Default – Above Header Ads

Filecoin Mengatasi Kutipan ICO projek Tezos

Beberapa bulan lalu, projek blockchain Tezos berjaya memecah rekod kutipan ICO dengan jumlah USD$232 juta. Angka ini mungkin berubah memandangkan keadaan pasaran matawang krypto yang tidak menentu.

Tetapi baru-baru ini, keluar pula berita tentang projek Filecoin yang berjaya mengutip sebanyak USD$257 juta, memecahkan rekod ICO Tezos. ICO yang dijalankan selama sebulan itu mengumpulkan USD$205.8 juta, manakala USD$52 juta telah berjaya diperoleh dari venture capitalists ternama termasuk Andreseen Horowitz, Union Square Ventures, Digital Currency Group dan Sequoia Capital.

Filecoin: Rangkaian Penyimpanan yang Decentralisasi

Sumber: https://filecoin.io/

Filecoin adalah platform yang membolehkan pengguna menyewakan kapasiti dalam komputer mereka yang tidak digunakan. Menurut whitepaper Filecoin, projek mereka mengubah cloud storage kepada pasaran algoritma. Ini bermakna, miners akan memperoleh ganjaran dalam bentuk token Filecoin dengan memberi ruang penyimpanan (storage space) kepada pengguna lain.

Filecoin menggunakan dua protokol baru dalam sistem mereka, iaitu Proof-of-Replication (PoR) dan Proof-of-Spacetime (PoSt). Dalam protokol PoR, pengguna yang memberi ruang simpanan perlu meyakinkan pengguna yang ingin menyimpan bahawa sebahagian daripada data yang ingin disimpan telah disalin (replicated) beberapa kali, dan setiap replika ini disimpan di beberapa tempat, melalui penyelesaian algoritma. Protokol PoR ini adalah penambahbaikan daripada protokol Proof-of-Storage (PoS), yang mempunyai fungs yang sama.

Dalam protokol PoSt pula, pengguna boleh memeriksa bahawa pemberi ruang simpanan (space provider) telah menyimpan data yang telah diberikan sewaktu melalui cabaran algoritma tadi. Setiap pengguna akan mengeluarkan PoR untunk space provider secara berturut-turut dalam tempoh masa tertentu. Kedua-dua protokol PoR dan PoSt bertinda sebagai mekanisme interaktif untuk membuat pengesahan antara pengguna.

Menurut laman web Filecoin, proses penggunaannya sangat mudah. Untuk memperoleh Filecoin, anda perlu memberi ruang simpanan dengan menjadi miner. Software yang telah dipasang di komputer anda akan membolehkan anda memenuhi permintaan ruang simpanan dari pengguna lain dan mendapat bayaran dalam bentuk Filecoin. Filecoin boleh ditukar kepada matawang krypto lain seperti Bitcoin dan Ether di platform pertukaran.

Misi Filecoin adalah untuk mencipta dua pasaran yang aktif, iaitu pasaran penyimpanan dan pasaran penerimaan data (data retrieval). Pasaran penyimpanan di mana pengguna boleh berjual beli ruang penyimpanan tanpa berlaku pembaziran dan pasaran penerimaan data di mana pengguna boleh mengupah retrieval miners untuk menghantar data. Dalam kedua-dua pasaran ini, pembeli dan penjual boleh menetapkan harga dan saiz ruang penyimpanan atau data, sama seperti pasaran peer-to-peer lain. Konsep ini yang diuruskan oleh Network akan memastikan sistem Filecoin berjalan dengan lancar.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads