Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Projek-projek ICO yang Berjaya dalam Mengumpul Dana – Part I

Dalam post yang lalu, penulis telah memperkenalkan konsep ICO atau Initial Coin Offering. Sebagai ulang kaji, ICO dalam kata mudah adalah cara sesuatu projek mengumpul dana dengan menawarkan pembelian token atau mata wang krypto unik dicipta untuk projek tersebut kepada orang ramai. Bagi pembeli token itu pula ialah satu pelaburan yang mempunyai potensi untuk membuahkan hasil di masa akan datang.

Kali ini, penulis ingin membuat ulasan berkenaan projek-projek yang telah membuat ICO. Banyak projek-projek yang telah berjaya mengumpul dana yang diinginkan tetapi terdapat juga projek-projek yang gagal mencapai objektif mereka.

1. ICO Ethereum

Ethereum adalah satu platform yang menawarkan kemudahan untuk mencipta aplikasi yang decentralized dan smart contracts ataupun kontrak yang boleh dilaksanakan secara otomatik tanpa campur tangan manusia. Token yang digunakan di platform Ethereum adalah Ether, yang digunakan sebagai “minyak” untuk menjalankan aplikasi-aplikasi di platform tersebut. ICO untuk Ether telah dilangsungkan dari 20 July 2014 – 2 September 2014 dan sebanyak 31500 BTC (USD$18.4 juta pada ketika itu) berjaya dikumpulkan.

Antara sebab utama yang menjadikan permintaan Ether tinggi dan harganya meningkat adalah token itu diperlukan untuk menggunakan platform Ethereum. Tambahan pula, projek Ethereum merupakan sesuatu yang unik dan berlainan pada masa itu. Menurut coinmarketcap.com, modal pasaran Ether kini sudah mencecah USD$22 billion dan harga Ether yang dahulunya hanya USD$1 sudah bernilai USD$246.

2. ICO Lisk

Lisk adalah satu platform yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama seperti Ethereum. Bezanya, objektif Lisk adalah untuk memberi kemudahan kepada mana-mana developer untuk membina aplikasi mereka menggunakan Javascript. Apa yang membuatkan Lisk berlainan dengan Ethereum adalah projek Lisk ingin menyelesaikan masalah skala atau scalability dan juga struktur insentif.

ICO Lisk telah dijalankan dari 22 February 2016 – 21 March 2016 dan telah mengumpul dana sebanyak 15480 BTC (USD$5.7 juta pada ketika itu). Projek Lisk dianggap salah satu ICO yang berjaya berbanding ICO projek yang lain. Dari segi nilai token Lisk pula, harga Lisk kini USD1.51 dan modal pasaran Lisk adalah USD$163 juta.

Jadi itu adalah dua projek yang berjaya mencapai objektif ICO mereka. Penulis akan mengulas beberapa lagi projek lain di masa akan datang. Ikuti siri ini jika anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang ICO.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads