Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Projek-projek ICO yang Berjaya dalam Mengumpul Dana – Part II

Dalam post yang lalu, penulis telah membuat ulasan tentang ICO Ethereum dan Lisk yang berjaya mengumpul dana dan masih mengekalkan nilai token yang positif sehingga kini. Hari ini, penulis akan mengulas beberapa lagi projek yang mencapai matlamat ICO mereka.

3. ICO Stratis

Stratis adalah sebuah platform blockchain-as-a-service (BAAS). Platform ini membolehkan syarikat untuk membina dan menjalankan aplikasi blockchain di dalam cloud server yang dijaga oleh stratis. Syarikat tidak perlu menguruskan rangkaian atau senarai penuh pengguna mereka kerana Stratis menawarkan servis pengurusan dalam platform mereka. Apa yang menarik tentang projek ini adalah kemudahan untuk pengguna menggabungkan beberapa feature dari blockchain yang lain ke dalam aplikasi mereka serta mengujinya dalam platform tersebut.

ICO Stratis berlangsung hanya selama 5 hari dari 21 Julai hingga 26 Julai 2016, dan mereka berjaya mengumpulkan 915 BTC (USD$598,684.50). Namun begitu, projek ini dianggap berjaya kerana sejak ia dilancarkan, nilai Stratis telah naik lebih daripada +78,000%. Kini, nilai Stratis telah mencecah lebih USD$10 dan adalah antara mata wang krypto yang diramalkan kekal naik tahun ini.

4. ICO Golem Project

Golem adalah sebuah platform yang membolehkan pengguna menjual atau membeli computational power. Dalam erti kata lain, jika seorang pengguna perlu menjalankan proses yang memerlukan kuasa CPU yang besar, dia boleh membelinya di platform ini. Dan sebaliknya juga. Golem terdiri daripada nod-nod yang menjalankan Golem Dapp dan ia boleh digunakan untuk simulasi bursa saham, analisa data dan penyelidikan dalam bidang perubatan. Malahan, ia juga boleh digunakan untuk melombong matawang krypto.

ICO Golem Projek berlangsung pada November 2016 yang lalu dan berjaya mengumpul sebanyak 820,000 ETH (USD$8.6 juta) hanya dalam masa beberapa jam. Projek ini menarik banyak pelabur-pelabur yang besar serata dunia kerana dalam jangka masa yang panjang, nilai projek ini mempunyai potensi untuk meningkat sehingga ke angka trillion. Ramai pelabur menganggap Golem sebagai “Airbnb for Computing” dan akan menarik minat ramai pengguna seluruh dunia yang memiliki komputer. Nilai token Golem (GNT) kini adalah USD$0.52 dan ramalan mengatakan bahawa harganya akan naik dalam jangka masa pendek ini dengan pelancaran produk Golem yang terbaru, Brass Golem.

5. ICO Waves

Waves merupakan sebuah platform yang memberi tumpuan kepada penciptaan dan penggunaan token blockchain khas, pemindahan mata wang fiat, crowdfunding dan juga urus niaga aset kewangan. Waves membolehkan pengguna mencipta token blockchain uni mereka sendiri dan menjual token tersebut dalam rangkaian blockchain. Waves mendapat inspirasi daripada NXT yang juga adalah sebuah platform yang menawarkan kemudahan untuk mencipta dan menjual token unik di platform tersebut.

ICO Waves yang berakhir pada 31 May 2016 telah berjaya mengumpul dana sebanyak 30,000 BTC (USD$16 juta ketika itu). Potensi Waves untuk menjadi alternatif yang lebih tulus dalam crowdfunding telah menarik minat banyak projek-projek luar untuk melabur dalam ICO mereka. Setakat ini Waves adalah satu-satunya platform yang menawarkan kemudahan crowdfunding berdasarkan teknologi blockchain. Dalam bulan yang lalu sahaja, nilai Waves naik lebih daripada +571% menurut coinmarketcap.com dan kini bernilai USD$5.15. Waves juga dianggap antara mata wang krypto yang akan meningkat naik tahun ini.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.