Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Review: Ifmal.com, Platform “Kualiti dengan Integriti”

Minggu yang lalu, coin.my melaporkan berita tentang ifmal.com, sebuah platform e-commerce online di Malaysia yang sudah mula menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin. Ifmal.com mungkin bukan perniagaan pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin tetapi ia tetap suatu langkah yang progresif untuk peniaga di Malaysia, memandangkan kerajaan Malaysia tidak terkenal dengan sentimen yang positif terhadap matawang digital.

Dalam artikel kali ini, penulis akan memperkenalkan ifmal.com ini dengan lebih mendalam.

Platform ifmal.com ditubuhkan pada tahun 2017 oleh pengasasnya Nik Ahmad Juraime dan beberapa orang rakannya. Sebenarnya sebelum ifmal.com ditubuhkan lagi, pengasasnya telah menjalankan perniagaan sebagai online seller semasa beliau masih lagi menetap di Australia. Ketika itu, beliau menjual barangan Australia kepada rakan-rakannya serta keluarga terdekat melalui platform media sosial seperti blog dan Facebook.

Apabila beliau pulang ke Malaysia, beliau membuat keputusan untuk menguji pasaran (test market) di Malaysia dengan menjalankan operasi penjualan melalui gudang atau warehouse sale selama setahun di Nilai. Tujuannya adalah melihat sama ada terdapat barangan lain selain daripada jenama popular seperti Corelle dan Nutella yang boleh mendapat permintaan daripada rakyat Malaysia.

Hasilnya: Pelancaran platform e-commerce online ifmal.com setahun kemudian!

Menurut pengasas ifmal.com itu, beliau ingin menjadikan ifmal.com bukan sahaja sebagai platform    jualan gudang, tetapi juga sebagai platform pemasaran (marketing) untuk pembekal-pembekal kecil-kecilan lain. Prinsip yang dipegang oleh ifmal.com adalah platform e-commerce online yang menyediakan barangan import kepada rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan.

“Kualiti dengan Integriti”

Menurut laman web ifmal.com, motto platform itu adalah “kualiti dengan integriti”. Dengan prinsip dan motto itu, ifmal.com dilancarkan untuk menjadi platform e-commerce yang menawarkan produk luar negara berkualiti dari Australia, UK dan Amerika Syarikat pada harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Platform ifmal.com menawarkan pelbagai jenis barangan, daripada makanan ruji seperti bijirin, susu dan kopi, pinggan mangkuk jenama mahal seperti corelle, pyrex, noritake dan corningware, kepada peralatan rumah seperti set bbq, barangan elektronik dan juga barangan fesyen seperti minyak wangi.

Ifmal.com umpama “one-stop shop” untuk barangan kualiti daripada luar negara.

Program Affiliate

Selain daripada penjualan barangan import, ifmal.com juga menawarkan peluang untuk ahli ifmal.com (Star Membership) memenangi bermacam-macam hadiah melalui program affiliate yang ditawarkan. Program yang dipanggil Star Marathon ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti crowd-based yang akan membawa trafik kepada laman web ifmal. Insentif yang diberikan adalah seperti dalam gambar di bawah.

Platform Pemasaran

Selain daripada itu, platform ini juga memberi peluang pendapatan kepada pengirim wang daripada luar negara. Melalui kaedah yang unik dan tidak ortodoks ini, pengirim wang yang ingin membuat remittance atau pengiriman wang daripada luar negara kepada keluarga di Malaysia boleh membuatnya melalui ifmal.com.

Pengirim wang hanya perlu membeli barangan import yang akan dibekalkan kepada ifmal.com, dan ifmal.com akan memasarkan dan menjual barangan yang telah dibeli tadi pada kadar perkhidmatan yang rendah. Keuntungan dan juga wang yang digunakan untuk membeli barangan tadi akan dihantar kepada penerima yang telah ditetapkan oleh pengirim. Melalui kaedah ini, penerima akan mendapat lebih dari hanya kiriman wang asal pengirim.

Penjual barangan import yang menetap di luar negara juga boleh menggunakan perkhidmatan ifmal.com untuk menjalankan perniagaan daripada proses pembelian, pembungkusan dan penghantaran pada kadar perkhidmatan yang rendah. Penjual akan memperoleh keuntungan daripada penjualan mereka selepas barangan mereka habis dijual.

Anda boleh melawat gudang ifmal.com di Taman Industri Meranti Jaya, Puchong atau cawangannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Laman web: ifmal.com

Halaman Facebook : Ifmal Trade

Youtube: Ifmal

===

Anda mempunyai perniagaan yang menerima pembayaran dalam Bitcoin atau matawang kripto lain? Mahu kami review perniagaan anda? Hubungi kami di admin@coin.my sekarang. Review percuma untuk 10 perniagaan yang pertama sahaja!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads