Default – Above Header Ads

5 Soalan Patut Anda Jawab sebelum Melabur dalam Alt Coins

Nilai Bitcoin kian hari makin meningkat. Bayangkan, harga Bitcoin pada awalnya hanya $USD 100. Dalam masa beberapa tahun sahaja, harga Bitcoin sudah memecah rekod tertinggi USD$19,000. Jika anda berminat untuk tahu mengapa harga Bitcoin naik dengan begitu cepat sekali, bacalah post ini.

Bagi anda yang baru menjejakkan kaki ke dunia Bitcoin atau lebih tepat lagi, dunia matawang kripto, kemungkinan besar anda akan merasa harga Bitcoin sudah terlalu mahal bagi anda. Tetapi jangan khuatir, masih lagi terdapat banyak lagi matawang kripto selain Bitcoin yang sedia ada untuk dibeli/dilabur.

Sebelum membuat keputusan untuk melabur, penyelidikan teliti haruslah dibuat dalam apa-apa sahaja jenis pelaburan. Setiap pelaburan pasti ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Kali ini, penulis akan menyenaraikan beberapa soalan yang lazim untuk membantu anda dalam membuat keputusan.

Matawang krypto yang dipanngil alt coins ini termasuk Ether, XRP, Dash, Litecoin dan banyak lagi. Untuk mendapatkan senarai penuh alt coins yang ada di pasaran, anda boleh layari laman web coinmarketcap.com atau coincap.io. Anda juga boleh mendapatkan semua maklumat berkaitan alt coins tersebut, termasuk modal pasaran, harga terkini, dan graf harga untuk membantu anda dalam penyelidikan anda.

Sebagai seorang pelabur, sudah pasti anda akan mengetepikan alt coins yang dianggap tidak akan membuahkan hasil kepada anda. Ini adalah langkah pertama dalam penyelidikan anda. Jadi sekarang anda telah pun menyenarai pendek alt coins yang mempunyai potensi, betul? Langkah seterusnya adalah menjawab soalan-soalan di bawah:

1. Apa yang ditawarkan alt coin tersebut?

Pada asasnya, setiap matawang krypto dicipta untuk digunakan oleh pemilik matawang kripto tersebut. Contohnya Bitcoin, token yang digunakan dalam transaksi peer-to-peer atau Ether, yang digunakan sebagai “minyak” untuk menjalankan aplikasi-aplikasi dalam rangkaian Ethereum.

Sesetengah alt coin cuba untuk menyelesaikan masalah seperti XRP yang dijadikan matawang pertengahan antara bank dan platform Ripple atau LBRY yang menawarkan servis bayar-dan-lihat kepada pengguna. Ataupun Litecoin yang menjadi pesaing Bitcoin dan Monero yang menawarkan lebih banyak privasi dalam transaksi. Sebagai seorang pelabur, anda patut membuat pertimbangan tentang potensi alt coin itu berdasarkan logik dan rasional.

2. Jangka masa pendek vs jangka masa panjang

Soalan ini boleh dianggap soalan paling penting dalam penyelidikan anda. Setiap pelaburan boleh membuahkan hasil sama ada dalam jangka masa pendek atau sebaliknya. Dua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Dalam pelaburan jangka masa pendek, anda boleh melihat pelaburan anda membuahkan hasil bertambah setiap hari, tetapi dalam jumlah yang kecil. Dalam jangka masa panjang pula, pelaburan anda boleh membawa keuntungan yang berlipat kali ganda, tetapi anda perlu menunggu untuk kadar tempoh yang agak lama.

Matawang kripto seperti Bitcoin, Ether, Ripple dan Dash dianggap sudah stabil dan harga mereka tidak akan turun naik secara mendadak. Sebaliknya, alt coins yang baru selalunya akan mendapat tarikan di peringkat awal dan memberi hasil dalam jangka masa yang pendek. Lebih-lebih lagi matawang kripto yang ditawarkan sewaktu ICO yang melonjak naik dalam masa beberapa bulan sahaja. Jadi, fikirkanlah apa strategi yang terbaik untuk anda.

3. Apa strategi pemasaran alt coin tersebut?

Seperti mana produk-produk yang di jual di pasaran, strategi pemasaran yang efektif memastikan permintaan terhadap sesuatu produk itu semakin bertambah. Maklumat ini mungkin tidak relevan bagi pengguna biasa, tetapi sebagai seorang pemilik matawang kripto, anda perlu tahu sama ada alt coin yang dilabur mempunyai banyak permintaan. Berdasarkan teori demand and supply, anda akan mengaut keuntungan apabila harga alt coin yang dibeli naik kerana permintaan tinggi.

Oleh sebab itulah penyelidikan terperinci tentang latar belakang alt coin dan strategi pemasaran mereka akan membantu anda membuat keputusan. Selain daripada itu, berita-berita positif dalam laman web seperti  Cointelegraph.com, Coindesk.comCryptoCoinsNews.com dan Altcoin Reviews menambah kredibiliti alt coins yang dipertimbangkan. Jika anda perasan, matawang kripto yang mengumumkan milestones atau roadmap yang sudah dicapai pasti akan mengalami kenaikan harga kerana ia menunjukkan developers mereka aktif dalam memajukan matawang kripto tersebut.

4. Adakah projek alt coin itu unik?

Nilai teras sesuatu alt coin itu adalah berdasarkan fungsinya. Sesuatu projek yang menggunakan alt coin untuk menawarkan penyelesaian yang unik dan sukar ditiru pasti mudah untuk menarik minat orang ramai. Namun itu, teknologi baru kebiasaannya membawa risiko yang tinggi. Jika sesuatu yang negatif berlaku, pelabur-pelabur besar akan menarik balik pelaburan mereka dan menyebabkan harga alt coin itu jatuh dengan teruk.

Tambahan pula, kerana banyak lagi projek lain yang akan cuba menawarkan produk yang sama, walaupun dengan penambahbaikkan tidak akan membawa impak kepada alt coin tadi. Dan tidak semestinya matawang kripto itu perlu menawarkan inovasi yang canggih. Contohnya, DAO yang menghadapi serangan siber yang telah menyebabkan kerugian lebih $USD50 juta walaupun ia dianggap sangat berinovasi. Ataupun Dogecoin yang berjaya bukan kerana keunikannya tetapi kerana komuniti yang sangat kuat yang menyokong matawang kripto itu.

5. Adakah kadar naik turun alt coin itu masuk akal?

Akhir sekali, anda patut meneliti graf harga alt coin pilihan anda. Maklumat yang patut dipertimbangkan adalah sama ada kadar naik turun alt coin itu dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang memang berlaku seperti penambahan fungsi dan bukannya khabar angin semata-mata. Contohnya, harga Ether yang melonjak naik lebih 2000 peratus kerana pertubuhan Enterprise Ethereum Alliance (EEA) yang ingin merangkaikan syarikat-syarikat besar dunia kepada vendor-vendor teknologi untuk menjalankan projek berdasarkan teknologi blockchain. Atau harga Bitcoin yang naik kerana mula dijual sebagai futures contract di pasaran kewangan global.

Ini adalah soalan-soalan lazim yang patut anda cuba jawab dalam membuat pertimbangan melabur dalam alt coin. Melabur dalam matawang kripto boleh membuahkan hasil yang besar dalam jangka masa panjang. Yang penting adalah membuat penyelidikan yang sangat mendalam dan melabur secara bijak.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads