Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BitConnect Coin: Platform Pelaburan atau Scam?

Rupa-rupanya ada orang yang keliru dengan simbol yang digunakan matawang krypto Bitcoin Cash dan BitConnect Coin. Untuk pengetahuan anda, simbol “BCC” yang seringkali dirujuk kepada Bitcoin Cash selepas peristiwa hard fork sebenarnya telah diguna pakai oleh BitConnect Coin sejak dari awal lagi. Apa itu BitConnect Coin? Mari penulis ceritakan.

BitConnect Coin di pasaran

Nilai BCC menurun coinmarketcap.com adalah USD$111.28 pada waktu penulisan, dan jumlah modal pasaran BCC lebih USD$700 juta. Apa yang menarik adalah 92 peratus daripada jumlah BCC yang dijual beli adalah di platform pertukaran BitConnect Coin sendiri, iaitu BCC Exchange.

BitConnect Coin sebagai Platform Pelaburan

Menurut laman web mereka, BitConnect Coin adalah “matawang krypto yang bersandarkan komuniti (peer-to-peer) dan kod penciptaan matawang krypto ini adalah sumber terbuka untuk awam (open source). Matawang krypto ini membolehkan pemilik menyimpan dan melabur kekayaan mereka dan menjana pulangan yang besar atas pelaburan mereka”.

Dalam erti kata mudah, sesiapa sahaja yang memegang BitConnect Coin boleh menerima dividen (interest) hanya dengan menyimpan BitConnect Coin dalam wallet mereka. Istilah “too good to be true” bermain di kepala penulis. Simpan BitConnect Coin dan terima dividen bulanan? Tetapi bunyinya seperti sesuatu yang kita sudah biasa dengar bukan?Hmm. Tidak apa, mari kita merungkai BitConnect secara lebih mendalam.

Kaedah pelaburan dalam BitConnect Coin

Buat masa ini, terdapat dua kaedah untuk melabur dalam platform BitConnect Coin. Cara yang pertama adalah meminjamkan sedikit kekayaan anda kepada BitConnect Coin.

Sumber: https://bitconnect.co/bitcoin-information/19/investing-in-bitconnect-lending

Dari gambar rajah atas, secara ringkas, anda hanya perlu:

  1. Deposit Bitcoin
  2. Beli BitConnect Coin
  3. Pinjamkan BCC anda atau melabur dalam USD (tukar BCC kepada USD dan pinjamkan)
  4. Peroleh pendapatan harian dalam bentuk matawang fiat

Sama seperti kaedah kedua, bezanya anda menyimpan BCC anda selama 15 hari atau lebih untuk mula mendapat dividen. Pendapatan yang diperoleh adalah melalui proses proof-of-stake yang pernah dijelaskan oleh penulis dalam post sebelum ini.

Sumber: https://bitconnect.co/bitcoin-information/18/investing-in-bitconnect-coin-and-staking
Faedah yang diterima
Sumber: https://bitconnect.co/bitcoin-information/18/investing-in-bitconnect-coin-and-staking

Faedah dari menyimpan BCC (dipanggil staking interest) mudah difahami. Anda hanya akan mula memperoleh pendapatan pada hari ke-16 anda menyimpan BCC. Anda akan dapat melihat bilangan blok dimana pendapatan anda diperoleh, berdasarkan jumlah BCC yang anda simpan.

Sumber: https://bitconnect.co/bitcoin-information/19/investing-in-bitconnect-lending

Berdasarkan gambar rajah di atas, pendapatan harian anda adalah berdasarkan kadar naik turun harga Bitcoin. Ini adalah kerana BitConnect Coin menggunakan trading bot untuk menjalankan aktiviti jual beli Bitcoin dan mengaut keuntungan daripada aktiviti tersebut.

Katakan anda melabur USD$1,010. Dengan faedah 40% (atau kurang) sebulan, ditambah dengan (0.1% x 30) anda akan mendapat pulangan lebih kurang USD$300 pada bulan pertama. Dan selepas 239 hari, anda akan mendapat kembali pelaburan asal anda dalam bentuk matawang fiat (USD). Anda akan mendapat USD$1,010 + faedah yang telah diterima. Faedah harian yang anda terima boleh dikeluarkan bila-bila masa atau dilaburkan (dipinjamkan) semula kepada BitConnect Coin.

(Nota penting: Ramai yang mengkritik BCC kerana pulangan pelaburan mereka adalah dalam bentuk USD dan bukannya BCC, sedangkan jika pelaburan BCC asal mereka dengan harga lebih rendah dan memandangkan harga BCC sudah meningkat, mereka rugi dari segi nilai harga BCC dulu dan kini. Mungkinkah kerana matawang fiat lebih stabil dan pelabur tidak perlu risau tentang kadar naik turun BCC di pasaran?)

Program referral BitConnect Coin

Satu lagi cara untuk memperoleh keuntungan dengan BitConnect Coin adalah dengan menarik orang lain menyertai platform ini.

Sumber: https://busy.org/steemit/@pistox/tell-me-what-u-think-of-bitconnect-putted-in-a-loan-of-290usd-and-there-paying-out-every-day

Ya, penulis tahu gambar di atas sangat menyerupai skim piramid. Namun harus diingat, program referral atau affiliate marketing ini memang seakan-akan skim piramid, tetapi banyak syarikat yang menggunakan program ini sebagai insentif kepada pengguna mereka. Sama ada program seperti ini haram (illegal) atau tidak, bukan tanggungjawab penulis untuk tentukan, tapi anda sendiri.

Kesimpulan

Dari apa yang kita lihat, pelaburan BitConnect Coin ini memang mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Dan kerana ianya too good to be true, ramai orang yang kurang percaya membuat pelbagai kritikan terhadap platform ini. Pada masa yang sama, ramai juga yang menyokong BCC ini, khususnya mereka yang sudah mengaut keuntungan yang banyak.

Apa pun, seperti kebanyakan projek dibelakang matawang kripto, sukar untuk menentukan projek yang mana satu hanya satu penipuan atau perniagaan yang sah (legitimate). Ini adalah kerana tiada kawal selia daripada badan berkuasa atau kerajaan. Inilah harga yang perlu dibayar (price to pay) untuk kebebasan, setuju? Apa yang dapat kita pelajari adalah pilihan kita adalah tanggungjawab kita. Dan seperti yang sering kali penulis katakan, jangan melabur lebih daripada apa yang anda sanggup lepaskan.

(Notakaki: Penulis tidak dibayar untuk membuat apa-apa review tentang mana-mana projek matawang krypto, termasuklah BitConnect Coin. Penulisan ini sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan kepada penulis dari BitConnect Coin. Dan penulisan ini berdasarkan fakta yang telah diselidik penulis pada waktu penulisan, dan bertujuan untuk memberi maklumat, bukannya nasihat.)

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.