Default – Above Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Kripto 26 November 2017

Bank Kedua Terbesar Di Korea Selatan Membina Perkhidmatan Dompet Digital

Bank kedua terbesar di Korea Selatan, Shinhan Bank, telah mengumumkan bahawa ia dalam proses membina dompet digital untuk pelanggan untuk menyimpan aset digital mereka dengan selamat.

Perkhidmatan baru itu akan lebih selamat daripada perkhidmatan luar, menurut jurucakap bank itu. Bank akan menawarkan deposit tanpa bayaran, tetapi pengeluaran akan dikenakan bayaran. Mengikut pernyataan bank:

“Ia merupakan perkhidmatan yang menyimpan kunci Blockchain melalui peti kebal maya yang disediakan oleh bank. Kami mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan percuma apabila pelanggan melakukan deposit dan mengenakan bayaran apabila pengeluaran dilakukan pelanggan.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/koreas-second-largest-bank-building-secure-crypto-wallet-services

Dnata Bekerjasama Dengan IBM Untuk Projek Percubaan Kargo Udara Menggunakan Blockchain

Dnata, penyedia perkhidmatan udara dan perjalanan di Timur Tengah, telah mengumumkan penyempurnaan projek percubaan bukti penggunaan blockchain dalam industri kargo udara Dubai.

Projek percubaan itu menyaksikan penyertaan daripada rakan kongsi projek IBM, Makmal Inovasi Emirates dan Flydubai Cargo, dan melihat potensi blockchain untuk menangani isu-isu merentas pelbagai aspek pengangkutan udara, termasuk keselamatan dan operasi, serta aspek undang-undang, kata kenyataan akhbar.

Percubaan “berjaya” dilakukan pada platform logistik yang dibangunkan bersama, menggunakan blockchain untuk transaksi rantaian bekalan, menyelesaikan urusan pembelian dari destinasi asal ke destinasi akhir. Menyatakan bahawa teknologi blockchain dan potensinya sukar difahami dan kurang dihargai, Neetan Chopra, Naib Presiden Senior untuk perkhidmatan strategik IT di Emirates Group, berkata: “Adalah penting untuk menjalankan eksperimen dan percubaan sedemikian supaya peserta dapat mengalami manfaat teknologi terbaru dalam persekitaran hidup mereka.”

Sumber:

https://www.coindesk.com/dnata-taps-ibm-for-air-cargo-blockchain-pilot/

Chicago Board Options Exchange Akan Melancarkan Futures Berasaskan Bitcoin

Chicago Board Options Exchange (CBOE) telah mengeluarkan spesifikasi kontrak derivatif Bitcoin baru pada akhir November 2017, dan produk itu akan diperkenalkan di pasaran minggu depan. Bursa ini mengikuti jejak langkah institusi kewangan lain dalam memperkenalkan produk niaga hadapan Bitcoin.

CBOE akan menggunakan ticker XBT untuk produk barunya. Dijangkakan bahawa CBOE akan memperkenalkan pelbagai jenis kontrak dalam masa terdekat untuk mendapatkan penguasaan pasaran dengan cepat. Pelancaran produk-produk ini, bagaimanapun, akan bergantung terutamanya kepada prestasi produk barunya ini.

Permintaan untuk produk kewangan berasaskan Bitcoin adalah sangat tinggi sekarang kerana lonjakan berterusan harganya. Beberapa institusi kewangan juga telah mengubah kembali mengenai penilaian mereka terhadap Bitcoin.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/chicago-board-options-exchange-to-launch-bitcoin-futures-announces-specifics

Presiden Belarusia Alexander Lukashenko Akan Menandatangani Perintah Untuk Membenarkan Pengunaan Mata Wang DIgital

Presiden Belarus Alexander Lukashenko dijangka menandatangani draf perintah di Taman Teknologi Tinggi Belarusia (HTP) yang akan menjadikan penggunaan mata wang digital di negara ini sah.

Di bawah draf ini, mata wang digital dan ICO, serta aktiviti cryptomining akan dibenarkan di negara ini, manakala bursa boleh menukarkan Rubles untuk mata wang digital.

Menurut CEO Belhard Group, firma teknologi maklumat utama Belarusia, Igor Mamonenko, beliau berkata, mata wang digital dan ICO harus dikawal sepenuhnya untuk melindungi semua pemain pasaran. Kata beliau: “Pengesahan maksimum diperlukan … Undang-undang yang ada tidak melarang aktiviti tersebut secara langsung, tetapi perlu memperbaharui undang-undang supaya ia melindungi semua peserta.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/belarusian-president-alexander-lukashenko-to-sign-decree-legalizing-cryptocurrencies

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.