Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana untuk Melindungi Komputer Anda Daripada Crypto Malware

Dalam artikel yang lalu, penulis telah memperkenalkan jenis-jenis serangan siber dalam dunia kripto, termasuk crypto malwarecryptojackingphishing dan banyak lagi. Sejak matawang kripto menjadi semakin popular, serangan siber berkaitan kripto semakin meningkat. Ini adalah kerana potensi keuntungan daripada matawang kripto adalah besar, lebih-lebih lagi dalam aktiviti perlombongan dan inilah yang menarik ramai hackers untuk mengambil kesempatan mencari mangsa kripto.

Jadi, sekarang kita sudah tahu tentang kewujudan serangan siber seperti di atas. Adakah kita boleh melindungi aset kripto kita dan mengelakkan CPU kita digunakan tanpa pengetahuan kita?

Mengesan Aktiviti Cryptojacking

Sebenarnya kita mempunyai alatan yang mencukupi untuk mengesan sama ada komputer kita digunakan untuk aktiviti cryptojacking.

Tanda pertama terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku adalah apabila komputer anda perlahan atau lagging. Terutama jika ianya baru berlaku tanpa sebab. Dan antara sebab utama adalah terlalu banyak program yang berjalan serentak di latar belakang, ataupun terdapat malware.

Memandangkan perlombongan kripto adalah sangat insentif CPU, jika komputer anda digunakan, anda akan melihat kenaikan mendadak dalam penggunaan CPU. Bagaimana untuk memeriksanya?

Windows

Anda boleh melihat penggunaan CPU anda melalui Windows Task Manager

    1. Untuk membukanya, klik Ctrl + Alt + Delete secara serentak. Satu skrin biru akan dipamerkan dan pilih “Task Manager”.
    2. Dalam “Task Manager”, cari tab “Processes” dan cari browser anda.
    3. Klik anak panah di sebelah browser anda untuk membuka semua tab yang anda buka di browser anda. Anda akan dapat melihat penggunaan CPU untuk setiap tab. Jika anda melihat satu yang menggunakan lebih banyak CPU dari tab lain, besar kemungkinan laman web itu menggunakan komputer anda untuk melombong matawang kripto.

Mac

Untuk melihat penggunaan CPU di Mac, anda perlu membuka Activity Monitor. Anda hanya perlu klik Command + Space dan isi “Activity Monitor”.

Browser Chrome

Selain daripada itu, anda juga boleh melihat penggunaan CPU secara langsung dari browser Chrome anda. Anda hanya perlu klik simbol [⋮] di bahagian atas kanan Chrome, klik “More Tools” dan kemudian “Task Manager”.

Web

Jika anda masih tidak puas hati dengan cara-cara di atas, anda boleh memeriksanya dengan mudah dengan menggunakan alat web yang dibangunkan oleh pembangun browser Opera untuk mengenalpasti jika berlaku cryptojacking: Cryptojacking Test.

Menghalang cryptojacking

Jika anda berjaya mengesan aktiviti cryptojacking, ia adalah bagus, tetapi apa anda boleh lakukan untuk menghalangnya? Terdapat beberapa penyelesaian mudah yang berpotensi yang anda boleh cuba.

Browser extensions

Browser extensions adalah sesuatu yang anda pasang melalui browser anda, dan anda boleh memasang NoCoin dan minerBlock di Chrome atau NoScripts di Firefox. Anda juga boleh memasang AdBlock untuk menghalang laman web yang anda telah kenal pasti telah menjalankan skrip cryptojacking.

Gunakan browser Opera

Opera versi 50 dan ke atas mempunyai perlindungan cryptojacking yang sudah di built-in. Anda hanya perlu “enable” ciri block ad itu.

Anti-virus yang boleh mengesan crypto malware

Banyak program anti-virus yang sudah dikemas kini dan ditambah dengan kebolehan untuk mengesan crypto malware dalam komputer anda. Contohnya, penulis menggunakan program Malwarebytes yang boleh mengimbas komputer anda, mengesan dan kuarantin program yang berbahaya.

Kesimpulan

Peningkatan dalam serangan siber kripto menunjukkan trend matawang kripto yang semakin popular, tetapi pada masa yang sama menambah kepada isu-isu siber yang sedia ada. Jadi, kita sebagai pengguna perlu sedar tentang cara-cara untuk mengesan dan melindungi komputer kita daripada serangan siber kripto.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.