Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Sesi perkongsian “Unchain the Blockchain”

Jika kita bercakap tentang teknologi blockchain, pastinya kita akan berfikir tentang Bitcoin. Tidak dinafikan bahawa Bitcoin adalah contoh terbaik aplikasi teknologi blockchain, tetapi teknologi ini sememangnya lebih daripada itu. Tahukah anda bahawa Bitcoin bukanlah matawang krypto pertama yang wujud?

Posted by coin.my on Wednesday, July 26, 2017

Petang semalam admin coin.my sempat menyertai satu sesi pengenalan teknologi blockchain anjuran Bloktex. Sesi perkongsian bertajuk “Unchain the Blockchain” ini telah disampaikan oleh saudara Suresh Naidu. Beliau banyak bercakap tentang asal usul blockchain. Tidak dinafikan Satoshi Nakamoto merupakan orang pertama yang berjaya implementasi teknologi blockchain melalui pelancaran bitcoin. Namun begitu, idea matawang krypto (digital) ini telah wujud sejak awal 90-an.

Dalam penyampaian semalam, saudara Suresh banyak bercerita tentang Hal Finney, seorang pakar kryptografi yang juga merupakan orang pertama yang menerima transaksi Bitcoin selain Satoshi sendiri. Hal Finney adalah salah seorang daripada ahli Cyperphunks. Cypherpunks ini ditubuhkan oleh Tim MayEric Hughes and John Gilmore pada tahun 1992. Ketiga-tiga pemuda ini datang daripada latar belakang yang berbeza tetapi mereka memulakan Cyperphunks kerana minat mendalam mereka terhadap kriptografi dan isu privasi. Dalam ‘A Cyperphunk’s Manifesto’ (1993), Eric Hughes telah menyampaikan misi dan visi Cyperphunks :

Misi Cypherpunks adalah untuk menubuhkan sistem tanpa nama (anonymous)… Privasi adalah sesuatu yang sangat penting untuk masyarakat yang hidup dalam zaman elektronik… Kita tidak boleh mengaharapkan kerajaan dan syarikat-syarikat atau organisasi besar untuk melindungi hak-hak peribadi kita…Kita sendiri harus melindungi hak-hak kita. Kami melindungi hak kami melalui kriptografi, melalui sistem penghantaran mel tanpa nama (anonymous), melalui tandatangan digital, dan melalui wang elektronik (digital)”.

David Chaum yang juga merupakan ahli Cyperphunks telah menulis tentang matawang digital pada tahun 1983, dan pada tahun 1990 telah berjaya mencipta matawang digital pertama yang dinamakan ‘DigiCash’. Namun begitu, pelancaran DigiCash gagal dan syarikat David diisytihar bankrap pada tahun 1998. Selain daripada DigiCash, beberapa matawang krypto lain seperti e-gold dan Liberty Reserve Dollar juga menemui nasib yang sama.

Pada tahun 1999, Hal Finney telah mengembangkan protokol proof-of-work, yang ketika itu dinamakan Reusable Proof of Work (RPOW). RPOW ini berasal daripadaHashcash yang dicipta oleh Adam Back pada tahun 1997. Fungsi RPOW pada asalnya adalah untuk mengurangkan email spam dan denial of service attack (DoS). Namun begitu, Hashcash atau RPOW tidak pernah digunakan secara meluas sehinggalah tahun 2009, apabila bitcoin mula beroperasi. Sistem bitcoin menggunakan protokol proof-of-work untuk memastikan satu konsensus untuk mengesahkan transaksi bitcoin dapat dicapai tanpa perlu pihak ketiga. Pada masa yang masalah double spending juga dapat diselesaikan.

Berbalik kepada penyampaian saudara Suresh tadi, memandangkan ini adalah sesi pertama daripada empat yang akan diadakan, beliau banyak bercakap tentang sejarah blockchain. Penyampaian beliau tidak begitu teknikal dan mudah dihadam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja mengambil tahu tentang dunia blockchain ini. Bagi anda yang berminat, anda boleh ikuti halaman facebook mereka, Bloktex untuk menyertai sesi akan datang. Jangan cakap admin tak payung!

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads