Default – Above Header Ads

Ucash Pemain Baru Matawang Kripto dengan Kenaikan Harga Mendadak

Setiap kali melihat senarai matawang kripto teratas di coinmarketcap.com, pasti akan ada satu atau dua matawang kripto yang baru sahaja dilancarkan tetapi tiba-tiba sahaja berada di tangga teratas bersama-sama matawang kripto yang sudah lama established. Ucash adalah salah satu contoh matawang kripto yang sangat baru (tersenarai dalam pasaran beberapa hari lalu), dan dalam masa lebih kurang 48 jam, harganya meningkat sebanyak 4000 peratus.

Matawang kripto itu mula dijual pada harga USD$0.003 pada 10 Februari 2018, dan harganya meningkat secara mendadak dari USD$0.12 kemudian ke setinggi USD$0.22 pada 12 Februari 2018. Dan modal pasaran Ucash meningkat dari USD$168,621,569 ke hampir USD$2 bilion, meletakkan ia di tangga ke-22 dalam senarai pasaran matawang kripto. Namun, pada waktu penulisan harga Ucash telah jatuh lebih 50 peratus dan kini harganya adalah USD$0.08.

Seperti biasa, mari kita kupas sedikit tentang latar belakang Ucash.

Apa itu Ucash?

Ucash bermula sebagai projek yang dinamakan SecuraCoin, dan objektif projek ini adalah untuk menubuhkan satu sistem rangkaian cash-to-digital conversion, atau pertukaran matawang fiat ke matawang kripto yang fizikal yang juga akan memberi pengguna akses kepada perkhidmatan kewangan dan matawang kripto.

Menurut laman web mereka, platform Ucash serasi dengan apa sahaja matawang (kripto), aset, Blockchain dan apa sahaja kemungkinan.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Misi utama Ucash adalah untuk unbank the world. Dalam erti kata lain, Ucash ingin membawa semua pengguna ke platform mereka untuk menukar matawang fiat ke matawang kripto dan menggunakan token tersebut untuk akses perkhidmatan yang tersedia dalam Ucash. Sistem Ucash adalah berdasarkan converters, yang akan menawarkan perkhidmatan pertukaran fiat ke kripto dengan cepat dan mudah. Terdapat beberapa jenis converter dalam ekosistem Ucash:

1. Master Converters – Syarikat atau entiti yang akan menyediakan likuiditi untuk converter lain yang berada di kawasan yang sama

2. MSB Converters (Money Service Businesses) – perniagaan yang sudah menawarkan perkhidmatan kewangan tradisional dan juga perniagaan online yang ingin menggunakan matawang digital sebagai medium pembayaran

3. Retail Converters – Perniagaan yang mempunyai lokasi fizikal, yang ingin menawarkan perkhidmatan Ucash seperti kedai runcit, kedai komputer dan lain-lain.

4. Individual Converters – Pengguna yang ingin mencari pendapatan lebih dengan menawarkan perkhidmatan Ucash kepada pengguna lain di kawasan sama

5. Mobile Converters – Menawarkan perkhidmatan di lokasi pengguna

Strategi Ucash

Satu pendekatan berbeza yang diambil oleh Ucash adalah pelancaran IBO atau Initial Bounty Offering dan bukannya ICO seperti biasa. Dalam program ini, pengguna boleh mendapatkan token Ucash secarapercuma melalui sumbangan tenaga kerja dan kemahiran mereka. Bagi penulis ini idea yang sangat menarik, malah ianya satu alat promosi yang meyakinkan pengguna tentang potensi Ucash. 

Terdapat pelbagai jenis bounty yang boleh disertai pengguna, tersenarai di laman web Ucash. Menurut Ucash lagi, sebanyak 80.88% daripada 21 bilion token Ucash akan disebarkan melalui program bounty yang ditawarkan. Setakat ini sudah hampir 8.5 bilion Ucash bernilai USD$113.6 juta (nilai yang diletakkan oleh Ucash) yang sudah diberikan kepada pengguna melalui IBO Ucash.

Persoalannya, adakah model perniagaan Ucash ini dapat dikekalkan hanya melalui program bounty? Apabila melihat pengagihan token Ucash, peruntukan untuk developer team Ucash adalah 5.9% dan hanya 3.65% (765,964,677.188969 Ucash) yang dikekalkan sebagai kapital, satu nilai yang bersamaan USD$6 juta pada waktu penulisan. Adakah simpanan itu cukup untuk perkembangan projek tersebut?

Unique Proposition Value

Pada pendapat penulis, sama seperti beratus-ratus matawang kripto lain, Ucash mempunyai utiliti yang bergantung sepenuhnya kepada jumlah pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Ucash tidak mempunyai ciri-ciri atau fungsi yang unik atau menambah baik perkhidmatan yang sedia ada. Apa yang ditawarkan oleh Ucash sebuah ekosistem di mana pengguna membelanjakan token Ucash dan penjual menerima token Ucash sebagai pembayaran.

Namun begitu, menurut whitepaper Ucash, Ucash akan mengintegrasi Blockchain lain selain daripada ERC20 dengan mencipta jumlah token yang sama (pegged token) bagi setiap Blockchain yang digunakan. Ini bermakna pengguna boleh membuat transaksi menggunakan Blockchain yang berbeza mengikut keperluan. Dan Ucash akan menetapkan jumlah yang boleh digunakan dalam sesuatu masa. Contohnya, jika 1 bilion Ucash diedarkan sewaktu satu tahap IBO, ini bermakna hanya 1 bilion Ucash yang boleh digunakan dalam mana-mana Blockchain pada sesuatu masa.

Kesimpulan

Pendekatan Ucash yang berbeza pasti akan menarik ramai untuk mendapatkan token tersebut. Siapa tidak mahu mendapatkan token secara percuma dengan hanya membuat sedikit kerja, betul bukan? Apapun, harga Ucash yang naik secara mendadak beberapa hari lalu dilihat seperti pump and dump, di mana sebilangan individu akan berkerjasama untuk membeli satu matawang kripto untuk menaikkan harganya secara artificial untuk menarik pembeli lain membeli, dan kemudian menjual untuk mendapat untung harga tinggi. Menurut beberapa laporan, strategi ini biasanya digunakan ke atas matawang kripto yang baru dilancarkan di dalam pasaran untuk mendapat keuntungan dengan cepat.

Kini harga Ucash telah jatuh 50 peratus, tetapi memandangkan ia baru sahaja mula dijual dalam pasaran dan sudah lebih 8 bilion diedarkan, nilai Ucash masih lagi berpotensi untuk naik secara organik.


 

Maklumat tentang U.Cash

Nama token : U.Cash
Penanda token : Ucash
Konsep : Rangkaian lokasi pertukaran ke matawang kripto untuk memudahkan pengguna akses perkhidmatan kewangan
Jumlah bekalan : 21,000,000,000 Ucash
Untuk pencipta : 1,239,356,881.873670 Ucash
Pre-mine : Tiada
Dalam edaran : 8,636,201,483 UCASH
Pencipta : Ageesen Sri
Kelajuan transaksi : ~ 24 saat (bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian Ethereum)
Yuran transaksi : bergantung kepada harga semasa Ether gas
Algorithm : ERC20
Protokol konsensus : Proof-of-stake
Mining : N/A
Laman web : U.Cash
Whitepaper : U.Cash Whitepaper

Nilai pada 14 Februari 2018
Modal pasaran (USD) : $739,682,021
Harga (USD) : $0.085649 ↓ 50.30%
Nilai (BTC) : 0.00000975

Nilai (ETH) : 0.00009947
Rank (coinmarketcap) : 33

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.