Default – Above Header Ads

Kenapa Bitcoin dan Kripto Tiada Masa Depan

Kenapa Bitcoin dan kripto tiada masa depan…

bila NYSE sedang mencipta satu platform jual beli matawang kripto, Bakkt melalui kerjasama dengan Microsoft dan Starbucks, dan menjual futures contract yang bersandarkan aset fizikal.

bila Fidelity, sebuah firma Wall Street, menawarkan klien-klien mereka pelaburan dalam kripto di atas dan sudah menjalankan operasi ‘mining’ sejak 2015.

bila Steve Wozniak menjadi pengasas bersama firma pelaburan aset kripto.

bila Kate Perry IG ini!

bila Brendan Eich, pencipta JavaScript dan Mozilla, memulakan Brave Browser yang mempunyai built-in ad-blocker dan juga Basic Attention Token (BAT) sebagai ganjaran kepada pencipta media.

EXMO affiliate program

bila Amazon Web Services bekerjasama QTUM.

bila Bill & Melinda Gates Foundation menggunakan protokol interledger Ripple untuk membantu perkhidmatan pembayaran bagi mereka yang tidak berkemampuan atau golongan yang tidak mempunyai akaun bank (unbanked).

bila IBM bekerjasama dengan Stellar Lumens (XLM) untuk penyelesaian pembayaran melepasi sempadan (cross-border).

bila Jamie Dimon, mengumumkan bahawa Bitcoin adalah “penipuan” dan jika dia mendapat tahu ada pekerjanya yang memiliki Bitcoin, mereka akan diberhentikan, tetapi pada masa yang sama JP Morgan dan Morgan Stanley membeli ETN Bitcoin sewaktu harga tengah jatuh.

bila MLB melancarkan permainan berdasarkan kripto di Blockchain Ethereum menggunakan standard ERC-721 untuk token yang tidak boleh ditukar (non-fungible).

bila George Soros pada awalnya mengutuk matawang kripto, tetapi kemudiannya membeli Bitcoin pada harga di bawah USD$6,000.

bila Alibaba and IBM mempunyai paten Blockchain paling banyak di dunia.

bila Yale’s endowment melabur USD$400 juta dalam dana aset kripto.

bila kembar Winklevoss mengambil sebanyak USD$11 juta daripada duit Facebook mereka dan membeli Bitcoin pada tahun 2013 dengan harga USD$120 setiap satu. :O

Jom kita berlayar ke bulan!

bila John McAfee mempertaruhkan kelelakiannya yang Bitcoin akan pergi ke bulan.

bila Jack Dorsey, CEO of Twitter and Square, mengatakan bahawa Bitcoin adalah matawang masa depan.

bila Richard Branson mengatakan bahawa Bitcoin akan membawa revolusi ekonomi.

bila Circle yang disokong Goldman Sachs melancarkan syarikat kewangan kripto.

bila Square’s Cash App membolehkan penggunanya jual beli Bitcoin.

bila Coinbase bernilai sebanyak USD$8 billion.

bila pengasas YouTube dan pengasas Twitch menjadi penasihatwhen Theta Token (THETA).

bila  Bitmain menjangkakan pendapatan sebanyak USD$10 billion tahun ini selepas memperoleh sebanyak USD$4 billion tahun lepas.

bila pendapatan Binance dalam Q2 2018 melebihi Deutsche Bank.

bila pengasas Reddit (dan suami Serena Williams — tau tak?) Alexis Ohanian bertaruh bahawa Bitcoin akan menjadi pelindung sewaktu krisis ekonomi.

bila Blockchains, LLC membeli 60,000 ekar tanah untuk “incubate” dan “innovate” pembangunan Blockchain berdasarkan Ethereum.

bila pengasas bersama Wikipedia kini berkerja untuk membangunkan platform desentralisasi Everipedia (IQ).

bila Akon melancarkan matawang kripto sendiri, Akoin untuk membawa lebih sekuriti kepada sistem matawang di Afrika.

bila Ashton Kutcher menyumbang $4 million in XRP kepada tabung amal Ellen DeGeneres’  dan transaksi itu mengambil beberapa saat sahaja.

bila Chamath Palihapitiya, pengasas bersama Golden State Warriors, melabur awal dalam Bitcoin dan menjangka ia akan naik sehingga $1 million setiap satu.

bila Plastic Bank membantu mereka di negara membangun memperoleh pendapat dalam matawang kripto sambil memulihkan pencemaran plastik dalam lautan – cuba pergi cari iklan IBM tentang ini.

bila Robinhood menawakarkan perkhidmatan pembelian matawang kripto secara percuma.

bila Steve Bannon bertaruh atas Bitcoin dan melancarkan matawang kripto sendiri.

bila Bill Clinton membuat ucapan di Swell Conference untuk menyokong Ripple dan teknologi blockchain.

bila bekas pembantu Trump dan eksekutif Goldman Sachs, Gary Cohn akan menyertai startup blockchain.

bila NFL membeli ekuiti dalam startup blockchain SportsCastr.

bila NBA masuk ke dunia kripto – Sacramento Kings melombong Ethereum, Bitmain menjadi penaja Houston Rockets, dan bekas commissioner David Stern menyokong FanChain.

bila Venrock milik Rockefeller melabur dalam matawang kripto.

bila Overstock.com akan menjadi kripto sepenuhnya.

bila matawang kripto boleh menghapuskan kemisikan dan menawarkan kebebasan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Memang betullah matawang kripto dan teknologi Blockchain ni tiada masa depan!

Terjemahan daripada artikel asal : https://medium.com/@rompo007/why-bitcoin-and-crypto-have-no-future-38742c05c924

Kredit artikel : https://medium.com/@rompo007

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.