayaran di Orchid Market. Pengguna perlu membayar setiap kali mereka menggunakan internet, penggunaan token dijangka kerap. Orchid akan mewujudkan bekalan tetap Orchid Token sebanyak 1 Bilion ERC-20 token.

Penjualan Token

Projek Orchid tidak mempunyai ICO, hanya private sale sahaja. Menurut laman web mereka, Orchid berjaya mengumpul lebih daripada $48 juta daripada dana yang disasarkan sekitar $125 juta dan dana tersebut digunakan untuk membina pasukan Orchid. Syarikat tersebut menyatakan dalam pemfailan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) pada April 2018, bahawa mereka telah mengumpulkan $36.1 juta melalui Simple Agreement for Future Tokens (SAFT). Dalam whitepaper Orchid, pengagihan token dan penggunaan dana tidak dikemukakan.

Platform & Komuniti

Tidak banyak maklumat yang diterbitkan mengenai rancangan mereka. Mereka tidak mengemukakan pelan hala tuju (roadmap). Platform mereka iaitu Orchid Market masih dalam pembangunan dan tidak ada Minimum Viable Product yang tersedia setakat ini jadi tiada siapa tahu apa yang pasukan ini telah lakukan. Mereka mempunyai hampir 4,000 ahli di Telegram, 15,000 pengikut di twitter dan 122 pengikut di Medium. Saluran Telegram hanya untuk pengumuman dan komuniti tidak mempunyai ruang untuk memberi maklum balas mengenai projek ini.

Pada May 2019, terdapat pengumuman pelancaran Orchid App dan website baru di sosial media Medium mereka, akan tetapi app tersebut hanya untuk menganalisis aliran trafik tempatan sambungan internet telefon tanpa server luaran dan tiada pihak ketiga.

Ringkasan

Projek Orchid adalah projek yang menarik yang menggunakan rangkaian Ethereum untuk menyediakan internet yang benar-benar anonymous dan persendirian untuk pengguna yang mengalami sekatan, mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk privasi atau hanya mahu menggunakan platform internet terbuka. Malangnya, projek ini tidak mempunyai ketelusan dan komunikasi dengan komuniti sehingga sekarang.

Selepas beberapa kejayaan pengumpulan dana, projek itu seolah-olah telah hilang secara mencurigakan. Laman web masih hanya landing page dengan beberapa logo yang bagus dan pautan sosial media. Reddit rasmi telah tidak aktif selama beberapa bulan dan terdapat komen pengguna yang meminta status terkini masih belum dijawab setelah setahun. Laman Twitter Orchid masih aktif mengeluarkan tweets, tetapi tweets yang tidak berkaitan dengan pembangunan Orchid!

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.