Default – Above Header Ads

Antara Unit Trust, Simpanan Bank dan Pelaburan Kripto

Rata-rata pembaca artikel ini mesti pernah/akan/bercadang/merancang untuk membuat pelaburan kripto, betul tak? Tetapi sebelum wujudnya kripto, ataupun sebelum anda sedar akan kewujudan kripto, apakah strategi pelaburan anda?

Penulis percaya ramai biasa mendengar tentang pasaran saham atau pasaran pertukaran matawang asing (forex) tetapi berapa ramai sahaja yang pernah melibatkan diri dalam kedua-duanya. Selain daripada itu, pilihan yang lebih diminati ramai adalah pelaburan unit trust. Ataupun yang paling mudah adalah simpanan dalam akaun bank.

Dalam artikel kali ini, penulis ingin membandingkan tiga pelaburan yang tipikal: unit trust, simpanan bank dan pelaburan kripto. Dan kita akan lihat yang mana satu lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Simpanan di bank

Sebelum wujudnya apa sahaja bentuk pelaburan, cara terbaik untuk melabur adalah dengan menyimpan wang dalam bank. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun deposit yang ditawarkan oleh sektor perbankan. Kalau anda pergi ke Maybank sahaja, anda sudah boleh melihat lebih kurang 10 akaun simpanan, deposit dan harian yang berbeza.

Apa beza antara ketiga-tiganya? Perbezaan utama kebiasaannya adalah dari segi faedah yang diperolehi.

Setiap jenis akaun akan mempunyai kadar faedah atas simpanan yang berbeza. Contohnya, akaun harian tidak akan mempunyai faedah tetapi membolehkan anda mengeluarkan dan memasukkan wang melalui cek ataupun melalui transaksi di kaunter. Terdapat juga akaun harian yang membayar faedah ke atas purata simpanan anda setiap bulan.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Akaun simpanan pula akan menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi (0.25%-1.6%) dan akaun deposit tetap (fixed deposit) pula akan menawarkan kaedah faedah paling tinggi (~3%) selepas tamat tempoh matang.

Sebelum wujudnya jenis-jenis pelaburan lain, inilah cara terbaik untuk melabur wang.

Pelaburan Unit Trust

Siapa ada buat pelaburan unit trust, angkat tangan! Jika anda tidak pernah membuatnya pun, penulis pasti anda pernah mendengar tentangnya. Adakah anda tahu pelaburan ASB/AHB/ASN berlainan dengan pelaburan unit trust berdasarkan ekuiti?

Dana unit trust adalah bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan dana mereka untuk dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti atau aset-aset lain. Antara kelas aset yang akan terlibat dalam pelaburan itu termasuk wang tunai, bon dan deposit, saham, hartanah dan komoditi.

Oleh itu, pemegang unit dalam unit trust itu tidaklah memiliki aset-aset atau sekuriti secara langsung, tetapi mempunyai pemilikan ke atas unit yang dibeli. Ini bermakna apabila nilai dana unit trust itu turun atau naik, nilai setiap unit yang dipegang juga akan naik dan turun.

Pulangan pelaburan dalam unit trust adalah dalam bentuk pengedaran pendapatan dan juga kenaikan dalam kapital, diambil dari jumlah aset pelaburan yang menanggung dana unit trust itu. Unit trust adalah alternatif kepada simpanan di bank kerana ia membolehkan pelabur memaksimakan pulangan mereka melalui pelaburan yang akan menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada hanya deposit tetap dalam bank dalam jangka masa panjang.

Namun begitu risiko pelaburan unit trust sudah tentu lebih tinggi dari simpanan dalam bank. Antara faktor risiko pelaburan unit trust adalah risiko pasaran jatuh, risiko aset tidak cair, risiko inflasi dan juga risiko kadar faedah yang tidak stabil.

Berbalik kepada pelaburan ASB dan sebagainya, dan juga pelaburan berdasarkan ekuiti, kedua-duanya adalah jenis pelaburan unit trust. Bezanya adalah pelaburan ASB, bon korporat  dan yang sewaktu dengannya dipanggil dana pendapatan tetap (fixed income funds) di mana setiap unit ditetapkan pada harga RM1 setiap unit. Selain itu juga ia menjana pendapatan yang tetap, dengan penekanan yang kurang kepada mengembangkan kapital buat pelabur.

Unit trust berdasarkan ekuiti pula adalah pilihan yang popular di Malaysia kerana ianya membolehkan pelabur melabur dalam syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Prestasi unit trust ini bergantung kepada prestasi Bursa Malaysia. Selain itu juga terdapat pilihan unit trust lain seperti dana pasaran wang, REITs (real estate investment trusts), ETFs (exchange traded funds), dan juga dana patuh syariah.

Pelaburan Kripto

Dan akhir sekali adalah pelaburan kripto. Penulis tidak akan bercakap panjang tentang pelaburan kripto ini memandangkan begitu banyak artikel di coin.my tentangnya.

Matawang kripto boleh dikatakan kelas aset baru dalam sektor pelaburan. Memandangkan sehingga kini ia masih tidak lagi dikawal selia sepenuhnya, nilai matawang kripto di pasaran rata-ratanya dipengaruhi sentimen pelabur dan juga manipulasi pemain besar. Apa yang menarik ramai pelabur baru masuk ke pasaran matawang kripto adalah peluang untuk memperoleh keuntungan berlipat kali ganda kerana kenaikan dan penurunan nilai matawang kripto yang kebiasaannya parabolik.

Tambahan lagi, sesiapa sahaja boleh melabur dalam matawang kripto dan tiada had minima untuk memulakan pelaburan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira suri rumah, penganggur, pekerja separuh masa, pekerja sepenuh masa, pedagang harian, mahupun pelabur institusi. Apa yang penting adalah anda sudah menyelidik risiko-risiko yang berkaitan dengan pasaran matawang kripto dan tidak tertipu dengan pelaburan scam dan sebagainya.

Pelaburan yang mana satu lebih menguntungkan?

Jika bertanya penulis, buatlah pelaburan dalam ketiga-tiganya untuk mengawal (baca: spread) risiko anda. Seperti biasa, buatlah kaji selidik anda sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada apa yang diperkatakan orang lain. Setiap pengalaman pelabur sudah tentu berbeza.

Coin.my menyediakan artikel-artikel yang amat banyak untuk membantu anda menambah ilmu dalam dunia matawang kripto. Dan Syeikh Google adalah kawan baik anda untuk membuat research tentang alternatif pelaburan lain.

Selamat melabur!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads