Default – Above Header Ads

OpenChain: Platform Blockchain yang bukan Blockchain?

Pernahkah anda mendengar tentang OpenChain, satu lagi inovasi technologi platform blockchain?

Menariknya tentang OpenChain ini, ia bukanlah blockchain dalam erti katanya yang sebenar, tetapi amat mirip dengan blockchain atau bolehlah disebut sebagai saudara blockchain yang terdekat. Hal ini adalah kerana, blok tidak wujud dalam OpenChain untuk menyimpan transaksi seperti dalam blockchain; transaksi bersambung secara langsung antara satu sama lain.

OpenChain menyediakan teknologi ‘distributed legder’ sumber terbuka dalam blockchain. Ciri ini amat sesuai untuk dimanfaatkan oleh organisasi yang mahu mengurus aset dengan cara yang selamat, teguh dan mudah disesuaikan. 

Apa yang membezakan OpenChain dengan blockchain? Dan apa persamaan antara keduanya?

Blockchain

OpenChain

Lejar Teragih

Tidak berpusat; tiada sesiapa yang mempunyai kawalan penuh ke atas sesuatu rangkaian yang dibangunkan

Tidak berpusat tetapi boleh dicipta khusus; sesebuah organisasi boleh membangunkan rangkaian OpenChain tersendiri dan mempunyai kawalan penuh ke atasnya

Penyimpanan Transaksi

Di dalam blok yang tercipta

Tiada blok tercipta; transaksi bersambung terus antara satu sama lain

Perlombongan

Perlu untuk kebanyakan blockchain

Tidak perlu

Fi Perlombongan

Ada untuk yang memerlukan mining

Tiada, kerana mining tidak berlaku

Pengesahan Transaksi

Mengambil sedikit masa kerana memerlukan pengesahan terlebih dahulu

Lebih pantas kerana transaksi bersambung antara satu sama lain

Proof of Work (PoW)

Diperlukan oleh kebanyakan blockchain

Tidak diperlukan

Lejar Awam

Tunggal

Banyak

Tandatangan Digital

Diperlukan

Diperlukan

Immutability

Tidak boleh diubah

Tidak boleh diubah

 

Antara keistimewaan lain adalah token ia oleh menjadi ‘sidechain’ kepada Bitcoin; bermakna mana-mana token yang dilancarkan di OpenChain mempunyai pilihan untuk disandarkan nilainya pada Bitcoin. OpenChain juga mempunyai skalabiliti yang sangat tinggi lantas membolehkan ia memproses ribuan transaksi dalam masa yang singkat.

Selain itu, OpenChain adalah lebih efisyen daripada mana-mana sistem yang menggunakan PoW. OpenChain menggunakan seni bina client-server yang lebih efisyen dan dipercayai daripada seni bina peer-to-peer. Miner tidak wujud dalam ekosistem OpenChain; transaksi disahkan secara langsung oleh pengurus aset. Dan memandangkan penglibatan miner adalah tidak relevan, transaksi boleh dilakukan dalam sekelip mata dan percuma. 

Dari segi aplikasi, OpenChain sangat sesuai digunakan oleh syarikat atau organisasi yang mahu memanfaatkan teknologi blockchain tetapi tidak mahu rangkaian yang bebas sepenuhnya. Institusi seperti bank boleh mengambil faedah daripada potensi yang ada pada blockchain tanpa perlu terdedah kepada risiko transaksi yang tidak diketahui. Lebih utama, OpenChain berupaya untuk menyediakan keselamatan kepada stok dan bon, juga komoditi seperti emas dan matawang.

Sebagai kesimpulan, meskipun OpenChain bukanlah sebuah platform blockchain dalam erti katanya yang sebenar, tetapi ia masih diiktiraf sebagai sebuah blockchain memandangkan ciri-cirinya yang amat mirip dengan blockchain. Mana-mana syarikat atau organisasi yang mahu menguruskan aset digital mereka dengan manfaat yang ada pada blockchain tetapi tidak mahu maklumat transaksi mereka terdedah kepada umum, maka OpenChain adalah satu alternatif yang bijak.

Ditulis oleh: Adam Effendy 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads