Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Cara-Cara Untuk Membina Mining Rig Anda Sendiri

Hello para miner dan para peminat matawang krypto,

Baru-baru ini harga Bitcoin telah mencecah lebih $4000, dan ini membolehkan operasi mining Bitcoin dan matawang krypto yang lain kini menjadi lebih berbaloi untuk dijalankan. Projek untuk membina mining rig sendiri pasti memuaskan hati para peminat matawang krypto, dan anda akan mendapat pendedahan secara praktikal bagaimana operasi mining matawang krypto dilakukan. Masa yang diperlukan untuk membina mining rig anda sendiri akan mengambil masa lebih kurang 3 jam atau kurang. Artikel ini akan membimbing anda untuk membina mining rig anda sendiri dan memulakan operasi mining anda sendiri. Jom kita mula!

1 Kos untuk Memulakan Operasi Mining

Kos untuk Memulakan Operasi Mining

Sebentar! Sebelum kita mula dengan cara membina mining rig sendiri, adalah lebih elok untuk kita mengetahui secara ringkas kos-kos untuk membina dan meneruskan operasi mining.

Dalam operasi mining, kos tenaga elektrik adalah perkara utama yang perlu difikirkan dan dikira dengan teliti oleh para miner. Kos ini terbahagi kepada dua kos, iaitu kos penggunaan elektrik oleh mining rig dan kos sistem insfrastruktur seperti sistem penyejukan (selalunya menggunakan kipas atau pendingin hawa) dan juga sistem sampingan yang lain. Pengiraan dua kos ini perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada berbaloi atau tidak operasi mining untuk dilakukan. Dalam melakukan pengiraan kos, anggaran adalah memadai, tetapi pastikan pulangan daripada hasil yang anda dapat mampu menampung kos operasi mining.

Mining Hardware

Seterusnya kita memerlukan hardware utama untuk operasi mining, iaitu Graphical Processing Unit (lebih dikenali sebagai GPU) miner atau Application Specific Integrated Circuit (lebih dikenali sebagai ASIC) miner. Untuk artikel ini, kita akan fokuskan kepada GPU miner kerana kita akan melakukan operasi mining Ethereum, walaupun secara umumnya GPU miner boleh digunakan untuk operasi mining alternative coins yang lain juga.

GPU Mining

Dalam memilih GPU, dua faktor utama perlu diketahui, iaitu pengunaan kuasa elektrik GPU (diukur dalam Watts) dan juga kecekapan GPU untuk melakukan pengiraaan (diukur dalam hash per second, juga dikenali sebagai hash rate). Untuk mengetahui sama ada suatu GPU itu cekap atau tidak, GPU tersebut hendaklah mempunyai hash rate yang tinggi, dan juga penggunaan kuasa yang rendah. Buat masa sekarang, penggunaan GPU Nvidia GTX 1070 adalah terbaik kerana ia menghasilkan 30 Mh/s dengan hanya 100 Watts. GPU ini dianggap terbaik dari segi kecekapannya. Namun, kos pembelian GPU juga perlu diambil kira. Untuk pengetahuan pembaca, harga GPU di pasaran sedang meningkat disebabkan kekurangan bekalan GPU, maka faktor kos GPU perlu difikirkan dan dikaji.

Berikut adalah resipi untuk membina mining rig anda sendiri. Bagi yang lebih berpengetahuan, anda boleh mengubah resepi ini mengikut selera anda.

Resipi Mining Rig

  1. 6 Unit GPU – Nvidia GTX 1070 atau GPU lain yang bersesuaian. Sila rujuk [2] dan [3] untuk mengetahui GPU lain yang bersesuaian untuk operasi mining
  2. 1 Unit 1200 Watt Power Supply Unit (PSU) – pilih PSU yang mempunyai rating Gold atau Platinum untuk PSU yang efisien. 
  3. 1 Unit Motherboard – ASRock H81 PRO BTC R2.0 LGA 1150 atau motherboard lain yang bersesuaian. Ini adalah motherboard untuk penggunaan 6 GPU. Pastikan motherboard anda dapat mengggunakan 6 GPU sebelum meneruskan pembelian. Sila rujuk [2] dan [3] untuk mengetahui alternatif lain. 
  4. 1 Unit CPU – Intel Celeron G3900 Dual-core atau CPU lain yang bersesuaian. Rujuk [2] dan [3] untuk alternatif. 
  5. 1 Unit RAM – 4GB sudah cukup untuk operasi mining. Jenama untuk RAM ini adalah tidak begitu penting kerana kebanyakannya adalah perbezaan dari segi luaran sahaja. 
  6. 6 Unit kabel PCIE ‘Riser’ – penggunaan ‘riser’ adalah untuk menyambungkan GPU ke motherboard. Amat digalakkan jika kabel riser dibeli lebih kerana komponen ini selalunya bermasalah ketika operasi mining Dan juga pastikan kabel riser yang dibeli adalah berkualiti. 
  7. 1 Unit SATA (SSD) Hard Drive – pilih hard drive yang murah dan berkualiti untuk tujuan meletakkan OS dan mining software di dalamnya. 
  8. 1 Unit Operating System(OS) – boleh menggunakan sama ada Windows atau Linux (distro yang selalu digunakan adalah Ubuntu) dalam operasi mining. Letakkan di dalam USB dan jadikan ia bootable untuk tujuan installation
  9. 1 Unit Mining Software – boleh menggunakan Claymore GPU Miner.
  10. Sambungan ke Internet sama ada menggunakan kabel Ethernet atau Wifi. Penggunaan kabel Ethernet adalah lebih bagus untuk kestabilan dan kelajuan sambungan ke Internet.
  11. Mining Case Mining Case boleh dibuat sendiri ataupun dibeli. Antara contoh mining case adalah seperti di bawah.                                               
  12. Monitor, mouse dan keyboard.                                                     
  13. Alatan tangan seperti pemutar skru, pengikat kabel, gunting dan alatan lain mengikut keperluan anda.

Pemasangan Mining Rig

  1. Buka semua bahan dan semak komponen-komponen yang telah dibeli. Pastikan semua komponen dalam keadaan yang sempurna sebelum dipasang.
  2. Pasang mining case.
  3. Pasang CPU, RAM, kabel riser di motherboard.
  4. Pasang motherboard dan PSU di mining Sambungkan PSU dan Motherboard.
  5. Sambungkan SATA hard drive ke motherboard.
  6. Sambungkan semua GPU ke kabel riser, dan ketatkan GPU ke mining. Pastikan jarak di antara GPU tidak terlalu rapat untuk mengelakkan GPU daripada menjadi terlalu panas.
  7. Sambungkan semua kabel PSU ke motherboard dan GPU.
  8. Sambungkan monitor, mouse dan keyboard ke motherboard.
  9. Semak semua pemasangan dan pastikan tiada kabel yang tertinggal pemasangannya.
  10. Pasangkan plug PSU ke dinding dan buka suis. Hidupkan mining rig.

Penyediaan OS dan Mining Software

  1. Install Windows ataupun Ubuntu menggunakan USB drive yang telah diisi dengan OS pilihan anda.
  2. Install Nvidia drivers untuk GPU anda.
  3. Namakan semula mining rig anda untuk memudahkan operasi mining.
  4. Install mining software seperti Claymore Dual Miner GPU Miner. Software ini digunakan untuk operasi mining. Anda boleh gunakan mining motherboard lain untuk operasi mining coin yang lain.
  5. Ubahsuai konfigurasi mining software untuk disambungkan ke mining pool pilihan anda dan juga hasil mining ke wallet.
  6. Mulakan operasi mining.
  7. Jika operasi mining anda mempunyai masalah, anda boleh mencari penyelesaiannya di Google kerana terdapat pelbagai tips yang boleh anda dapati terutamanya di forum-forum cryptocurrency mining.

Selamat Mencuba !!!

Sumber Rujukan

[1] https://www.leetpro.co.za/news/miningnews/asic_or_gpu_mining/

[2] http://www.coinminingrigs.com/how-to-build-a-6-gpu-mining-rig/

[3] http://1stminingrig.com/best-mining-rig-hardware-mine-2017/#Motherboard

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.