Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Memahami Fork Dalam Kripto

Dalam dunia kripto, kita selalu dengar tentang hard fork. Selalunya berita hard fork disambut dengan gembira, kerana ia bermakna kita akan mendapat kripto percuma! Tetapi pernah ke kita bertanya hard fork ni mengapa ia berlaku, adakah ia baik untuk komuniti Blockchain dan sebagainya?

Haa, takpa. Nasib baik penulis ada untuk berkongsi ilmu ini dengan anda.

Sebenarnya, fork adalah satu proses yang biasa berlaku dalam penaiktarafan sesuatu software, dan organisasi menjalankan proses fork untuk meneruskan sokongan untuk dua sistem operasi yang berbeza, contohnya untuk meneruskan versi lama sesuatu software bersama-sama versi yang lebih baru.

Dalam kes matawang kripto, ia berlaku apabila developer atau komuniti matawang kripto itu membuat keputusan untuk mengubah satu perkara asas dalam kod matawang kripto itu. Ianya adalah perubahan protokol Blockchain yang software itu gunakan untuk menentukan sama ada satu transaksi itu sah ataupun tidak.

Contohnya jika developer A ingin melakukan perubahan X kepada sesuatu projek Blockchain, dan developer B ingin membuat perubahan Y. Jika kedua-dua perubahan itu terlalu berbeza dan tidak boleh dilakukan bersama-sama, developer A dan B mungkin akan memilih untuk menjalankan proses fork dan meneruskan perubahan masing-masing. Jika perubahan itu dipersetujui, versi yang sudah di fork itu boleh digabungkan kembali dengan kod asal, tetapi sebaliknya, kod asal boleh ditinggalkan untuk kod baru yang telah di fork tadi.

Jenis fork

Dalam dunia matawang kripto, terdapat dua jenis fork yang berlaku; soft fork dan hard fork.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Soft fork adalah apa sahaja perubahan yang masih backward compatible, atau serasi dengan kod asal sebelumnya. Apabila soft fork berlaku, nod-nod komputer lama akan melihat transaksi baru sebagai sah. Namun begitu, jika nod-nod komputer lama yang tidak dinaik taraf ini membentuk blok baru, blok-blok mereka akan ditolak oleh nod-nod baru.

Sumber: https://www.investopedia.com/terms/s/soft-fork.asp

Oleh itu, soft fork memerlukan majoriti hash power dalam rangkaian untuk berjaya. Jika hanya segelintir nod yang menyokong soft fork, ia akan menjadi rantaian terpendek dan akhirnya menjadi ‘orphan block‘ dan diabaikan dalam rangkaian.

Soft fork kadangkala adalah naiktaraf yang diaktifkan oleh pelombong, di mana hash power satu protokol baru perlu bersamaan peratus yang ditetapkan sebelum naiktaraf itu dijalankan. Contohnya, matawang kripto Dash menggunakan masternodes untuk membolehkan perubahan besar dibuat ke atas protokol Blockchain.

Hard fork adalah perubahan daripada versi Blockchain sedia ada yang kekal, di mana nod-nod dalam blockchain baru tidak boleh menerima nod atau transaksi dalam blockchain lama. Nod yang berada dalam blockchain lama akan menolak transaksi di blockhain baru, dan begitu juga sebaliknya.

Ini bermakna untuk melombong blok baru, nod lama perlu naik taraf ke blockchain baru. Namun jika cukup nod membuat keputusan untuk kekal dalam blockchain lama, rantaian blok akan berpisah dan akan menjadi dua matawang kripto.

Dalam erti kata lain, hard fork melahirkan satu protokol blockchain baru yang tiada kene mengena dengan rangkaian blockchain lama. Dua matawang kripto berbeza mempunyai dua lejar berbeza tetapi kedua-duanya berasal dari blockchain yang sama.

Kenapa fork berlaku?

Senang cerita, fork pasti akan berlaku. Ini adalah proses yang dilalui apa-apa software. Bergantung kepada perancangan berpandukan core development team sesebuah projek atau dimulakan kumpulan deevloper yang ingin mengubah kod asal, pembangunan Blockchain akan melibatkan proses fork. Perbezaannya adalah sama ada perubahan itu akan mendapat persetujuan komuniti atau tidak.

Kadang kala, fork juga berlaku kerana isu pengurusan blockchain, pengskalaan atau lain-lain. Setiap proses fork adalah berbentuk demokrasi dan terbuka, kerana memerlukan sokongan daripada nod-nod dalam rangkaian di seluruh dunia, menjadikan ia lebih efisyen sebagai satu sistem check and balance. Setiap cadangan untuk fork akan dipertimbangkan oleh semua pihak sebelum ia diatifkan, ini bermakna tiada satu kumpulan yang akan monopoli masa depan sesebuah prokek matawang kripto itu.

Impak fork ke atas komuniti

Jika fork itu diterima, ia sesuatu yang bagus. Semua nod akan naiktaraf ke blockchain baru, menjadikan ia blockchain dominan dan blockchain lama yang mempunyai hash power yang sedikit akan diabaikan. Tetapi dalam kes lain, kedua-dua blockchain akan diterima dan mempunyai sokongan yang lebih kurang sama.

Kes yang pertama adalah seperti ETH dan ETC, di mana ETH mendapat lebih banyak sokongan dari ETC. Dan dalam kes kedua, yang agak jarang berlaku, adalah hard fork Bitcoin yang melahirkan Bitcoin Cash dan sehingga kini Bitcoin Cash masih lagi mempunyai nilai yang agak tinggi di pasaran.

Sebelum fork berlaku, kebiasaanya pasti akan ada kontroversi dalam komuniti, memandangkan komuniti blockchain terbahagi kepada developer, pelombong dan juga pengguna dan pelabur. Kesemuanya mempunyai kepentingan masing-masing dan kadang kala hala tuju sesuatu matawang kripto itu bercanggah dengan kepentingan mereka dan akhirnya perancangan itu dihentikan.

Contoh terbaik adalah protokol Segwit2X yang akhirnya diabaikan pada November 2017 kerana mereka yang menginginkannya tidak mendapat konsensus yang mencukupi untuk menaiktaraf saiz blok, terutama daripada golongan pelombong.

Kesan lain

Peristiwa hard fork juga boleh membawa kesan kepada pasaran kripto. Memandangkan hard fork akan melahirkan matawang kripto baru dan pemegang matawang kripto lama biasanya akan mendapat jumlah matawang kripto baru yang sama dengan apa yang mereka ada, ia adalah peluang terbaik untuk menjalankan skim pump and dump.

Caranya: beberapa hari atau jam sebelum hard fork dijangka berlaku, golongan whale atau mereka yang memiliki beratus ribu Bitcoin akan mula membeli matawang kripto lama dengan banyak, kerana mereka ingin mendapatkan jumlah yang sama dalam matawang kripto baru. Mereka akan berterusan membeli menyebabkan harga matawang kripto lama naik mendadak, sehinggalah apabila hard fork berlaku.

Oleh kerana golongan ini tahu harga matawang kripto lama yang naik kerana tindakan mereka, mereka akan mula menjual kedua-dua matawang kripto baru dan lama di semua bursa pertukaran yang mereka jumpa. Akhirnya nilai kedua-dua matawang kripto akan jatuh dengan teruk sebelum ia kembali stabil. Inilah senario biasa yang kita lihat dalam skim pump and dump.

Kesimpulan

Fork adalah penaiktarafan yang penting dalam matawang kripto dan akan berterusan berlaku. Selagi isu-isu seperti skalabiliti dan privasi wujud, proses fork akan kekal dalam ekosistem matawang kripto, di mana setiap idea baru untuk penaiktarafan akan dicadangkan, menjadikan matawang kripto sedia ada lebih baik dari sebelumnya.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.