Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bolehkah Blockchain Membanteras Kegiatan Rasuah?

The worst disease in the world today is corruption. And there is a cure: transparency.” – Bono

Ketelusan adalah pengubat kepada penyelewengan dan segala aktiviti yang berkaitan dengannya, khusunya kegiatan rasuah. Betul ke?

Menurut World Economic Forum, kerugian yang di alami disebabkan kegiatan rasuah adalah empat hingga lima peratus daripada angka GDP seluruh dunia, hampir USD$2.6 trilion. Dari sudut berbeza, angka itu bersamaan dengan GDP nominal tahunan United Kingdom, ekonomi kelima terbesar dunia. Bayangkan banyak mana duit yang hilang kerana rasuah, penyelewengan kuasa dan perjanjian haram.

Adakah ketelusan mampu sekurang-kurangnya mengurangkan insentif untuk menerima atau memberi rasuah? Jika satu dunia boleh lihat apa yang berlaku dalam pentadbiran dan pengurusan sumber, tidak mustahil ia akan membuat aktiviti seperti ini sukar dan tidak mendatangkan keuntungan kepada pelaku.

Potensi Teknologi Blockchain

Dan teknologi apa yang anda rasa yang mementingkan ketelusan? Ya betul, teknologi Blockchain jawapannya. Teras utama teknologi Blockchain adalah satu sistem “trustless“, di mana pengguna dalam rangkaian boleh berinteraksi sesama sendiri tanpa memerlukan perantara. Besar kemungkinan teknologi Blockchain mempunyai potensi untuk menjadi penyelesaian kepada isu yang mendatangkan kerugian kepada dunia ini.

Antara sebab utama mengapa teknologi Blockchain ini diangkat sebagai teknologi revolusi adalah kerana potensinya untuk mengubah sistem legasi yang terlalu menekankan kepada kawalan pusat dan juga perantara untuk interaksi antara dua pihak. Blockchain cuba untuk menyelesaikan isu keselamatan dan integriti maklumat di masa terdapat banyak kerisauan tentang privasi data dan juga kepercayaan kepada kerajaan yang terjejas akibat pentadbiran yang merosakkan negara.

EXMO affiliate program

Sepertimana kita semua tahu, Blockchain adalah satu sistem lejar yang merekod transaksi, pemindahan nilai, dan juga aset digital dalam keadaan yang desentralisasi, memastikan terdapat ketelusan dan menjaga integriti dan juga penjejakan data (jika perlu) yang tidak memerlukan satu kuasa pusat untuk mengesahkannya. Dalam erti kata lain, ia adalah satu pangkalan data yang sangat besar yang dikongsi oleh seluruh dunia.

Penyelesaian kepada Penyelewengan

Ciri-ciri Blockchain yang memastikan integriti dan ketelusan rekod transaksi terjamin dan juga sistem desentralisasi yang membuang keperluan kuasa pusat boleh menjadi penyelesaian kepada masalah penyelewengan, dengan cara memudahkan aktiviti penyelewengan seperti rasuah, manipulasi data dan sebagainya.

Contohnya, sistem pentadbiran menggunakan teknologi Blockchain.

Kita tahu banyak kontrak kerajaan, pemindahan dana, projek pelaburan awam dan macam-macam lagi akan melalui sistem pentadiran negara. Menurut data dari OECD, sekurang-kurangya USD$9.5 trilion dibelanjakan ke atas kontrak sektor awam dan juga projek pelaburan awam yang besar. Dan dianggarkan penyelewengan merangkumi 10 peratus daripada kos keseluruhan untuk menjalankan perniagaan secara global dan sehingga 25 peratus daripada kos perolehan kontrak dalam negara membangun.

Banyak negara maju sudahpun mula implementasi platform digital yang membolehkan proses kelulusan kontrak lebih telus, yang membolehkan percanggahan atau masalah penyelewengan dikenal pasti, seperti penipuan bidaan, penetapan harga, aktiviti rasuah dan sebagainya. Blockchain boleh menambah kepada keselamatan dan ketelusan dalam proses ini, dengan merekod dan mengunci setiap data dalam setiap tahap dalam rantaian dari permohonan bidaan sehinggalah penyempurnaan projek. 

Selain daripada itu, sistem pembayaran kerajaan yang melalui pihak ketiga atau dilakukan secara manual terdedah kepada risiko penyelewengan yang besar. Ini adalah kerana ia mempunyai beberapa titik yang bergantung kepada manusia, yang membuka peluang untuk pemalsuan atau perubahan maklumat, rasuah dan lain-lain. Penggunaan Blockchain boleh mengurangkan atau membuang keperluan orang ketiga untuk menjalankan proses pengesahan, dan berpotensi untuk menambah ketelusan dan juga mengurangkan kos transaksi.

Sudah pasti kelebihan terbesar Blockchain adalah lejar rekod yang kekal dan tidak berubah. Ciri ini boleh diimplementasi dalam mana-mana pengkalan data kerajaan seperti pendaftaran identiti, tanah, hartanah, syarikat dan sebagainya. Membina sistem rekod yang tidak boleh berubah memastikan pemilikan aset boleh dijejak dari awal lagi dan transaksi seterusnya boleh disemak kembali. 

Kesimpulan

Blockchain mempunyai potensi yang besar untuk memastikan sistem dan proses berjalan dengan lebih telus dan efisyen. Penggubahan wang haram akan menjadi lebih sukar kerana aliran digital yang boleh dijejak dan proses KYC yang boleh dipantau dengan lebih mudah, penyelewengan terutama kegiatan rasuah akan dielak kerana proses yang otomatik yang tidak memerlukan pihak ketiga,

Jika ia boleh menyelesaikan isu kritikal, terutama di titik permulaan, Blockchain mampu menguatkan lagi integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan. Ia mungkin bukan pengubat semua masalah, namun dengan kes rasuah dan penyelewengan kuasa yang semakin parah di seluruh dunia, Blockchain membawa alternatif penyelesaian yang boleh membawa kepada institusi kerajaan yang lebih dipercayai rakyat.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.