Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 24 November 2017

Confido ICO Hilang Selepas Memperolehi $ 340K (RM 1.4 Juta)

Confido ICO baru-baru ini telah hilang sepenuhnya selepas memperoleh $ 347,000 (RM 1.4 Juta). Projek ICO ini telah menjual token yang dipanggil CFD dan mendakwa menawarkan ‘pembayaran mata wang digital yang selamat dan amanah’.

Laman web projek ICO ini telah hilang sepenuhnya, dan tidak meninggalkan apa-apa kesan dana yang dikutip atau maklumat pengasas ICO ini. Syarikat itu dihoskan oleh TokenLot, yang tidak mengetahui mengenai keberadaan mata wang digital CFD. ICO ini nampaknya merupakan penipuan, dan ketika token dikeluarkan, tidak ada kerja yang sebenarnya berlaku di platform tersebut. Hasil daripada kehilangan itu, harga Token Confido telah kehilangan lebih dari 90 peratus nilainya.

ICO masih dianggap sebagai perniagaan yang sangat berisiko, maka kerajaan sedang mencari cara untuk mengawal selia dan menetapkan peraturan. Para pelabur perlu berhati-hati dalam penyertaan ICO kerana risikonya adalah sangat tinggi.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/confido-ico-raises-340k-vanishes

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Maghribi Boleh Mengenakan Denda Terhadap Penggunaan Mata Wang Digital

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa pengawalseliaan Maghribi, Office des Change, mengeluarkan kenyataan tentang denda berkaitan dengan penggunaan mata wang digital.

Satu terjemahan dokumen yang dikeluarkan oleh Office des Changes menyatakan, “Office des Changes ingin mengumumkan bahawa transaksi melalui mata wang digital merupakan pelanggaran peraturan pertukaran wang, dan akan dikenakan denda.”

Pihak berkuasa juga sangat menggalakkan pematuhan undang-undang kewangan yang mengatakan, “Transaksi kewangan dengan negara asing harus dilakukan melalui perantara yang diberi kuasa dan dengan mata wang asing yang disenaraikan oleh Bank Al-Maghrib,” yang merupakan Bank Pusat Maghribi.

Office des Changes terus berkata, “Ini adalah sistem pembayaran tersembunyi yang tidak disokong oleh sesebuah organisasi dan penggunaan mata wang digital mempunyai risiko yang tinggi bagi pengguna mereka.” Ini mungkin bertujuan untuk memberi pelabur satu lapisan perlindungan terhadap volatiliti tinggi pasaran mata wang digital.

Kesimpulannya, Office des Changes berkata ia telah mengambil berat dalam evolusi teknologi blockchain, bersama dengan Bank Al-Maghrib dan Kumpulan Profesional Bank-Bank di Maghribi. Jika usaha seperti ini diteruskan, sentimen ini boleh menjadikan proses pengawalseliaan lebih progresif di masa depan.

Sumber:

https://www.ethnews.com/moroccan-regulatory-authority-may-issue-penalties-for-cryptocurrency

Pengurus Aset Melancarkan Mutual Fund Pertama Berasaskan Bitcoin Di Eropah

Pengurus aset Perancis telah mengumumkan pelancaran mutual fund Eropah pertama yang berasaskan Bitcoin.

Menurut Financial Times, pelancaran dana bersama itu dipersetujui oleh Autorité des Marches Financiers, salah satu pengawal selia kewangan utama negara. Sepanjang laporan itu, PwC akan melaksanakan perkhidmatan pengauditan sementara Caceis, kumpulan perbankan perkhidmatan aset Crédit Agricole yang berpangkalan di Perancis, akan memegang jagaan Bitcoin yang terikat dengan dana itu.

“Langkah pertama dalam dunia mata wang digital ini mempamerkan dedikasi kami untuk mengekalkan kelebihan kami dan menyediakan pelanggan kami dengan produk-produk inovatif dalam konteks pasaran yang efisien,” kata Yves Choueifaty, Presiden Tobam ​​dalam satu kenyataan.

Bercakap dengan FT, Choueifaty menyentuh nada kenaikkan prospek dana, mengumumkan jangkaannya bahawa ia akan meningkat kepada $ 400 juta (RM 1.6 billion) dalam beberapa tahun akan datang.

Sumber:

https://www.coindesk.com/asset-manager-launches-europes-first-bitcoin-mutual-fund/

Penipuan Dompet Digital Bitcoin Gold Telah Meraih $ 3 Juta (RM 12.3 Juta) Secara Haram

Lebih daripada $ 3.3 juta (RM 13.6 juta) telah dicuri sebagai sebahagian daripada penipuan terancang yang mengambil kesempatan daripada pengguna Bitcoin yang ingin menuntut bahagian mereka dari Bitcoin Gold.

Penipuan yang dikendalikan di tapak web yang dipanggil mybtgwallet.com, skim itu mendorong pengguna untuk menghantar private keys mereka atau recovery seeds sebagai cara untuk menghasilkan dompet digital Bitcoin Gold, seperti yang dilihat pada snapshot Internet Archive. Tidak lama selepas pengguna melakukannya, pegangan mata wang digital di dompet digital mereka dihantar ke alamat yang berbeza.

Sekurang-kurangnya $ 30,000 (RM 123,000) dalam Ethereum, $ 72,000 (RM 295,000) dalam Litecoin, $ 107,000 (RM 440,000) dalam Bitcoin Gold dan lebih daripada $ 3 juta (RM 12.3 Juta) dalam Bitcoin telah dirampas. Pasukan Bitcoin Gold akan membuat pengumuman selanjutnya mengenai siasatan mereka dalam beberapa hari akan datang

Sumber:

https://www.coindesk.com/bitcoin-gold-wallet-scam-nets-3-million-illicit-earnings/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.