Hyperledger Fabric vs Corda vs Quorum
Blockchain sebagai teknologi baru belum mencapai tahap meluas lagi namun teknologi disruptif ini telah menyaksikan lima generasi. Dua generasi pertama, Bitcoin dan Ethereum adalah public dan permissionless blokchain, Hyperledger Fabric, Corda dan Quorum adalah private dan permissioned blockchain.
Mengapa paradigma teknologi ini beralih apabila ia bertujuan untuk menjadi teknologi desentralisasi dan permissionless teknologi? Ini adalah kerana public dan permissionless blockchain, data boleh diakses oleh semua, tidak hanya oleh entiti pusat. Walau bagaimanapun, industri dan perniagaan ingin melindungi maklumat dan tidak mahu pihak ketiga mengakses data sensitif mereka.
Enterprise Blockchain
Ethereum menjadi salah satu platform blockchain yang paling berkembang dan telah memudahkan pembangunan Enterprise Blockchain. Ethereum memperkenalkan kontrak pintar dan kerana fungsi dan fleksibiliti kontrak pintar, Ethereum mempunyai bilangan kes penggunaan terbesar dalam Enterprise Blockchain.
Hyperledger Fabric, Corda dan Quorum menggunakan source code Ethereum dengan matlamat yang berbeza. Fabrik Hyperledger yang dibina oleh IBM dan Linux Foundation bertujuan untuk menawarkan rangka kerja modular dan boleh ditambah yang boleh diterima pakai merentasi industri, dari penjagaan kesihatan ke supply chain, hartanah dan perbankan.
Corda, produk konsortium R3 direka dan dibangunkan untuk merekod dan mengautomasikan perjanjian perundangan antara pihak yang boleh dikenalpasti. Quorum yang dibangunkan oleh JP Morgan bertujuan untuk menyediakan industri perkhidmatan kewangan dengan permissioned enterprise blockchain yang menyokong transaksi dan privasi kontrak.
Baru-baru ini juga ada perkembangan baru iaitu Ethereum akan menjadi public blockchain pertama yang akan diterima pada platform Hyperledger. Cadangan telah diserahkan dan jika jawatankuasa konsortium meluluskan, projek Pantheon akan dijalankan pada Hyperledger. Pantheon adalah rangkaian perkhidmatan berasaskan Ethereum yang digunakan untuk membangunkan aplikasi perusahan dengan ciri seperti privasi dan kebenaran.
Penyertaan Ahli
Dalam sistem penyimpanan data konvensional, hanya satu entiti yang dapat menyimpan satu salinan lejar. Entiti ini yang dapat mengawal data dan yang akan memilih data yang akan dimasukkan atau pihak mana yang dibenarkan untuk menyumbang kepada data tersebut. Dalam kes Hyperledger Fabric, Corda dan Quorum, ketiga-tiga ialah permissioned enterprise blockchain, penyertaan ahli adalah terhad. Ahli-ahli dipilih terlebih dahulu dan akses rangkaian hanya terhad kepada ahli-ahli ini sahaja.
Konsensus
Dalam kes Hyperledger Fabric, pemahaman konsensus adalah luas, dan ia menyeluruh dalam aliran urusniaga bermula dengan memulakan transaksi ke rangkaian dan kemudian memasukkannya ke dalam lejar. Seperti yang disebutkan dalam blog Fabrik Hyperledger, bahawa seni bina blockchain ini sangat berbeza daripada model order-execute blockchain lain. Fabrik Hyperledger menjalankan urus niaga sebelum akhirnya dimasukkan ke blockchain. Ini membantu blockchain untuk melaksanakan pelbagai nod dan meningkatkan prestasi dan keupayaan blockchain secara keseluruhan.
Hyperledger Fabric v1.4.1 memperkenalkan konsensus Raft sebagai konsensus crash fault tolerance. Raft mengikuti model pemimpin dan pengikut di mana nod pemimpin dipilih untuk setiap saluran dan keputusan yang diambil oleh node pemimpin direplika oleh nod pengikut. Sekiranya berlaku kegagalan, Raft memastikan bahawa sistem itu dapat membuat keputusan dan memproses permintaan klien.
Corda dibangunkan oleh institusi kewangan dan bank. Blokchain ini bertujuan untuk mencapai lebih banyak skala dan menyelesaikan kebimbangan privasi yang dihadapi oleh bank. Ini berlaku di Corda dengan memasukkan Notaries dalam rangkaian. Notaries melaksanakan fungsi pelombong, mereka adalah orang yang mengesahkan transaksi. Sekiranya urus niaga disahkan dan dikemukakan oleh Notaries, ia boleh dimasukkan ke dalam rantaian immutable. Notaries boleh dipusatkan (misalnya R3 atau bank) atau mereka boleh diedarkan.
Quorum menggunakan protokol konsensus yang dipanggil Quorum Chain. Konsensus ini agak mudah dan konsensus dicapai melalui undian majoriti. Sebilangan nod ditugaskan dengan hak mengundi. Nod ini hanya mengesahkan transaksi. Quorum menggunakan asas Raft dan Istanbul BFT untuk fault tolerance dan pengakhiran transaksi yang lebih baik serta masa blok yang lebih cepat.
Kontrak Pintar
Apabila masuk topik kontrak pintar, Hyperledger Fabric menggunakan Chain code sebagai logik teknologi. Chain code mengambil leveraj daripada kepercayaan yang dibina dalam teknologi blockchain dan mempercepatkan konsensus daripada ahli. Hyperledger Fabric juga membolehkan penulisan Chain code atau kontrak pintar dalam mana-mana standard programming language. Kontrak Pintar boleh ditulis dalam Node.js, Go, dan Java.
Kontrak pintar Corda tidak hanya mengandungi kod, tetapi ia juga menyokong prosa undang-undang. Alasan di sebalik menyokong kedua-duanya ialah kerana blokchain ini direka untuk perkhidmatan kewangan dan perbankan yang dikawal selia. Prosa undang-undang yang lebih dikenali sebagai Kontrak Ricardian dijalankan untuk memastikan bahawa tanda tangan yang diperlukan diperolehi kesahihan semasa transaksi dicapai. Untuk Corda, kontrak pintar boleh ditulis menggunakan programming language Java atau Kotin.
Quorum ialah soft-fork dari Ethereum yang menyokong kedua-dua kontrak public dan private. Kontrak public dibina dengan Solidity. Kontrak private yang membolehkannya untuk menentukan nod yang ada dalam rangkaian mempunyai akses untuk melaksanakan kontrak. Apa yang perlu difahami di sini adalah bahawa reka bentuk privasi Quorum mengenakan kekangan, kontrak private tidak boleh dikemaskini kepada kontrak public dan sebaliknya.
Built-in Currency
Hyperledger Fabric tidak menyokong matawang kripto walaupun platform ini menyokong token. Mata wang natif atau token digital boleh dibangunkan di Fabrik Hyperledger dengan Chain code.
Corda dan Quorum tidak menyokong mana-mana matawang kripto pada masa ini untuk melindungi blokchain tersebut.
Kesimpulan
Dengan firma pembangunan blockchain seperti Truffle memperkenalkan pelan untuk menawarkan sokongan untuk protokol blockchain Corda dan Hyperledger Fabric, ia menjadi lagi mudah bagi perusahaan untuk mengadoptasikan blockchain ini.
Walau bagaimanapun, untuk menyimpulkan permissioned blockchain yang dibincangkan, ketiga-tiga blockchain menawarkan privasi, meningkatkan prestasi blockchain dan menawarkan kawalan akses.
Oleh kerana Corda dan Quorum sama-sama direka bentuk sebagai Distributed Ledger Technology (DLT) untuk perbankan dan industri kewangan, tumpuan utamanya adalah pada transaksi perkhidmatan kewangan. Reka bentuk seni bina kedua-duanya adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan Hyperledger Fabric.
Oleh kerana kerangka Hyperledger Fabric adalah modular, kemungkinan besar ia dapat diubah untuk menyerupai ciri-ciri Corda atau Quorum. Terdapat usaha terkini bertujuan untuk mengintegrasikan Corda ke dalam projek Hyperledger Fabric. Oleh itu, kedua-dua Hyperledger Fabric dan Corda tidak boleh dilihat sebagai pesaing tetapi sebagai pelengkap antara satu sama lain.
Penulis: Akif Akmal