Default – Above Header Ads

Protokol Casper dalam fasa Metropolis Projek Ethereum

Jika anda mengikuti perkembangan projek Ethereum, anda pasti tahu tentang perancangan untuk fasa Metropolis, yang terdapat dalam Roadmap Ethereum. Secara keseluruhan, projek Ethereum adalah antara projek teknologi Blockchain yang sangat bercita-cita tinggi, dan mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas di seluruh dunia, lebih dari Bitcoin.

1 Roadmap Ethereum

Secara ringkas, Ethereum adalah suatu platform terbuka yang membolehkan developers membina dan melaksanakan aplikasi bersifat decentralized melalui smart contracts, dan menggunakan Ethereum Virtual Machine (EVM). Pada bulan Februari yang lalu, Hudson Jameson yang mewakili Ethereum Foundation telah membentangkan roadmap Ethereum, yang terdiri daripada empat fasa seperti di bawah:

Frontier

Dilancarkan pada bulan Julai 2015, Ethereum Frontier adalah versi pertama dalam rangkaian Ethereum. Ethereum Frontier adalah tulang belakang rangkaian itu, membolehkan aktiviti mining Ether dan platform pertukaran untuk dijalankan.

Homestead

Ethereum Frontier di naik taraf ke Homestead dan dilancarkan pada Mac 2016. Versi ini menaik taraf beberapa protokol sedia ada dan pertukaran network untuk penyediaan naik taraf seterusnya, pada masa sama memperbaiki masa untuk transaksi.

Metropolis

Fasa Metropolis telah diumumkan akan dilancarkan lewat 2017 dan sehingga kini masih dalam proses peer review dalam komuniti Ethereum. Versi ini memperkenalkan protokol konsensus yang baru, Casper, berdasarkan protokol proof-of-stake yang telah diperbaiki oleh Vitalik Buterin. Penulis akan menceritakan tentang fasa Metropolis lebih lanjut dalam post ini.

Serenity

Ini adalah fasa terakhir dalam projek Ethereum, yang akan dilancarkan pada tahun 2018. Misi fasa ini adalah untuk membuat peralihan sepenuhnya dari protokol proof-of-work kepada proof-of-stake dalam rangkaian Ethereum.

2 Fasa Metropolis dan protokol Casper

Seperti yang kita sudah belajar tentang protokol konsensus proof-of-stake dalam post ini, versi Casper protokol ini adalah berdasarkan konsep yang sama. Nodes dalam rangkaian akan menjadi bonded validators dengan meletakkan deposit yang membolehkan mereka membina blok baru. Nodes ini akan meletakkan pertaruhan blok mana yang akan dimasukkan kedalam blockchain. Jika pertaruhan yang diletakkan adalah dalam konsensus (majoriti dalam rangkaian), ganjaran diberikan dan juga sebaliknya. Dalam protokol ini, deposit akan ditarik jika node didapati cuba mengambil kesempatan terhadap sistem itu.

Setakat ini, tiga whitepaper berkenaan protokol Casper telah dikeluarkan. Ketiga-tiga whitepaper ini boleh didapati di bahagian penyelidikan Ethereum di GitHub dan masih lagi melalui proses kemaskini sehingga sekarang. Tidak lama lagi kertas-kertas ini akan dikemukakan kepada develepors dalam komuniti Ethereum untuk proses peer review sebelum diumumkan secara rasmi kepada orang awam. Turutan dan isi ketiga-tiga whitepaper adalah seperti berikut:

Automated Censorship Rejection

Kertas kerja yang pertama tentang Casper yang dikeluarkan. Kertas ini membincangkan tentang serangan 51 peratus (51% Attacks), di mana miner atau mining pool mengumpul majoriti daripada computing power dalam sesuatu rangkaian dan mengambil alih sistem dan mengubah peraturan sedia ada, seperti double-spending atau transaksi dalam blok.

Dalam kertas ini, Vitalik Buterin membuat penyelidikan tentang bagaimana serangan 51 peratus ini dapat dikesan daripada awal dan bagaimana suatu sistem dapat pulih semula selepas serangan berlaku, tanpa campur tangan pihak ketiga atau centralized authority yang banyak. Vitalik juga mengutarakan hujah tentang potensi protokol Casper untuk menyelesaikan masalah ini, dengan menghukum penyerang dengan cara mengambil deposit yang telah diletakkan dalam sistem.

Incentives in Casper the Friendly Finality Gadget

Dalam kertas kerja ini, Vitalik memperkenalkan insentif dalam protokol Casper, dan bagaimana protokol itu dilaksanakan menggunakan konsep Game Theory. Teori ini berkaitan analisa tentang pilihan individu, secara kolektif dan faktor griefing, atau pemain yang menyerang dan menganggu pemain lain dengan sengaja.

Bagi protokol Casper, terdapat dua jenis perkara yang boleh merosakkan protokol tersebut. Yang pertama adalah “safety faults” yang berlaku apabila peraturan tidak dipatuhi, contohnya apabila dua validator (pengesahan transaksi) membina blok yang tidak berpadanan sesama sendiri. Dan yang kedua adalah “liveness faults“, di mana sistem gagal untuk menghantar transaksi ke rangkaian untuk proses pengesahan.

Casper the Friendly Finality Gadget

Whitepaper ini membentangkan butiran mendalam tentang algoritma Casper. Protokol Casper adalah satu mekanisme konsensus yang diadaptasi daripada protokol proof-of-stake sedia ada dan protokol konsensus Byzantine fault tolerant. Dalam whitepaper ini juga, Vitalik membincangkan hala tuju Ethereum lebih lanjut, di mana peralihan dari protokol proof-of-work ke Casper (proof-of-stake) tidak akan berlaku serta-merta, tetapi versi pertama Casper adalah kombinasi protokol PoW/PoS. Proof-of-stake akan digunakan sebagai checkpoint dalam setiap blok ke-100, memberi jaminan terakhir dalam sistem yang sedia ada.

3 Penantian masih belum selesai

Walaupun whitepaper tentang protokol Casper sudah dikeluarkan, protokol itu hanya akan dilancarkan bersama-sama pelancaran fasa Metropolis menjelang akhir tahun 2017. Ia adalah perkembangan projek Ethereum yang dinantikan oleh developers dalam komuniti Ethereum. Pada masa sama, potensi naik taraf itu untuk menarik lebih banyak pelabur besar ke Ether dan sekaligus menaikkan nilai Ether di pasaran juga dilihat sangat tinggi. Jadi kita tunggu sahaja dan lihat perkembangan projek Ethereum di masa terdekat ini.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads