Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Berita Terkini Dunia Matawang Digital 13 November 2017 (II)

Bitcoin Cash Kini Di Tangga Kedua Cryptocurrency Paling Beharga

Selepas pembatalan SegWit2x, nilai Bitcoin telah turun, dan komuniti cryptocurrency sudah beralih arah ke Bitcoin Cash. Pada hujung minggu ini, harga Bitcoin Cash telah meningkat mendadak, dari $660 (RM 2,770) ke $2,446 (RM 10,263), dengan peningkatan sebanyak 4 kali ganda.

Dahulu Ethereum adalah pencabar utama Bitcoin dari segi nilai pasaran, kini tempat Ethereum telah diganti dengan Bitcoin Cash dengan jumlah nilai pasaran sebanyak ~$31 billion (RM 130 billion).

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/move-over-ethereum-bitcoin-cash-2

Update: Berita terbaru, harga Bitcoin Cash sudah kembali jatuh sekitar USD$1,136 dan kelihatan harga Bitcoin semakin pulih.

Lightning Network Perlu Disiapkan Segera Untuk Penskalaan Bitcoin

Bitcoin Exchange CEX.IO

Transaksi yang banyak tersangkut di dalam blockchain Bitcoin telah menyebabkan ramai orang telah hilang kepercayaan tehadap kemampuan Bitcoin untuk melakukan transaksi dengan cepat. Pembatalan SegWit2x telah menyebabkan penskalaan Bitcoin tergendala, dan sekarang Lightning Network adalah satu-satunya penyelesaian yang jelas terhadap masalah penskalaan Bitcoin.

Ligtning Network membolehkan transaksi dilakukan di luar blockchain, dan hanya keputusan terakhir transaksi akan dimasukkan ke dalam blockchain. Jika Lightning Network ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera, kemungkinan besar Bitcoin Cash akan mengambil tempat Bitcoin sebagai raja cryptocurrency.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/lightning-must-strike-soon-bitcoin-facing-backlogs-as-scalability-solution-awaited

Pengenalan Individu Berdasarkan Blockchain Mampu Menyelesaikan Masalah Pencerobohan Data

Brian Behlendorf, Pengarah Eksekutif Hyperledger, menyatakan bahawa menggunakan blockchain mampu menyelesaikan masalah pengurusan identiti. Beliau menambah lagi bahawa sistem pengurusan identiti menggunakan blockhain masih di tahap awal, dan memerlukan pelbagai pihak untuk berjaya. Selepas berlakunya peristiwa Equifax, iaitu identiti pelanggan firma tersebut bocor, masalah pengurusan identiti telah memberi peluang untuk teknologi blockchain menyelesaikan masalah pengurusan identiti.

Sumber:

https://www.coindesk.com/blockchain-id-schemes-could-kill-the-data-breach-but-how-soon/

Carta Harga Bitcoin Menunjukkan Bitcoin Dijangka Akan Terus Menurun Hingga $5,000 (RM 20,100).

Harga Bitcoin sekarang adalah dalam proses stabilisasi. Banyak Bitcoin telah dijual di pasaran menyebabkan pasaran berada dalam keadaan panik, di mana hasil penjualan Bitcoin tersebut digunakan untuk membeli alternative cryptocurrency, terutamanya Bitcoin Cash yang kini telah meningkat sehingga 4 kali ganda semenjak pembatalan SegWit2x dan sentimen pasaran yang mula turun terhadap Bitcoin. Ini juga telah meningkatkan harga alternative cryptocurrency yang lain, walaupun tidak secara mendadak seperti Bitcoin Cash.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bitcoin-price-drops-6000-will-find-floor/

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads