Default – Above Header Ads

PoW vs PoS? Eh, Kejap DPoS Lebih Hebat?

Antara perkara asas tentang Blockchain yang semua orang perlu tahu adalah mekanisme atau protokol konsensus yang digunakan. Kini, banyak jenis protokol konsensus yang sudah dan sedang dicipta untuk menjadikan sistem Blockchain lebih efisyen dan efektif dari segi kos.

Apa itu protokol konsensus?

Buat yang masih lagi keliru atau tidak tahu tentang protokol konsensus ni, mari penulis ceritakan sedikit. Dalam whitepaper tentang Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto, beliau ada menyebut tentang satu sistem insentif yang membuang keperluan pihak ketiga dalam mengesahkan transaksi. Seperti yang kita tahu, Blockchain menggunakan nod-nod komputer sebagai miners atau pelombong yang akan membina blok-blok baru melalui penyelesaian masalah matematik kompleks, dan inilah yang dinamakan proof-of-work (PoW).

Protokol konsensus ni penting untuk memastikan lejar Blockchain merekod maklumat seperti baki dalam setiap alamat, transaksi, dan sebagainya, yang dipersetujui semua nod-nod dalam rangkaian. Matlamat utama protokol konsensus adalah melindungi keseluruhan rangkaian daripada ancaman luar, dan memberi insentif (ganjaran blok) untuk menjaganya.

Ramai orang tahu tentang dua jenis protokol konsensus iaitu Proof-of-Work dan Proof-of-Stake (baca artikel ni: Apa itu Proof-of-Work dan Proof-of-Stakes?), tetapi apa itu DPos, atau Delegated-Proof-of-Stake?

Delegated-Proof-of-Stake

DPoS dicipta oleh seorang developer bernama Daniel Larimer dan dikatakan adalah versi yang lebih baik daripada PoS. Ianya agak sama dengan DPos, tetapi mempunyai ciri yang lebih demokratik berbanding PoS yang memberi kelebihan kepada pelombong yang memegang jumlah besar matawang kripto dalam wallet. Antara matawang kripto yang menggunakan protokol konsensus DPoS adalah seperti Steem, Lisk, Ark, NEO dan macam-macam lagi.

Sumber: http://www.nichanank.com/blog/2018/6/4/consensus-algorithms-pos-dpos

Witness/Super representative

DPoS menggunakan sistem berdasarkan reputasi dan undian real-time untuk mencapai konsensus. Stakeholders, atau pemegang matawang kripto akan mengundi witness atau super representative. Dan super representative adalah mereka yang bertanggungjawab untuk membina dan menambah blok-blok dalam Blockchain tersebut, dan mereka akan menerima ganjaran yang telah ditetapkan.

Setiap stakeholder hanya boleh mengundi sekali untuk seorang super representative, dan super representative yang paling banyak undi akan dipilih, sama seperti satu sistem demokrasi yang adil. Bezanya adalah setiap stakeholder boleh mengundi bilangan super representative yang tidak terhad (hanya terhad kepada satu undi setiap super representative), asalkan 50 peratus daripada kesemua stakeholders yakin bahawa proses desentralisasi dikekalkan melalui jumlah super representative yang diundi tadi.

Pemilihan super representative adalah proses yang berpanjangan, bermaksud jika super representative tidak menjalankan tugas dengan baik atau mempunyai isu lain, komuniti stakeholder boleh menarik balik undian mereka dan super representative akan hilang kedudukan mereka. Di samping itu, satu sistem penilaian reputasi diwujukan untuk membantu stakeholders dalam memilih super representative yang berkualiti.

Bergantung kepada implementasi DPoS dalam satu Blockchain, kumpulan super representative tadi boleh diganti dalam masa yang ditetapkan, contohnya setiap hari atau setiap minggu. Kebiasaannya super representative diberi masa tertentu untuk membina blok dan jika mereka gagal, mereka boleh dilangkau dan ini juga akan menjejaskan reputasi mereka.

Delegate

Selain daripada pemilihan super representative, stakeholders juga boleh mengundi delegate. Fungsi delegate adalah untuk menjaga keseluruhan rangkaian Blockchain dan boleh mencadangkan perubahan besar dalam rangkaian. Contohnya, saiz blok, yuran transaksi atau jumlah pembayaran super representative. Setiap cadangan akan dinilai oleh stakeholder untuk implementasi.

Kelebihan DPoS

Satu kelebihan ketara DPoS adalah, seperti PoS, ianya lebih jimat dari segi kos tenaga berbanding PoW. Dalam protokol konsensus ini, tiada pertandingan untuk siapa yang dapat menyelesaikan masalah matematik kompleks dengan cepat, dan ia membuang keperluan peralatan mining seperti ASIC yang memakan tenaga elektrik yang banyak.

Selain daripada itu, protokol DPoS juga adalah alternatif yang lebih desentralisasi. Dalam protokol konsensus PoW, secara realistik, mereka yang memiliki peralatan mining ASIC yang akan dapat membina blok dalam Blockchain. Dan keadaan ini menyebabkan aktiviti mining lebih berpusat kerana hanya mereka yang mampu membeli peralatan yang mahal ini yang akan lebih berpeluang mining blok baru dalam Blockchain.

Kekurangan DPoS

Satu isu besar DPoS adalah trade-off antara skalabiliti rangkaian Blockchain dan juga jumlah super representative yang diperlukan. Secara ideal, semakin banyak bilangan super representative semakin desentralisasi sesebuah sistem. Dalam sistem yang menggunakan PoW, bilangan miners dalam satu rangkaian diuruskan dengan menambah/mengurangkan kadar kesukaran masalah matematik kompleks. Jika terlalu ramai miners dalam satu masa, kadar kesukaran akan dinaikkan dan begitu juga sebaliknya.

Dalam sistem DPoS pula, bilangan super representative sudah ditetapkan dan boleh diubah mengikut undian stakeholders. Hakikatnya, satu rangkaian tidak boleh mempunyai terlalu banyak super representative kerana ia akan melembapkan keseluruhan sistem, sama juga seperti jika komputer menjalankan terlalu banyak operasi dalam sesuatu masa.

Kesimpulan

DPoS dicipta untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi protokol konsensus yang terdahulu dan nampaknya dari segi penjimatan kos tenaga dan sistem yang lebih desentralisasi, ia telah berjaya. Namun begitu, sepertimana teknologi Blockchain sentiasa berkembang dan dikemas kini, protokol konsensus yang diimplementasi juga akan sentiasa dibaik pulih untuk menjadikan sistem Blockchain lebih mantap.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads