Default – Above Header Ads

Projek ICO yang ‘Tuang’ dalam Sejarah Kripto

Mengikut icodata, tahun 2018 jumlah kutipan dana melalui ICO telah mencecah lebih USD$7.5 bilion dan jumlah ICO yang direkod adalah sebanyak 1229. Jumlah kutipan dana ICO pada tahun 2017 adalah USD$6.2 bilion daripada 876 projek.

Angka yang sangat menakjubkan, betul tak? Dalam bulan Disember 2018 sahaja kutipan sudah melebihi hampir USD$78 juta. Nampaknya hype ICO masih lagi belum berakhir, dan di sebalik stigma terhadap ICO, rekod menunjukkan aktiviti ICO masih lagi beroperasi dengan kuat.

Tahukah anda 46 peratus daripada ICO yang berjalan pada tahun 2017 telah gagal? Berdasarkan laporan TokenData yang menyenaraikan 902 projek ICO, 142 daripadanya gagal di tahap kutipan dana, dan 276 projek juga telah gagal selepas itu kerana developer melarikan kutipan dana atau tidak mendapat sokongan yang cukup kuat daripada komuniti.

Impak kepada ekosistem matawang kripto

Seperti Kickstarter atau GoFundMe, matlamat utama ICO adalah untuk memberi ruang kepada developer yang mempunyai projek berpotensi tinggi untuk mengumpul dana untuk membangunkan projek mereka. Satu konsep yang sangat bagus, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai modal awal tetapi mempunyai idea yang hebat.

Model kutipan dana melalui venture capitalist atau program incubator dan accelerator mengambil masa yang lama dan prosesnya agak leceh, menjadikan ICO satu prospek yang menarik perhatian usahawan-usahawan muda. Namun begitu, kesan daripada ekosistem yang tidak mempunyai batasan mahupun peraturan, begitu banyak projek yang mengambil kesempatan dan tidak semuanya adalah projek berkualiti.

Kini beratus-ratus ICO dijalankan setiap hari, dan sukar untuk menentukan potensi sesebuah projek kerana tiada standard. Pelabur yang bijak tahu untuk membuat due diligence atau kaji selidik sendiri, tetapi rata-rata mereka yang memasuki kripto terpengaruh dengan orang lain.

Hakikatnya, kebanyakan projek ICO hanya idea dan konsep semata-mata, dan inilah yang mereka jual kepada orang ramai. Sama ada mereka mempunyai keupayaan teknikal untuk merealisasikan idea mereka, sangat sukar untuk dinilai. Sesiapa sahaja boleh melontar idea, namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul boleh menjadikan ia sesuatu yang boleh digunakan di dunia sebenar. Dan di sinilah hampir keseluruhan projek kripto yang menjalankan ICO gagal.

Apa yang kita boleh pelajari

Jika anda layari laman web yang menjejak ICO, anda akan jumpa pelbagai projek kripto yang mempunyai deskripsi yang sama berkenaan apa yang mereka tawarkan. Hanya masa yang akan menentukan projek mana-mana yang betul-betul mempunyai potensi untuk berjaya.

Jadilah pelabur yang bijak dalam melabur dalam kripto.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads