Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Projek Blockchain Tezos Pecah Rekod ICO

Baru-baru ini projek terbaru teknologi blockchain, Tezos telah mengakhiri Initial Coin Offering (ICO) mereka dan berjaya mengumpul Bitcoin dan Ether yang bernilai lebih USD$223 juta (sewaktu penulisan).

Menurut laman web Tezos, jumlah matawang krypto terkumpul adalah 65,636 BTC (lebih kurang USD$151 juta) dan 361,122 ETH (lebih kurang USD$72 juta). ICO projek itu telah bermula sejak 1 Julai dan tidak mempunyai had dari segi token yang dikeluarkan. Apa yang menarik tentang ICO mereka ialah pengakhiran ICO tersebut pada blok transaksi yang ke-2000 dalam rangkaian bitcoin.

Tezos telah berjaya mengalahkan rekod tertinggi ICO iaitu Bancor, yang telah berjaya mengumpul matawang krypto bernilai lebih USD$150 juta pada ketika itu dalam bulan Jun.

Tezos:  Lejar Krytopgrafi yang Membuat Pembetulan Kendiri (“Self-Amending”)

Menurut deskripsi di laman web mereka, Tezos membawa pendekatan baru dalam memastikan ciri decentralization teknologi blockchain dapat dikekalkan melalui penubuhan satu persekutuan. Persekutuan ini akan memberi kuasa kepada stakeholders untuk membuat keputusan tentang protokol baru dalam rangkaian blockchain, seterusnya memastikan tiada pihak (khususnya development team) menguasai teknologi itu.

Prinsip Tezos adalah berdasarkan pemerhatian proses konsensus dalam rangkaian blockchain. Umumnya, setiap blockchain menawarkan insentif kewangan untuk mencapai konsensus dalam lejar mereka. Namun begitu, menurut Tezos, tiada blockchain yang mempunyai kebolehan atau mekanisme untuk mencapai konsensus tentang protokol rangkaian itu mahupun membiaya apa-apa perkembangan protokol. Kuasa ini secara de facto terletak pada tangan development team atau miners untuk membuat keputusan tentang infrastruktur rangkaian tersebut.

Projek Tezos akan memberi kuasa kepada stakeholder untuk meluluskan apa-apa upgrade dalam sistem. Apabila developer memberi cadangan untuk upgrade sesuatu protokol, mereka akan sertakan invois yang akan dibayar ke wallet mereka setelah mendapat kelulusan dan cadangan mereka akan dilaksanakan dalam sistem. Menurut Tezos, ini akan memberi insentif kepada orang ramai untuk menyumbang ke arah pembangunan blockchain Tezos dan pada masa sama memastikan proses itu masih lagi decentralized.

Kebimbangan tentang harga Ethereum jika dicairkan

Walaupun pengumpulan dana yang terbesar dalam sejarah ini sudah pastinya sesuatu yang positif bagi Tezos dan mereka yang melabur dalam projek itu, namun orang ramai semakin bimbang peristiwa EOS akan berulang kembali.

ICO EOS telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD$200 juta. Menurut penganalisa yang membuat pemerhatian berdasarkan wallet yang berkait dengan EOS, jumlah transaksi Ether terkumpul yang dihantar ke servis pertukaran Bittrex untuk dicairkan adalah sangat besar.

Banyak pelabur yang bimbang projek ICO yang lain akan mengikut jejak langkah EOS dan mencairkan dana mereka yang terkumpul, khususnya Ethereum. Secara teori, Ethereum yang ditukarkan kepada matawang fiat akan menyebabkan nilai matawang krypto itu jatuh dan kejatuhan itu dicerminkan oleh harga Ethereum. Walaupun terdapat faktor lain yang menyebabkan harga Ethereum jatuh, kebanyakan pelabur menganggap situasi ini menjejaskan lagi harga Ethereum.

Adakah Tezos akan mengambil langkah yang sama seperti EOS? Kita tunggu dan lihat.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.