Default – Above Header Ads

Apa Programming Language Terbaik Dalam Blockchain?

Ramai yang terlibat dalam dunia kripto kebiasaannya dari segi perdagangan atau pelaburan. Dalam erti kata lain, mereka adalah end consumer atau pengguna terakhir dalam ekosistem matawang kripto. Tetapi jika ada end consumer pasti ada service provider atau penyedia perkhidmatan. Dan golongan inilah yang terlibat secara langsung dengan blockchain, dan mereka terdiri daripada pembangun blockchain.

Apa sahaja yang berkaitan dengan infrastruktur teknologi akan melibatkan programming language. Programming language membolehkan pembangun menulis program untuk pengiraan atau algoritma yang telah ditetapkan. Dan kemahiran memahami programming language ini boleh dipelajari oleh sesiapa pun, tetapi tidak ramai yang betul-betul mahir dalamnya. Lebih-lebih lagi dalam kes teknologi blockchain yang masih baru dan membawa cabaran baru kepada developer atau pembangun.

Disebabkan sifat teknologi yang sentiasa berubah dengan kadar yang pantas, pembangun perlu mengambil inisiatif untuk mempelajari pelbagai programming language dan sentiasa mengemas kini ilmu pengetahuan mereka untuk bersaing dengan berjuta-juta pembangun yang lain.

Apa antara cabaran yang dihadapi pembangun blockchain?

1. Keselamatan

Seperti yang kita tahu, kod blockchain kebiasaannya adalah awam (kecuali blockchain private atau permissioned). Ini bermakna sesiapa sahaja yang mahir dalam programming language boleh melihat kod itu dan mencari bug atau kelemahannya. Dan banyak hackers sudah mengambil kesempatan terhadap kelemahan kod yang digunakan pembangun untuk mencuri data dan wang atau menipu pengguna lain.

Ini adalah antara sebab mengapa perkembangan blockchain dari segi skalabiliti adalah perlahan. Banyak pertimbangan yang perlu dibuat oleh pembangun untuk menskalakan blockchain pada masa yang sama memastikan infrastrukturnya selamat.

2. Pengurusan sumber

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pembangun adalah rangkaian yang semakin bertambah dari hari ke hari dan kadang-kadang terlalu pantas untuk pembangun. Hasilnya, blockchain menjadi perlahan dan berat. Pembangun perlu bersedia untuk menguruskan permintaan (queriesremote mahupun local.

3. Prestasi

Dan elemen paling penting yang menjadi cabaran adalah prestasi blockchain. Seperti pengurusan sumber, jika kod yang ditulis menggunakan programming language yang tidak mudah untuk diubah suai, prestasi blockchain itu akan jatuh. Contohnya kebolehan blockchain untuk mengelak daripada double-spend; ini adalah kerana hanya satu transaksi sahaja boleh di buat pada satu masa. Pada masa sama, untuk mengesahkan satu transaksi, hanya tiga jenis data diperlukan (key, transaksi dan hash) jadi ia boleh dijalankan secara selari pada masa yang sama.

Cabaran-cabaran ini bermakna pembangun blockchain perlu fasih dalam pelbagai programming language atau sekurang-kurangnya mempunyai kepakaran dalam satu atau dua programming language. 

Apa antara programming language yang ada dalam blockchain?

C++

C++ adalah umpama penghulu segala programming language. Ia adalah salah satu programming language paling tua yang masih lagi digunakan sehingga hari ini. C++ dicipta oleh Bjarne Stroustrup pada tahun 1983 sebagai tambahan kepada programming language C. C++ direka untuk mengekalkan fleksibiliti dan kadar efisyen C dengan beberapa perbezaan. Salah satu perbezaannya adalah sementara C adalah berorientasikan proses (process-oriented), C++ adalah berorientasikan objek (object-oriented).

Ini bermakna C++ memasukkan data dan fungsi dalam bentuk objek dan apabila satu objek dicipta, ia akan boleh dipanggil semula dan digunakan dalam program lain dengan mudah.

Contoh penggunaan C++ adalah seperti berikut:

#include <iostream.h>


main()


{


cout << "Hello World!";


return 0;


}

Kod ini akan memaparkan: Hello World!

Programming language C++ masih digunakan kebanyakan pembangun matawang kripto (termasuk Bitcoin) kerana formatnya yang lebih kurang sama. Selain itu, C++ sudah matang dan sentiasa dikemaskini. Dan ia juga sentiasa berkembang untuk menambah ciri-ciri baru yang lebih baik dari sebelumnya. Ini adalah antara sebab mengapa Satoshi Nakamoto telah memilih C++ sebagai language asas kod sumber Bitcoin.

Javascript

Bersama-sama dengan HTML dan CSS, Javascript adalah salah satu daripada teknologi teras yang membentuk kandungan World Wide Web. Ia dicipta oleh James Gosling pada tahun 1995. Javascript ini biasanya digunakan untuk mencipta laman web yang interaktif. Ini adalah kerana mencipta hubungan antara data dan menghantarnya kepada pengguna adalah mudah dengan menggunakan Java language.

Memandangkan ia boleh dijalankan dalam apa sahaja format dalam komputer dengan pemasangan Java Runtime Environment (JRE) menjadikan ia programming language pilihan ramai pembangun, terutama aplikasi Android.

Python

Seperti C++, Python adalah antara programming language yang tertua. Ia dicipta oleh Guido Van Rossum, seorang programmer Belanda pada tahun 1991. Python dicipta berdasarkan falsafah yang mudah: simplicity dan minimalism. Ia telah cepat menjadi programming language pilihan untuk pembangunan laman web dan juga blockchain.

Salah satu cara Python mengetengahkan simplicity dalam language itu adalah dengan menggunakan ruangan putih untuk menandakan blok kod dan bukannya kata kunci atau simbol “{}”.

Contoh penggunaan Python adalah:

print('Hello world!')

Ia akan memaparkan: Hello world. Cuba bandingkan dengan program C++ di atas. Dengan Python, pembangun boleh menjalankan beberapa tugas dengan hanya satu kod arahan sahaja. Ia menjadikan pembinaan satu blok dengan pelbagai maklumat dan menghubungkan mereka antara satu sama lain lebih mudah.

Yang paling penting adalah ia sangat mudah berbanding programming language lain untuk memahami dan mempelajari bagaimana untuk menjalankan program menggunakan Python, sehinggakan syarikat AI juga telah menggunakan programming language ini.

Ruby

Ruby adalah pilihan ramai developer yang baru mula belajar untuk membangunkan aplikasi. Ruby dicipta pada tahun 1993 oleh programmer Jepun bernama Yukihiro Matsumoto. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mempelajari programming language yang mudah dan fleksibel dalam semua aspek dan juga membolehkan programmer menjalankan programming berorientasikan objek seperti C++ tanpa masalah.

Ruby juga membolehkan programmer menggunakan gabungan programming language untuk mencipta blockchain yang tidak mudah digodam oleh orang lain. Ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia, dan sebagai pengguna software ini, anda boleh menyesuaikannya mengikut keperluan anda.

Solidity

Dan akhir sekali adalah Solidity. Untuk sesiapa yang ingin belajar membuat aplikasi desentralisasi (DApps), mereka perlu mempunyai kemahiran dalam Solidity. Solidity adalah programming language yang mempunyai sintaks seperti Javascript. Ia dibangunkan oleh Gavin Wood, Christian Reitwiessner, Alex Beregszaszi, Yoichi Hirai dan beberapa penyumbang teras Ethereum untuk membolehkan smart contract di platform blockchain seperti Ethereum.

Ia adalah programming language berdasarkan kontrak yang digunakan untuk menambah baik mesin EVM. Salah satu sebab mengapa programmer gemar menggunakan Solidity untuk membangunkan blockchain adalah kerana ia boleh menyimpan apa sahaja iterasi sewaktu pengkodan. Ia menjimatkan masa yang banyak pada masa yang sama mencipta mesej untuk dihantar kepada pengguna lain.

Kesimpulan

Jadi, yang mana satu programming language yang terbaik? Jawapannya adalah semua programming language mempunyai kelebihan masing-masing dan lebih banyak yang anda pelajari,  anda akan mempunyai kebolehan untuk membangunkan blockchain yang lebih baik. Dan sebenarnya banyak lagi programming language lain yang wujud yang berpotensi untuk digunakan untuk membangunkan blockchain atau aplikasi berkaitan blockchain.

Dan semakin dunia semakin menerima teknologi blockchain, masa hadapan anda sebagai programmer atau developer akan lebih cerah.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads