Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Dah Satu Dekad: Apa Pencapaian Blockchain?

Sedar tak sedar, dah satu dekad dah Bitcoin wujud. Sama juga dengan teknologi Blockchain. Mungkin konsep Blockchain ini sudah lama dibincangkan sebelum ini, tetapi memandangkan Bitcoin adalah aplikasi pertama Blockchain, tahun 2008 boleh dikatakan tahun kelahiran Blockchain.

Dan kini kita sudah hampir ke penghujung 2018. Apakah pencapaian Blockchain dalam satu dekad ni?

Medium pembayaran mudah dan cepat tanpa pihak ketiga

Yang ni dah tentu semua orang tahu sebab itulah tujuan Bitcoin dicipta. Mungkin mereka yang sudah biasa membayar menggunakan kad kredit atau debit tidak merasakan ini pencapaian yang besar tetapi cuba anda bayangkan jika anda tiada akaun bank? Atau anda ingin membuat transaksi antarabangsa tetapi tak jadi kerana melihat yuran transaksi ditambah lagi dengan caj pertukaran matawang?

Di sinilah teknologi ini menjadi penyelesaian kepada yuran transaksi yang melampau dan juga masa yang diambil untuk transaksi disahkan. Kita sudah sedia tahu tentang matawang kripto yang boleh digunakan sebagai medium pembayaran yang merentasi sempadan antarabangsa.

Tetapi sebenarnya banyak aplikasi lain yang menggunakan teknologi Blockchain yang menawarkan perkhidmatan pemindahan wang dengan mudah, cepat dan murah sebagai pengganti Western Union atau yang seangkatan dengannya. Contohnya, Abra dan Align Commerce daripada Amerika Syarikat, Bitspark di Hong Kong, Rebit di Filipina, CoinRip di Singapura, BitPesa di Afrika dan macam-macam lagi.

Smart contract

Default – Inside Post Ads

Aplikasi smart contract berkemungkinan besar adalah aplikasi teknologi Blockchain yang mempunyai potensi yang paling besar dalam pelbagai sektor. Daripada semudah transaksi kepada kontrak perjanjian yang lebih kompleks seperti pemindahan aset atau insurans.

Dalam senario di mana seorang penguatkuasa kontrak atau wasiat boleh mempunyai kepentingan atau bias tersendiri, smart contract boleh menggantikan orang tengah ini dan mencapai matlamat yang sama, membuang keperluan orang tengah dan sekaligus lebih efisyen dari segi operasi dan kos.

Ethereum adalah contoh terkenal dalam aplikasi smart contract dan dalam satu dekad teknologi Blockchain diperkenalkan, sudah banyak projek Blockchain lain berkaitan smart contract yang dibangunkan seperti NEO, LISK, Stratis, EOS dan Waves.

Industri perbankan

Mungkin pada awalnya institusi kewangan dan bank merasa takut dengan potensi teknologi Blockchain untuk menjatuhkan industri mereka, tetapi banyak yang mengambil pendekatan progresif dan cuba untuk integrasi teknologi Blockchain ini dengan sistem legasi yang sedia ada. Seperti pepatah Inggeris, “if you can’t beat them, join ’em”.

Dengan pembangunan projek-projek Blockchain yang direka untuk syarikat-syarikat besar dan korporat seperti Hyperledger, R3 dan Corda, kadar impementasi teknologi Blockchain dalam industri perbankan adalah sangat tinggi. Ditambah lagi dengan bilangan bank di dunia yang menyertai rangkaian Ripple, boleh dikatakan rata-rata industri ini telah pun implementasi atau merancang untuk implementasi teknologi Blockchain.

Supply Chain

Ini adalah satu lagi sektor di mana implementasi teknologi Blockchain boleh mengubah sistem legasi yang digunakan. Menurut kajian, operasi supply chain yang menggunakan kertas meningkatkan kos operasi sebanyak lebih USD$1 trilion. Implementasi teknologi Blockchain yang memberi akses kepada pihak-pihak tertentu kepada dokumentasi penting telah mengurangkan kos ini secara signifikan.

Syarikat-syarikat besar seperti Amazon, Walmart dan Alibaba kesemuanya sedang menjalankan proof-of-concept atau meneroka potensi teknologi Blockchain untuk melancarkan operasi supply chain.

Perdagangan Sekuriti

Pada suku tahun kedua 2018, semakin banyak berita tentang bursa saham yang mula meneroka potensi teknologi Blockchain untuk mengurangkan kos dan mempercepatkan perdagangan, pada masa memudahkan proses penyelesaian perdagangan. Setakat ini, sudah 6 bursa saham yang merancang untuk implementasi teknologi Blockchain dalam sistem mereka.

The London Exchange, Australian Securities Exchange dan Tokyo Stock Exchange sudah pun mula eksperimen dengan integrasi teknologi Blockchain dalam operasi mereka dan mereka menjangka akan melancarkan sistem baru ini dalam beberapa tahun lagi.

Sharing Economy

Perkembangan teknologi Blockchain telah membuka pintu yang lebih besar ke dunia sharing economy. Jika dahulu Airbnb dan Uber menjadi pemangkin ekonomi baru ini, kini aplikasi teknologi Blockchain yang fokus kepada perkongsian sumber seperti ruang penyimpanan data dan kuasa pengkomputeran antara pengguna sudah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Malah, sistem Blockchain yang memerlukan pelombong untuk mengesahkan transaksi dan memastikan keseluruhan sistem berjalan dengan lancar adalah contoh terbaik dalam sharing economy.

Kesimpulan

Ternyata dalam masa satu dekad sahaja, satu masa yang singkat jika dibanding dengan perkembangan teknologi lain, teknologi Blockchain sudah menembusi pelbagai sektor. Contoh-contoh di atas hanya sedikit sahaja, tetapi banyak lagi penggunaan teknologi Blockchain dalam bidang lain termasuk kesihatan, pendaftaran, retail dan sebagainya. Kita hanya menyentuh mungkin beberapa peratus sahaja daripada potensi teknologi Blockchain yang besar dan penulis rasa menjelang dekad seterusnya, teknologi Blockchain sudahpun menjadi pengganti sistem legasi yang sedia ada.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads