Adakah Cloud Mining itu Menguntungkan?
Pernah tak dengar pasal cloud mining? Selama ini kita selalu dengar dan baca pasal mining Bitcoin dan matawang krypto menggunakan mining rig. Tetapi apa itu cloud mining? Mari penulis memberi sedikit pencerahan tentang cloud mining ini.
Apa itu cloud mining
Dalam erti kata mudah, cloud mining adalah aktiviti mining matawang krypto menggunakan kuasa pemprosesan berkongsi (shared processing power) yang dijalankan dari pusat data jarak jauh. Perbezaan utama antara cloud mining dan mining secara tradisional adalah siapa yang memiliki dan mengurus peralatan mining.
Seoerti yang kita tahu, dalam mining secara tradisional, seseorang itu perlu membeli peralatan mining, menjalankan proses set up dan mengurus peralatan tersebut. Aktiviti ini memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam serta sistem pengudaraan yang cukup untuk memastikan peralatan mining tidak overheat. Tambahan pula, kos elektrik untuk menjalankan aktiviti mining boleh menjadi tinggi dan mahal, bergantung kepada lokasi.
Manakala, cloud mining pula melibatkan seseorang itu membeli kontrak mining atau share dalam organisasi yang menjalankan aktiviti mining secara tradisional. Secara amnya, terdapat tiga jenis cloud mining:
- Hosted mining – menyewa peralatan mining yang dijalankan oleh syarikat mining
- Virtual hosted mining – membuat Virtual Private Server dan install mining software anda sendiri
- Leased hashing power – menyewa sebahagian daripada hashing power, tanpa memerlukan komputer fizikal atau virtual (kaedah ini adalah kaedah paling popular dalam mining)
Melalui pembelian kontrak atau share, anda tidak perlu risau tentang harga peralatan mining ataupun kos mining yang lain, kerana ia semua diuruskan syarikat mining. Pelaburan anda boleh bermula dari serendah USD$100 hingga setinngi USD$5,000.
Keuntungan cloud mining
Setiap servis cloud mining menawarkan pakej berbeza dan banyak faktor yang menentukan keuntungan anda. Jadi sangat penting untuk anda membuat penyelidikan mendalam dan juga membuat perbandingan setiap servis cloud mining yang ada.
1. Reputasi dan keselamatan syarikat mining
Seperti ICO, aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan matawang krypto juga mempunyai risiko penipuan dan mining tidak terkecuali. Ada syarikat yang menggunakan kaedah MLM untuk mengagihkan ‘keuntungan’ kepada ahli-ahli mereka. Ada syarikat yang menjanjikan keuntungan hanya selepas beberapa tahun pelaburan.
Banyak maklumat tentang cloud mining yang anda boleh cari di forum seperti Bitcoin Talk atau mana-mana laman web review seperti Bitcoin Cloud Mining dan sebagainya. Jangan cepat percaya keuntungan berlipat kali ganda yang diiklankan dan pada masa yang sama, baca review positif atau negatif dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan.
2. Pakej yang ditawarkan
Pakej yang ditawarkan setiap syarikat mining berbeza-beza. Kadang-kadang harga pelaburan awal yang diminta sangat tinggi dan tidak sepadan dengan tempoh masa untuk mendapat pulangan atas pelaburan. Sebenarnya anda sendiri boleh mengira keuntungan anda selepas membuat pelaburan. Laman web seperti Mining Profit berguna jika anda tahu hashing power yang digunakan.
3. Faktor lain
Antara faktor lain yang boleh memberi kesan kepada keuntungan anda termasuk tahap kesukaran mining, harga pasaran matawang krypto dan juga nilai share anda dibanding dengan keseluruhan jumlah ahli dalam syarikat mining itu. Selalunya keuntungan yang anda akan dapat telah pun dikira oleh syarikat mining sewaktu anda membeli share, tetapi anda boleh juga membuat pengiraan sendiri.
Kesimpulan
Dalam proses pengiraan, anda mungkin dapati anda boleh mendapat pulangan dalam masa 6 bulan tetapi jika tahap kesukaran meningkat, anda mungkin menghadapi kerugian dalam jangka masa yang sama, atau lebih. Tambahan lagi, jika bilangan pemilik share dalam sesebuah syarikat mining bertambah, tetapi keuntungan daripada mining adalah pada kadar yang sama, anda mungkin mendapat keuntungan yang berkurangan bagi setiap share (less earnings per share).
Pros:
- tiada kos elektrik
- tiada aset yang perlu dijual jika mahu menghentikan aktiviti mining
- tidak perlu maintenance dan upgrade
Cons:
- risiko penipuan
- operasi mining mungkin tidak diketahui atau tidak jelas
- tiada jaminan keuntungan
- keuntungan lebih rendah
- tiada kuasa ke atas aktiviti mining yang dijalankan
Akhir sekali, satu soalan untuk ditenung dan difikirkan. Dalam dua senario, 1) menyertai cloud mining dan dijanjikan pulangan atas pelaburan pertama (2BTC) selepas 18 bulan dan 2) membeli dan menyimpan 2 BTC pada hari ini dan menjangka harga akan naik selepas 18 bulan, anda fikir yang mana satu lebih menguntungkan?