Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Mencairkan Bitcoin : Susah ke?

Mencairkan Bitcoin : Susah ke?

Apabila penulis mencadangkan penggunaan Bitcoin kepada kawan-kawan. Respon awal mereka adalah soalan ini,

“Senang ke nak cairkan Bitcoin?”

(Pickup line Bitcoin)

Penulis pun menunjukkan bagaimana penulis mencairkan Bitcoin milik penulis di salah sebuah “Bitcoin exchanger” jenis “peer-to-peer” yang sering penulis gunakan.

Kesemua mereka berasa kagum dan teruja  setelah melihat betapa mudah dan pantas Bitcoin itu dicairkan menjadi matawang berkepala agung. Penulis lebih suka menggunakan “platform” jenis “peer-to-peer” dan menjual seacara tunai sahaja.

Banyak platform mencairkan Bitcoin telah wujud sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, kita boleh mencairkan Bitcoin kita di Luno, Coinhako, Remitano, Localbitcoins dan banyak lagi. Terpulang kepada keselesaan dan pilihan masing-masing.

Maka tidak perlu takut Bitcoin susah untuk dicairkan. Bitcoin tidak seperti emas, punya jisim dan isipadu. Berat dan tidak mudah dibawa ke hulu atau ke hilir, untuk dicairkan di bank atau pajak gadai. Bitcoin adalah bersifat sebaliknya. Tidak punya jisim dan isipadu, mudah dibawa ke masa saja.

Baru-baru ini, sebuah syarikat menjual alatan elektronik yang besar di Japan, Bic Camera (rujuk sini) telah mengumumkan penerimaan mereka terhadap pembayaran melalui Bitcoin. Selain itu, sebanyak 269,000 kedai yang lain telah dan akan mengikut jejak langkah penggunaan Bitcoin. (rujuk sini)

Lebih mengejutkan lagi, kerajaan Russia juga baru-baru ini telah mengumumkan penerimaan mereka terhadap Bitcoin. (rujuk sini) Russia adalah antara negara yang menentang kewujudan Bitcoin sebelum ini pun sudah mengalah dan menerimanya. Bak kata pepatah Omputih, “if you can’t beat them, join them.”

(Proses membuat jongkong emas, emas perlu dicairkan dengan suhu yang tinggi)

Ada yang bertanya, adakah menjual Bitcoin salah di sisi undang-undang Malaysia? Tiada akta yang melarang kita menjual Bitcoin. Menjual Bitcoin sama seperti menjual apa-apa harta milik kita. Maka, dari sudut undang-undang, tiada apa-apa kesalahan.

Tahun 2014, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran terhadap Bitcoin. (rujuk sini) Daripada kenyataan tersebut, dapat kita fahami yang pihak Bank Negara tidak punya ilmu dan pengetahuan terhadap teknologi Blockchain. Mungkin pihak mereka masih lagi mengkaji. Seperti biasa, Malaysia sentiasa akan sedikit ketinggalan. dan terlambat.

Jadi, bila ditanya soalan adakah Bitcoin mudah dicairkan. Jawapannya adalah, ia lebih mudah dari mencairkan emas, lebih mudah dari mencairkan aset seperti rumah dan tanah. Ia semudah  membaca dan menyanyi ABC. Bahkan ia lebih baik dari menyimpan barangan antik. Benar, barangan antik harganya makin naik, tetapi kita perlu tempat untuk menyimpannya. Bitcoin pula, anda tidak ruang penyimpanan. Anda hanya perlu talian internet dan telefon bimbit sahaja. Hatta, kadar kenaikan nilai Bitcoin jauh lebih laju dari emas dan barangan antik!

Anda tak percaya? Cuba dulu, pasti anda akan setuju dengan penulis.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads