Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Asas Penggunaan Ethereum dalam 5 minit

Apakah itu Ethereum?

Jika Bitcoin dicipta untuk berfungsi sebagai mata wang global, Ethereum pula dicipta dengan visi untuk menjadi komputer global, iaitu melalui Ethereum Virtual Machine (EVM).

Maka boleh diumpamakan Ethereum sebagai komputer digital, iaitu komputer yang tidak mempunyai perkakas yang wujud di dunia nyata, ianya komputer yang hanya wujud di dalam blockchain Ethereum, lebih dikenali sebagai Ethereum Network. Namun ingat, fungsi EVM adalah untuk menjadi pelaksana kontrak pintar.

Apa itu kontrak pintar?

Kontrak pintar ialah sistem di mana suatu kontrak dapat dilaksanakan secara automatik jika kontrak itu sudah dipenuhi syaratnya. Kontrak yang dibuat itu boleh merangkumi pelbagai jenis kontrak dalam pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, insurans, perjudian, perbankan, perubatan dan bermacam-macam lagi kegunaan lain. Maka, Ethereum ini dapat memudahkan dan mempercepatkan proses membina applikasi yang menggunakan teknologi blockchain.

Kenapa perlu gunakan Ethereum?

Bagi pemaju aplikasi teknologi blockchain, mereka dapat menggunakan Ethereum untuk membina dan melaksanakan kontrak pintar. Ethereum ini dikuasakan oleh Ether, yang dapat kita ibaratkan seperti petrol yang digunakan untuk menggerakkan Ethereum Network. Tanpa Ether, Ethereum Network tidak dapat digunakan. Sebenarnya, Ether ialah token kepada Ethereum, di mana ia didagangkan di kebanyakkan platform pertukaran matawang digital.

Bagaimanakah cara untuk menyimpan Ethereum?

Anda boleh menyimpan Ethereum anda di dalam aplikasi wallet. Aplikasi wallet adalah ibarat dompet digital, di mana ia digunakan untuk menyimpan mata wang digital anda. Dan pastikan anda mempunyai wallet dahulu sebelum membeli Ethereum anda. Terdapat pelbagai jenis wallet, antaranya untuk Desktop wallet, Mobile wallet, Online wallet, dan Hardware wallet. Online wallet adalah paling mudah untuk pengguna baru menyimpan Ethereum.

Rujuk sini untuk tahu lebih lanjut berkenaan cara memilih wallet anda.

Bagaimana untuk Memilih Wallet?

Bagaimanakah cara untuk berjual beli Ethereum?

Cara yang paling mudah adalah menggunakan khidmat exchanger atau platform pertukaran. Terdapat pelbagai jenis exchanger Ethereum, namun untuk Malaysia, kami cadangkan kepada anda untuk mengunakan Coinexy, peer-to-peer exchanger buatan Malaysia sepenuhnya ataupun Remitano, yang popular dalam kalangan pengguna Malaysia.

Sila klik sini untuk belajar cara–cara untuk anda mula membeli Bitcoin di Coinexy.

Tutorial: Cara-cara untuk Menggunakan Coinexy

Bagaimanakah cara untuk melaksanakan aktiviti mining Ethereum?

Jika anda berminat untuk melakukan operasi mining Ethereum, anda boleh lakukan juga namun prosesnya adalah lebih leceh. Operasi mining ini lebih sesuai untuk dijalankan untuk jangka masa panjang sebelum memperolehi keuntungan. Boleh rujuk dua artikel di bawah untuk tahu lebih lanjut proses mining khusus untuk Ethereum.

Cara-Cara Untuk Membina Mining Rig Anda Sendiri

Cara-cara untuk Mining Ethereum

Dah habis 5 minit? Sekarang anda pasti dapat memahami serba sedikit berkenaan Ethereum. Ingin belajar lebih lanjut berkenaan? Silalah teruskan pengajian anda berkenaan Ethereum dengan membaca laman web coin.my, sumber informasi terulung dunia kewangan kripto berbahasa Melayu di Malaysia.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads