Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Etika Wartawan ‘Mainstream’ dan Penyebaran Maklumat yang Salah

Pada 13 dan 14 November 2018, satu seminar Blockchain Kebangsaan yang dianjurkan oleh Ifcon Technology Sdn Bhd dan Universiti Malaya diadakan. Ia adalah seminar Blockchain yang pertama di Malaysia yang dijalankan dalam bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu. Seminar ini dirasmikan oleh pengasas Harapan Coin sendiri, Yang Berhormat Tn Haji Khalid Samad.

Buat mana-mana pembaca coin.my yang datang, tahniah. Penulis berharap anda telah dapat menimba ilmu yang banyak tentang Blockchain dan matawang kripto. Siapa yang tidak dapat hadir,  jangan khuatir, insha Allah seminar seperti ini akan diadakan lagi di waktu akan datang.

Seperti biasalah, di mana ada pemimpin politik yang berpengaruh, disitulah tempat kerumunnya wartawan ‘mainstream’. Lebih-lebih lagi apabila tokoh itu adalah Menteri Wilayah. Dan pada 13 November pun, terdapat beberapa wartawan daripada akhbar-akhbar terkenal yang hadir. Di sinilah penulis melihat sesuatu yang agak pelik.

Perasmian oleh YB Khalid Samad bukanlah “highlight” seminar itu. Dan walaupun beliau merasmikan seminar itu dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Wilayah, beliau dijemput kerana penglibatan beliau dalam teknologi Blockchain sebagai pengasas Harapan Coin. Oleh itu, senang cerita, sepatutnya berita yang diketengahkan adalah tentang seminar itu sendiri, dan perkembangan teknologi Blockchain dalam negara.

Tetapi kalau kita membuat pencarian Google tentang “seminar blockchain kebangsaan”, apa yang akan keluar di Google adalah ulasan YB Khalid Samad tentang Harapan Coin ketika sidang media. Seolah-olah itulah tajuk utama seminar Blockchain tersebut. Mungkin itu adalah suatu rutin bagi wartawan yang sekadar menerbitkan berita sensasi (baca: politik), tetapi penulis rasa ianya suatu yang merugikan memandangkan ianya satu peluang yang besar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang teknologi Blockchain.

Bukankah itu matlamat utama berita?

Dan yang lebih menyedihkan ialah para wartawan yang hadir untuk upacara perasmian Seminar Blockchain Kebangsaan itu tidak menyertai seminar yang dijalankan selepas itu. Adakah ianya etika kewartawanan yang baik? Bagi penulis, tanggungjawab sebagai wartawan juga adalah melaporkan tentang perbincangan yang berlaku dalam seminar, bukan sahaja ulasan ketika sidang media sahaja.

Jika kita lihat liputan luar negara tentang teknologi Blockchain, isi berita itu memberi begitu banyak maklumat dan ilmu tentang Blockchain dan matawang kripto. Penyebaran maklumat tentang teknologi itu begitu meluas, jadi tidak hairanlah jika negara-negara membangun dapat mengembangkan teknologi Blockchain dengan begitu cepat. Jika setakat ini sahaja liputan berita tentang seminar ini di negara kita sendiri, persoalan tentang mengapa Malaysia begitu ketinggalan dalam teknologi ini tidak perlu ditanya.

Teknologi Blockchain dan matawang kripto sudah menjadi “buzzword” sejak tahun 2017 lagi, tetapi dalam Malaysia sendiri masih ramai lagi yang tidak pernah dengar atau faham tentang kedua-duanya. Malah wartawan sendiri mengakui mereka tidak pernah ambil tahu tentang teknologi itu, dan yang paling mengejutkan adalah mereka menganggap apabila YB Khalid Samad bercakap tentang implementasi teknologi Blockchain dalam kerajaan, beliau bercakap tentang implementasi Bitcoin dalam kerajaan. Blockchain = Bitcoin? (hantuk kepala ke dinding).

Tajuk pertama seminar Blockchain itu adalah “Blockchain bukan Bitcoin?” dan jika wartawan mengambil sedikit masa untuk hadir (memandangkan mereka dijemput), mereka mungkin akan memahami lebih mendalam tentang apa itu Blockchain. Secara jujur, penulis sangat kecewa dengan sikap wartawan yang hadir untuk majlis perasmian tersebut. Sekurang-kurangnya hantarlah wartawan yang membuat liputan tentang teknologi untuk hadir seminar itu.

Inilah yang menyebabkan pelbagai maklumat yang salah disebarkan. Contohnya, bahawa Harapan  Coin itu hanya satu scam. Atau Bitcoin itu adalah teknologi Blockchain dan sebaliknya. Begitu cetek pengetahuan mereka yang kita percaya untuk meliputi berita-berita penting dalam negara. Adakah ianya begitu penting untuk hanya menyebarkan berita sensasi yang tidak berguna selain dijadikan sekadar hiburan?

Maaf, artikel kali ini penulis membebel tentang sesuatu yang tidak berkaitan secara langsung dengan teknologi Blockchain. Namun begitu, penulis anggap ianya sesuatu yang penting untuk diketengahkan kerana ia isu yang sangat besar dalam negara kita. Kurangnya ilmu tentang teknologi baru, atau isu-isu penting dalam dan luar negara adalah kerana kebanyakan laman berita lebih gemar menerbitkan berita sensasi. Anda setuju?

Nasib baik portal coin.my ada sebagai penyelamat, kan?

Sebelum penulis artikel ini, macam biasalah kena bagi disclaimer kan. Takut nanti orang salah faham, sebarkan artikel ini dengan headline sensasi seolah-olah coin.my menyebarkan fitnah terhadap semua wartawan.

Disclaimer: Artikel ini adalah pendapat penulis. Segala cadangan, kenyataan dan nasihat datang dari pihak penulis. Pihak Coin.My tidak terlibat atau bertanggungjawab terhadap kesalahan fakta yang dikeluarkan oleh penulis.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads