Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Vitana, projek Insurans Kesihatan menggunakan Smart Contract

Penyakit gestational diabetes atau kadar gula dalam darah yang tinggi adalah penyakit yang sering dihidapi oleh ibu mengandung. Selalunya ia adalah penyakit yang sementara tetapi dalam sesetengah kes, terdapat kesan yang berkekalan kepada ibu. Dan salah satunya adalah Type II diabetes.

Menurut kajian, gestational diabetes dahulu hanya berlaku dalam 3 hingga 4 peratus dalam kehamilan tetapi kini kadar itu telah naik kepada 6 hingga 8 peratus. Ibu mengandung yang obese, menghidap tekanan darah tinggi, pernah menghidapi gestational diabetes dalam kehamilan sebelum ini atau mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit diabetes mempunyai risiko yang paling tinggi untuk gestational diabetes ketika mereka mengandung.

Insurans untuk gestational diabetes

Nasihat yang selalu diberikan kepada ibu mengandung adalah untuk tidak mengambil insurans ketika sedang mengandung dan mereka menghidapi penyakit gestational diabetes. Ini adalah kerana walaupun penyakit ini selalunya sementara, dan ibu mengandung tidak menghidapi Type II diabetes, underwriter insurans tetap akan mencari simptom prediabetes, dan gestational diabetes termasuk dalam senarai simptom itu.

Kebanyakan syarikat insurans akan menawarkan polisi jangka masa pendek untuk tempoh kehamilan, tetapi premium yang perlu dibayar tinggi berbanding polisi biasa. Lebih-lebih lagi, jika insurans diambil selepas ibu mengandung disahkan menghidapi gestational diabetes.

Vitana, insurans otomatik untuk ibu mengandung

Vitana adalah produk LumenLab, pusat inovasi yang dimiliki oleh MetLife Asia yang beroperasi di Singapura. Vitana adalah produk insurans pertama di Singapura yang fokus khususnya kepada penyakit gestational diabetes.

Aplikasi Vitana menghubungkan rekod kesihatan elektronik ibu mengandung melalui peranti mudah alih mereka untuk mengeluarkan polisi dalam masa beberapa minit selepas pendaftaran. Vitana menggunakan smart contract untuk membolehkan pembayaran dibuat kepada ibu mengandung yang disahkan menghidapi gestational diabetes tanpa perlu membuat sebarang tuntutan.

Menurut laman web Vitana, dengan hanya premium berharga SGD79, ibu mengandung akan menerima SGD500 jika mereka disahkan menghidapi gestational diabetes dan SGD2,000 jika mereka menghadapi komplikasi berkaitan gestational diabetes seperti kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan atau operasi ceasarean dalam kecemasan.

Vitana dibangunkan dengan kerjasama beberapa pihak; SwissRe dalam infrastruktur produk dan penilaian risiko, Congnizant sebagai konsultan dalam teknologi Blockchain dan VaultDragon yang menguruskan rekod kesihatan elektronik di klinik sekitar Singapura. Vitana juga mendapat sokongan daripada Monetary Authority of Singapore (MAS) dan tersenarai dalam regulatory sandbox di bawah MAS.

Kesimpulan

Vitana adalah antara projek Blockchain yang mempunyai matlamat untuk mengubah sistem insurans sedia ada yang membebankan pengguna. Konsep Vitana bermula dengan membuang keperluan tuntutan, dan dengan smart contract Vitana berjaya menubuhkan satu sistem yang mengemaskini rekod pesakit dan secara otomatik membuat pembayaran tanpa pengguna perlu mengambil apa-apa tindakan.

Kelebihan terbesar Vitana adalah ia mendapat sokongan daripada kerajaan Singapura dan juga kerjasama daripada salah satu institusi kesihatan terbesar Singapura, Singapore Medical Group yang mempunyai rangkaian termasuk 13 klinik obstretik dan ginekologi dan juga 10 pakar ObGyn. Pemikiran yang progresif dan penerimaan teknologi Blockchain oleh ketua-ketua industri adalah sangat penting untuk revolusi sistem legasi sedia ada.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads