Default – Above Header Ads

Pelaburan vs Perdagangan : Mana Lagi Bagus?

Dalam ekosistem matawang kripto terdapat banyak pemain, tetapi yang paling banyak adalah pedagang. Ke pelabur? Atau kedua-duanya?

Pelaburan dan perdagangan adalah dua cara berbeza untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran kewangan. Dan kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Perdagangan melibatkan jual beli aset yang dibuat dalam masa beberapa saat, mengambil kesempatan naik turun harga aset dalam jangka masa pendek. Pelaburan pula bertujuan untuk membina kekayaan secara perlahan-lahan dan dalam konteks pasaran saham, ia bermakna memegang portfolio saham, bon, dan juga instumen pelaburan yang lain.

Tetapi yang mana lebih bagus? Sebelum itu, mari kita lihat perbezaan antara kedua-duanya.

Tempoh masa

Seperti yang diterangkan sedikit di atas, aktiviti berdagang berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Ia boleh dijalankan dalam masa seminggu atau lebih banyak dalam masa sehari. Pedagang akan memegang aset mereka sehingga mereka boleh menjualnya jika nilai meningkat dalam jangka masa pendek, manakala pelabur menggunakan prinsip beli dan pegang, atau dalam konteks matawang kripto HODL. Pelabur tidak akan melihat kepada naik turun harga dalam jangka masa yang pendek seperti pedagang.

Risiko

Kedua-dua cara ini mempunyai risikonya sendiri, yang boleh menjadi kecil atau besar. Jika kita llihat pasaran kripto yang tidak stabil, risikonya tinggi buat pedagang dan pelabur. Ini adalah kerana pasaran kripto adalah pasaran high yield high risk, atau pulangan yang tinggi dengan risiko yang tinggi kerana naik turun harga dalam jangka masa pendek.

Dari segi pelaburan pula, ia bergantung kepada tempoh pelaburan yang ditetapkan. Dalam pasaran saham, ia melibatkan risiko yang lebih rendah tetapi juga pulangan yang lebih rendah dalam jangka masa pendek tetapi pelabur boleh mendapat pulangan yang lebih tinggi melalui faedah kompaun dan dividen yang ditawarkan. Sudah tentu ia berbeza dalam pasaran kripto kerana kebanyakan matawang kripto tidak menawarkan dividen atau faedah. Jadi, bagi pelabur kripto, ia hanya berbaloi jika kripto itu dijangka akan meningkat dengan sangat tinggi di masa akan datang.

Kemahiran dan kepakaran

Pedagang kebiasaannya adalah individu yang teknikal dan mahir dalam menganalisa pergerakan pasaran dalam tempoh masa yang singkat. Mereka mempelajari trend harga matawang kripto dan juga kesan psikologi pasaran ke atas harga matawang kripto itu sendiri. Tidak semua orang mampu membaca pergerakan pasaran dengan tepat, lebih-lebih dalam pasaran kripto yang tidak stabil.

Pelabur pula akan melihat kepada potensi sesuatu matawang kripto itu, contohnya perkembangan dalam pembangunan matawang kripto itu dan juga keseluruhan roadmap projek itu. Dari segi pelaburan, apa yang penting adalah filosofi yang digunakan untuk menjalankan projek itu dan matlamat yang ingin dicapai di masa akan datang.

Nilai vs Harga

Bagi pedagang, pergerakan harga matawang kripto di pasaran adalah sangat penting. Mereka membeli dan menjual matawang kripto dengan kadar yang cepat untuk mendapat pulangan tertinggi dalam pasaran. Ini adalah kerana jika mereka terlepas tempoh masa untuk menjual atau membeli, mereka akan rugi. Dalam dunia kripto, pedagang akan meneliti setiap pengumuman dan pembangunan projek kripto dan juga pergerakan harga untuk membuat keputusan menjual atau membeli.

Pelabur pula akan membuat keputusan berdasarkan potensi nilai matawang kripto di masa akan datang. Contoh paling mudah adalah Bitcoin. Pelabur akan HODL Bitcoin kerana menjangka harga Bitcoin akan naik di masa akan datang kerana jumlahnya yang semakin berkurang. Pedagang pula akan mengambil kesempatan terhadap trend harga Bitcoin yang naik turun untuk memperoleh keuntungan.

Komitmen

Boleh dikatakan pedagang meletakkan sepenuh komitmen dalam pasaran kripto kerana mereka perlu sentiasa memantau dan menganalisa pergerakan harga matawang kripto. Mereka lebih aktif dari pelabur yang tidak selalu melihat trend harga matawang kripto. Pelabur kurang risau tentang naik turun harga matawang kripto dalam jangka masa pendek, hanya apabila terdapat tanda untuk membuat perdagangan sahaja.

Kesimpulan

Hakikatnya, pasaran kripto tidak sama seperti pasaran saham atau komoditi lain kerana banyak faktor. Oleh itu, risiko dan pulangan yang boleh diperoleh juga tidak sama. Dalam pasaran kripto, kedua-dua pelabur mempunyai potensi untuk menang besar atau rugi besar berdasarkan strategi yang digunakan.

Pergerakan harga matawang kripto berubah dengan cepat, tambahan lagi pasaran kripto berlaku selama 24 jam, tidak seperti pasaran saham. Nilai matawang kripto di masa akan datang juga sukar untuk dijangka kerana ketidakstabilan pasaran kripto. Mungkin keadaan ini akan berubah dengan kemunculan token sekuriti yang dikawal selia menyerupai pasaran saham.

Apa yang pasti, pengetahuan tentang matawang kripto dan kemahiran dalam membaca trend pasaran masih lagi dua asas yang paling penting untuk menjadi pelabur atau pedagang.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads