Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perlu ke Polisi KYC/AML dalam Pasaran Kripto?

Protokol Know Your Client (KYC) dan Anti-Money Laundering (AML) merupakan satu cabaran yang besar dalam dunia matawang krypto. Ini adalah kerana matawang kripto dicipta berdasarkan teknologi blockchain, yang mempunyai ciri-ciri decentralisation di mana tiada satu kuasa pusat yang mengawal selia transaksi yang berlaku dalam rangkaian blockchain.

Dalam post sebelum ini penulis sudah menyentuh tentang konsep anonymity dalam matawang kripto. Kita sudah menyimpulkan bahawa kebanyakan matawang kripto seperti Bitcoin, Ether dan sebagainya bukan anonymous, tetapi pseudonymous. Dalam erti kata mudah, pseudonymous bermaksud walaupun identiti pemilik tidak didedahkan, setiap transaksi yang berlaku antara penghantar dan penerima telah direkod dalam lejar blockchain.

Apa itu KYC dan AML

KYC, atau Know Your Client, adalah satu proses di mana institusi kewangan dan bank membuat pengesahan dokumen-dokumen penting sebagai tanggungjawab dalam ketelitian wajar (due diligence) mereka. Proses KYC juga termasuk mendapatkan dan menyimpan maklumat peribadi pengguna.

Keutamaan proses KYC adalah untuk memastikan reputasi institusi kewangan terjaga. Tetapi lebih dari itu, protokol ini adalah untuk menghalang penggubahan wang haram (money laundering) dan juga pembiayaan kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah atau terrorism. Protokol AML, atau Anti-Money Laundering, boleh dikatakan menggunakan proses KYC untuk mengawal selia dan mengenal pasti data yang dikumpul melalui proses KYC. Namun begitu, pada asasnya, struktur protokol AML telah direka khusus untuk sistem kewangan yang berpusat (centralized), dan bukannya satu sistem yang berdasarkan konsep anonymity, atau lebih tepat, pseudonymity.

Mekanisme pemantauan AML bertanggungjawab untuk mengaitkan setiap transaksi kepada satu badan yang sah yang telah dikenal pasti. Maklumat yang akan dijejaki dalam urusan berkaitan matawang fiat adalah: 1) entry point seperti membuka akaun baru, 2) setiap transaksi yang berlaku dalam sistem. Seterusnya sistem akan memantau setiap aktiviti kewangan berkaitan akaun tadi dan membuat penilaian risiko AML. Jika kegiatan yang menyalahi undang-undang dikenal pasti, ia akan terus dikaitkan dengan akaun yang telah dipantau tadi dan langkah seterusnya boleh diambil.

Cabaran AML dalam matawang krypto

Transaksi matawang kripto dikenal pasti melalui alamat unik pemilik matawang kripto. Alamat unik ini terdiri daripada rentetan nombor dan huruf rawak, dan langsung tidak menyimpan apa-apa maklumat peribadi pemiliknya. Ini adalah fakta yang selalu digunakan pengkritik matawang kripto dalam hujah mereka berkenaan halangan terbesar protokol AML.

Sebenarnya sistem matawang kripto tidaklah menghalang maklumat transaksi dan identiti pemilik daripada dikenal pasti. Apa yang diperlukan adalah melihat masalah ini dari sudut yang berbeza. Kewujudan teknologi blockchain adalah untuk memastikan tiada satu pihak yang menguasai keseluruhan sistem, dan privasi orang ramai dapat dilindungi. Namun begitu, pemantauan AML bukanlah mustahil.

Seperti yang telah penulis nyatakan sebelum ini, kebanyakan matawang kripto bersifat peseudonymous. Pertama sekali, setiap transaksi matawang kripto yang direkod mempunyai entry point, iaitu penghantar dan end point, iaitu penerima. Matawang kripto disimpan dalam wallet, yang menyerupai akaun bank. Bezanya, akaun bank dikuasai bank yang menyimpan maklumat peribadai pemegang akaun, manakala wallet hanya menyimpan private key pengguna.

Pengguna boleh menerima dan menghantar matawang kripto menggunakan public key, atau alamat unik yang juga tidak menyimpan maklumat peribadi pengguna. Ciri-ciri ini yang menyebabkan matawang kripto dianggap anonymous.

Namun begitu, melainkan transaksi berlaku antara orang yang dikenali, pengguna akan menggunakan platform pertukaran untuk menjual atau membeli matawang kripto. Dan di kebanyakan negara, platform pertukaran memerlukan pengguna menjalani proses KYC untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tambahan lagi, perkhidmatan online digital wallet juga memerlukan maklumat peribadi pengguna disahkan. Jadi, dengan hanya memiliki online digital wallet dan menggunakan perkhidmatan platform pertukaran, sedikit tahap anonymity telah terjejas.

Walaubagaimanapun, masih banyak lagi online digital wallet dan platform pertukaran yang tidak memerlukan pengesahan identiti, dan terdapat risiko “matawang kripto kotor” melalui sistem tersebut. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan matawang krypto yang menggunakan konsep “coinjoin” atau “mixing”, membuatkan “matawang kripto kotor” sukar untuk dijejaki.

Namun begitu, kos untuk mematuhi peraturan AML, atau Anti-Money Laundering, sangat tinggi bagi institusi kewangan. Dalam tahun 2014, anggaran jumlah kos proses KYC seluruh dunia telah mencecah USD$10 billion.

Mengurangkan risiko

Tidak dapat dinafikan penghapusan risiko kegiatan jenayah adalah suatu yang sangat penting tidak kiralah dalam dunia matawang kripto mahupun matawang fiat. Buat masa ini, risiko kegiatan jenayah dalam mawatang kripto adalah tinggi tanpa pemantauan. Sudah tentu pemilik matawang kripto ingin mengelakkan pemantauan kuasa pusat daripada berlaku, jadi pemain utama dalam teknologi blockchain perlu mencapai satu konsensus untuk menangani isu ini dan pada masa sama memuaskan hati semua pihak.

Struktur teknologi blockchain yang telus dan decentralised adalah kunci utama dalam usaha mematuhi protokol AML. Dan sebenarnya miners yang mengesahkan setiap transaksi adalah penguatkuasa de facto untuk menghalang kegiatan jenayah daripada berleluasa. Dengan tahap penerimaan matawang kripto yang semakin menular, menangani isu AML dilihat sebagai suatu yang kritikal untuk memastikan ekosistem yang sihat dan selamat.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.