Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bagaimana untuk Membuat Penilaian tentang sesuatu ICO?

Sejak kerajaan China bertindak melarang ICO di negara itu, topik tentang ICO menjadi bualan hangat di media sosial sekarang. Pelbagai variasi amaran tentang ICO telah dikeluarkan dalam negara masing-masing. Tidak kurang juga di laman Facebook coin.my sendiri yang menjadi medan pertempuran tentang topik hangat ini. Atas permintaan ramai, post kali ini penulis ingin membincangkan tentang perkara-perkara yang perlu kita analisa tentang ICO sebelum membuat keputusan untuk membeli token yang ditawarkan.

Bagi yang masih lagi kurang arif tentang ICO atau Initial Coin Offering, anda boleh rujuk post tentang ICO di sini: Apa itu Initial Coin Offering? Dah baca? Baiklah, sebagai permulaan, harus kita tahu bahawa tujuan ICO dijalankan adalah untuk mengumpul dana untuk sesuatu projek, pada masa yang sama menawarkan beberapa manfaat kepada pemegang token yang dibeli, khususnya pulangan pelaburan dan juga nilai token yang meningkat di masa akan datang.

Ini bermakna, secara asasnya sukar untuk kita menilai tanpa analisa mendalam, sama ada ICO itu hanya skim ponzi yang bersandarkan projek penipuan semata-mata. Malah, sejauh mana kita menganalisa sesuatu projek pun tidak akan menjanjikan projek itu akan berjaya pada masa akan datang. Setuju atau tidak? Jadi di sini, penuis akan cuba memberi panduan step-by-step bagaimana menilai ICO.

1 1. Lihat listing ICO atau lawat forum

Kebiasaannya laman web popular seperti coindesk atau cointelegraph akan mengumumkan tentang ICO baru di tag press release mereka. Pengumuman ini merupakan iklan berbayar dan tidak menunjukkan mereka menyokong ICO tersebut. Sama juga dengan coin.my, review kami tentang ICO yang sedang berjalan hanya bertujuan untuk memberi maklumat, dan tidak bermakna coin.my ada kepentingan dalam ICO tersebut.

Kini, terdapat banyak laman web yang menyenarai dan menilai ICO yang dilancarkan. Contohnya seperti tokenmarket atau coinschedule untuk mendapatkan senarai ICO terbaru termasuk maklumat yang berkaitan ICO tersebut. Laman web seperti icorating dan icobench pula membuat penilaian dan memberi rating kepada ICO. Selain itu, kebiasaannya ICO akan diumumkan di ANN thread di BitcoinTalk.org, dan di sini anda boleh membaca komen-komen orang ramai di post tersebut. Banyak persoalan yang mungkin timbul di dalam minda anda sudah di tanya oleh ahli lain, dan anda boleh mendapatkan jawapan anda di situ.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.