Default – Above Header Ads

“Crypto Influencer” Patut Anda Ikuti di Media Sosial

Zaman sekarang ni, semua orang terhegeh-hegeh nak jadi ‘social media influencer’. Ok mungkinlah tak semua orang, tapi ‘socmed influencer’ ni dah jagi begitu popular sehinggakan kalau kita tanya budak-budah darjah 4 darjah 5 dah besar nanti nak jadi apa, jangan terkejut kalau mereka jawab dengan penuh yakin, “Socmed Influencer!”

Tetapi adakah anda tahu dalam dunia kripto atau blockhain, mereka juga ada individu berpengaruh yang dipanggil ‘crypto influencer’? Mereka ini boleh dikatakan cukup berpengaruh sehinggakan kata-kata dan pendapat mereka tentang kripto diikuti dengan setia. Bahkan ada yang meletakan keputusan untuk membeli atau menjual sesuatu matawang atau token kripto berdasarkan pendapat‘crypto influencer’ ini.

Siapakah mereka ini? Di sini saya kongsikan 15 orang ‘crypto influencer’ yang berbaloi untuk anda ikuti di media sosial:

Vitalik Buterin

Nama ini tidak perlu diperkenalkan dengan panjang lebar. Sebagai pengasas Ethereum dan pengasas bersama Bitcoin Magazine, Vitalik aktif di media sosial berkongsi perkembangan-perkembangan terbaru dunia blockchain dan kripto.

Vitalik boleh diikuti di akaun Twitternya di @VitalikButerin.

Michael Novogratz

Bitcoin Exchange CEX.IO

Dalam dunia kripto, Michael Novogratz terkenal dengan reputasi “Cakap serupa bikin.” Dia adalah orang pertama yang melabur dalam nasihat dan syornya sendiri. Michael merupakan pemilik Galaxy Digital, sebuah firma yang berdedikasi dalam pelaburan kripto.

Michael boleh diikuti di Twitternya @novogratz.

Pasangan Kembar Winklevoss

Adik-beradik kembar Winklevoss – Tyler dan Cameron – sudah tidak asing dalam dunia kripto. Mereka adalah pengasas bersama Gemini Capital, sebuah platform pertukaran aset digital. Mereka juga adalah ‘principal’ di Winklevoss Capital, sebuah firma dana pelaburan kripto. Mereka dikatakan adalah bilionair pertama yang lahir daripada pelaburan kripto.

Mereka boleh diikuti di Twitternya @Winklevoss (Cameron) dan @TylerWinklevoss.

Brian Armstrong

Brian Armstrong adalah pengasas bersama CoinBase, salah satu platform pertukaran aset digital terbesar di dunia. Walaupun selalunya dia akan bercakap tentang perkemabangan terbaru yang berkaitan dengan Coinbase, kadangkala dia juga akan memberi nasihat pelaburan yang amat berguna, terutamanya buat mereka yang masih baru dalam dunia kripto.

Brian boleh diikuti di Twitternya @brian_armstrong.

Tim Draper

Tim Draper berkemungkinan adalah salah seorang venture capitalist (VC) paling terkenal di dunia. Meskipun dia adalah seorang VC yang tradisional, tetapi dia amat meminati kripto. Tim terkenal apabila berjaya meramalkan harga Bitcoin akan melepasi paras USD10,000 dan ia menjadi kenyataan pada 2017.

Tim boleh diikuti di Twitternya @timdraper.

Nick Szabo

Nick Szabo adalah salah seorang perintis bagi teknologi blockchain dan matawang kripto. Malah, Nick pernah dikatakan sebagai individu di sebalik Satoshi Nakamoti, entiti yang bertanggungjawab mencipta Bitcoin. Sehingga kini Nick masih aktif membuat kajian tentang kripto.

Nick boleh diikuti di Twitternya @NickSzabo4.

John McAfee

Sebut sahaja tentang McAfee, pasti yang menerjah kepala kita adalah perisian anti-virus kan? Tetapi John juga merupakan seorang yang sangat aktif dalam dunia kripto. Sebagai seorang pakar dalam bidang keselamatan siber, John sering mengkritik kripto dan blockchain, meskipun beliau sendiri sering menjadi wajah hadapan untuk pelancaran ICO atau produk-produk berkaitan kripto.

John boleh diikuti di Twitternya @officialmcafee.

Marc Andreessen

Usahawan dan pelabur legenda Marc Andreessen adalah antara pelabur terawal yang melihat potensi yang ada pada kripto. Marc begitu yakin dengan masa depan kripto sehinggakan beliau menubuhkan 16oz Crypto, sebuah VC bernilai USD300 juta yang memfokuskan pelaburannya kepada projek-projek kripto and blockchain yang berpotensi.

Marc boleh diikuti di Twitternya @pmarca.

Andreas Antonopoulos

Andreas Antonopoulos mempunyai cara tersendiri dan unik dalam menjelaskan tentang Bitcoin dan matawang kripto yang lain. Andreas juga ada menulis buku tentang Bitcoin dan antaranya adalah ‘Mastering Bitcoin’. Andreas juga merupakan pengacara bersama untuk podcast ‘Let’s Talk Bitcoin’ di Youtube yang mempunyai 160 ribu orang ‘subscriber’.

Andreas boleh diikuti di Twitternya @aantonop. Anda juga boleh menonton podcastnya di https://youtube.com/aantonop.

Ryan Selkis

Dikenali sebagai ‘The Straight Shooter’, Ryan Selkis pernah menjadi Pengarah Urusan Coindesk, salah sebuah portal berita kripto terbesar di dunia. Kini Ryan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Messari, sebuah perpustakaan data terbuka untuk aset digital.

Ryn boleh diikuti di Twitternya @twobitidiot.

Don Tapscott

Don Tapscott, bersama dengan anaknya Alex, bersama-sama menulis Blockchain Revolution, salah satu buku tentang blockchain yang paling laris terjual. Don juga menubuhkan Blockchain Research Institute, yang membantu mana-mana organisasi yang mahu memahami lebih lanjut tentang blockchain.

Don boleh diikuti di Twitternya @dtapscott.

Jen Buakaew

Lebih terkenal dengan gelaran Jenny from the blockchain, Jen seringkali kelihatan di konferens-konferens berkaitan blockchain berbicara tentang teknologi dan kripto. Jen mempunyai lebih 34 ribu orang pengikut di Facebooknya.

Jen boleh diikuti di Facebooknya di www.facebook.com/cryptojen/.

Maria Jones

Maria Jones lebih terkenal di Instagram dengan lebih 600 ribu orang pengikut. Maria juga adalah Naib Presiden CoinTelegraph, salah sebuah portal berita kripto terbesar dan terkenal di dunia.

Maria boleh diikuti di Instagramnya di @thebitcoinwoman.

WhalePanda

Jika anda menggemari sesuatu yang lucu dan ringan tetapi penuh berisi, anda patut mengikuti WhalePanda. WhalePanda. WhalePanda adalah nama samaran bagi seorang (atau sekumpulan pelabur) yang banyak menulis bukan sahaja tentang kripto, tetapi isu-isu lain seperti politik dan teknologi.

Ikuti WhalePanda di Twitternya @WhalePanda.

Crypto Bobby

Sekiranya anda seorang penonton Youtube tegar dan peminat kripto pada masa yang sama, anda tidak boleh tidak, wajib melanggan akaun Crypto Bobby.Dengan lebih 130 ribu ‘subscriber’, Crypto Bobby memberi fokus penuh untuk mengulas tentang berita dan analisa berkaitan kripto.

Anda boleh mengikuti Twitter Crypto Booby di @crypto_bobby atau melanggan Youtubenya di www.youtube.com/channel/UCt_oM56Ui0BCCgi0Yc-Wh3Q

BONUS!

Semua yang disebutkan di atas adalah ‘crypto influencer’ antarabangsa. Bagaimana dengan Malaysia? Takkan tiada seorang pun ‘influencer’ yang bagus dan berbaloi untuk diikuti?

Mestilah ada! Di sini saya senaraikan 4 orang anak tempatan yang layak digelar ‘crypto influencer’:

Lon Wong

Lon Wong ialah Ketua Pegawai Eksekutif ProximaX, sebuah platform ‘streaming’ blockchain yang berpengkalan di Gibraltar. Lon juga adalah presiden Yayasan NEM.io, sebuah pertubuhan yang mempromosikan pembangunan teknolgi NEM. Baru-baru ini, Lon disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh dalam dunia kripto oleh Crypto Weekly. 

Matthew Tan

Anda yang sering mengambil tahu tentang token yang berasaskan Ether, pasti tidak asing lagi dengan Etherscan kan? Anda boleh berbangga kerana pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnyanya, Matthew Tan, adalah seorang anak Malaysia. Matthew juga merupakan pengasas kepada Blockscan. Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam industri industri teknologi, Matthew juga menjadi penasihat kepada banyak syarikat ‘start-up’ kripto. Bersama-sama dengan Lon Wong, Matthew menjadi rakyat Malaysia kedua tersenarai sebagai 100 individu paling berpengaruh dalam dunia kripto.

Aaron Tang

Di dalam ‘scene’ kripto tempatan, nama Aaron Tang sudah tidak asing lagi. Sebagai Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Aaron Tang sering dijemput untuk berbicara tentang teknologi blockchain dan kripto. Luno muncul sebagai platform pertukaran kripto pertama yang mendapat lesen untuk beroperasi secara sah di Malaysia.

Aliff Ahmad

Sudah tentu, pengasas dan pemilik Coin.my ini tidak boleh diabaikan. Aliff Ahmad lantang membicarakan pelbagai isu dan topik di media sosial, dan kripto adalah salah satu daripadanya. Beliau bukan sahaja kerap mengkritik mana-mana platform atau ICO kripto yang juga menipu orang ramai (scam), tetapi juga giat dalam usaha mendidik orang ramai tentang manfaat teknologi blockchain. Bersama-sama dengan pasukan penulis coin.my, Aliff telah menulis buku ’50 Dalil Kenapa Anda Wajib Miliki Bitcoin’ terbitan DuBook Press.

Demikianlah senarai ‘crypto influencer’ yang patut anda ikuti di media sosial. Diharapkan mereka ini bukan sahaja dapat memberikan ilmu dan pengetahuan baru tentang pelaburan kripto (sebab inilah faktor utama anda nak ikuti mereka ni pun kan?), tetapi juga menginspirasikan anda untuk menyebarkan manfaat teknologi blockchain demi kebaikan manusia sejagat.

Ditulis oleh:

Adam Effendy Mustapha

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads