Default – Above Header Ads

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin Melalui Aktiviti “Mining”

Dalam sistem kewangan tradisional, kerajaan melalui Bank Negara akan mencetak mata wang baru apabila diperlukan. Tetapi dalam hal Bitcoin, ini tidak akan berlaku – sebaliknya, Bitcoin hanya boleh dicari dan ditemui dengan cara tertentu. Cara itu adalah “mining” atau melombong dan semua komputer di dalam rangkaian blockchain sentiasa bersaing untuk melombong Bitcoin.

1 Bagaimana “mining” bermula?

Setiap hari pasti berlaku transaksi Bitcoin di seluruh dunia. Tugas “miners” atau pelombong adalah untuk mengesahkan setiap transaksi yang berlaku dan menambahnya ke dalam lejar blockchain. Namun begitu, jika transaksi-transaksi yang berlaku tidak direkod, ia akan menjadi sukar untuk tahu apa yang berlaku.

Jadi, untuk memudahkan misi pelombong, setiap transaksi yang berlaku dalam tempoh melalui rangkaian blockchain, akan dikumpul untuk menjadi satu blok. Blok-blok ini kemudiannya disusun di dalam rantai yang panjang, dan inilah asal usul perkataan “blockchain”.

Setiap transaksi baru yang ditambah dalam “blockchain” ini akan membentuk lejar blockchain yang dikongsi bersama setiap komputer dalam rangkaian blockchain. Lejar ini merekod setiap transaksi yang pernah berlaku dalam rangkaian bitcoin. Salinan lejar ini akan sentiasa dikemaskini dan diberikan kepada semua komputer yang menyertai rangkaian ini.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.