IPSX: Revolusi Industri VPN
Sebagai seorang pengguna Internet dalam zaman yang serba canggih ini, anda patut sudah fasih dalam menggunakan VPN. Ia adalah perkara asas yang diperlukan untuk melindungi privasi anda. VPN, atau virtual private network yang kebiasaannya perkhidmatan yang dilanggan secara tahunan yang membolehkan anda melayari Internet secara selamat dan aktiviti anda sukar untuk dijejak.
Bagaimana VPN berfungsi?
VPN adalah umpama satu terowong di antara komputer anda dan laman yang anda layari di Internet. Tanpa VPN, hubungan anda dan laman web adalah secara langsung dan lokasi anda boleh dijejaki dengan mudah. Pada masa sama, maklumat peribadi anda juga boleh dicuri oleh penggodam. Jika anda menggunakan VPN, komputer anda akan berhubung dengan server VPN yang berada di mana-mana lokasi luar negara seperti US, UK, Perancis dan sebagainya. Trafik web anda akan melalui server tersebut, menunjukkan anda melayari Internet dari lokasi lain.
Apa kaitan VPN dan IPSX?
Menurut laman web IPSX, IPSX adalah platform di mana pengguna boleh mendapatkan alamat IP yang dikongsi pengguna lain dan membina infrastruktur untuk aplikasi menggunakan alamat-alamat IP tersebut. Platform IPSX beroperasi menggunakan kontrak pintar dan mekanisme token utiliti/protokol Blockchain untuk memberi insentif kepada pengguna untuk perkongsian alamat IP dalam platform yang selamat.
Dalam kata lain, apa yang ditawarkan oleh IPSX adalah kebolehan untuk akses pelbagai alamat IP melalui komputer dan pada masa yang sama membenarkan alamat IP pengguna itu digunakan oleh pengguna lain dalam platform tersebut. IPSX adalah platform di mana sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk menjadi IP provider (membenarkan orang lain menggunakan alamat IP) atau IP requester (menggunakan alamat IP yang diberikan orang lain).
Pasaran alamat IP
IPSX beroperasi sebagai pasaran alamat IP, membolehkan pengguna akses alamat IP dari mana-mana lokasi seluruh dunia. Pada masa yang sama, IPSX juga memberi akses alat-alat berguna seperti SDK dan API kepada developer untuk membina aplikasi di atas platform IPSX, terutama dalam mereka yang menawarkan perkhidmatan VPN, data mining dan web crawling bots (bot yang digunakan untuk membuat indeks di Internet).
Memandangkan IPSX adalah token utiliti, semua aktiviti dalam platform tersebut akan menggunakan token IPSX. IP provider akan menerima token IPSX untuk alamat IP yang diberi, dan IP requester melanggan alamat IP menggunakan token IPSX. IP provider boleh meletakkan had bandwith ke atas alamat IP yang diberikan dan juga had masa alamat IP itu boleh digunakan.
Kelebihan IPSX
Kita semua sedia tahu bahawa terdapat banyak perkhidmatan VPN yang ditawarkan dengan pelbagai jenis harga, dari percuma kepada beratus-ratus ringgit. Tetapi tidak semua perkhidmatan VPN yang ditawarkan betul-betul melindungi privasi pengguna. Terutama perkhidmatan VPN yang percuma. Ini adalah kerana kos operasi perkhidmatan VPN adalah mahal, dan jika pengguna tidak membayar untuk menggunakan VPN, VPN provider tersebut akan membayar server dan bandwith dengan menjual data pengguna.
Selain daripada itu, kebanyakan VPN provider membeli alamat IP daripada pusat data seluruh dunia, dan ianya dibeli secara bersiri. Satu VPN provider mungkin mempunyai 250 alamat IP seperti 212.84.123.1, 212.84.123.2, 212.84.123.3 sehinggalah 212.84.123.250. Ini membuatkan ianya mudah untuk alamat-alamat IP tersebut dihalang, menjadikan penggunaan alamat tersebut tidak berguna.
Berbeza dengan IPSX, dimana pengguna yang menjadi IP provider adalah rawak, dan setiap IP provider lain di lokasi yang sama juga tidak berkaitan dengan satu sama lain. Alamat-alamat IP ini lebih sukar dijejaki. IPSX juga mempunyai kerjasama dengan Pusat Data Luxembourg, menjadikannya sesuai untuk syarikat perkhidmatan Internet. ISP dan perkhidmatan hosting yang lain yang mempunyai banyak lebihan alamat IP boleh menjualnya kepada IPSX, dan perkhidmatan VPN boleh membeli alamat-alamat tersebut untuk perkhidmatan mereka.
Kesimpulan
IPSX bukan sahaja suatu perkhidmatan untuk pengguna yang ingin privasi dalam aktiviti Internet mereka tetapi juga kepada syarikat perkhidmatan Internet yang menggunakan alamat IP. Dalam dunia teknologi serba canggih ini, terdapat keperluan untuk perlindungan privasi yang lebih menyeluruh dan juga untuk perniagaan mendapatkan alamat IP dengan lebih mudah.