Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Apa Beza Ethereum dan Hyperledger?

Pernah baca artikel Tahukah Anda Terdapat Versi Blockchain yang Tidak Terbuka kepada Awam? Kalau belum, sila baca ya. Artikel tu membincangkan tentang perbezaan dan persamaan private Blockchain dan public Blockchain secara lebih terperinci.

Dalam artikel ni pula, penulis ingin membincangkan tentang dua platform Blockchain yang dikatakan paling besar dan maju dalam industri Blockchain: Ethereum dan Hyperledger. Kedua-dua platform ini menggunakan pendekatan yang berbeza dalam prinsip-prinsip Blockchain.

Seperti yang kita tahu, Ethereum tergolong dalam matawang kripto yang terdapat di pasaran sekarang dan reka ciptanya menepati tujuan asal penciptaan Blockchain, iaitu privasi dan desentralisasi. Ini dipanggil sebagai permissionless Blockchain.

Manakala Hyperledger pula dicipta untuk memudahkan proses dalam bisnes, dan mempunyai kelebihan untuk mengehadkan akses peserta dalam rangkaian kepada maklumat dalam transaksi. Ini pula dipanggil sebagai permissioned Blockchain.

Sebagai ulang kaji, mari kita baca sedikit tentang apa itu kedua-duanya.

Permissionless Blockchain

Blockchain ini memberi akses kepada sesiapa sahaja untuk melihat transaksi dan juga menyertai rangkaian untuk mengesahkan transaksi yang berlaku. Dalam sistem ini protokol konsensus disertai oleh komuniti dan nod-nod ini akan mengesahkan transaksi dan mengemaskini lejar Blockchain tersebut.

Ethereum

Ethereum adalah satu platform untuk distributed computing dan juga sistem operasi berdasarkan infrastruktur permissionless BlockchainPlatform Ethereum yang terbuka membolehkan developer membina dan melaksanakan aplikasi bersifat desentralisasi menggunakan smart contract atau kontrak pintar yang diprogramkan menggunakan Solidity.

Rangkaian Blockchain menggunakan matawang kripto Ether untuk operasinya. Platform Ethereum menggunakan Turing-complete software yang dinamakan Ethereum Virtual Machine (EVM). Dan ia membolehkan perlaksanaan kod dan skrip komputer melalui rangkaian global yang disertai oleh nod-nod di seluruh dunia.

Permissioned Blockchain

Blockchain ini memberi akses kepada pihak-pihak tertentu sahaja untuk mengesahkan transaksi. Pendekatan ini lebih popular dalam kalangan syarikat dan kerajaan kerana keperluan untuk mengesahkan transaksi sepatutnya terhad kepada mereka yang diberi keizinan. Satu kelebihan permissioned Blockchain adalah tenaga komputer yang diperlukan dalam rangkaian adalah sedikit berbanding permissionless Blockchain. Dalam sistem ini, mekanisme konsensus hanya disertai beberapa pihak sahaja, menjadikan pembinaan blok lebih jimat tenaga.

Hyperledger

Hyperledger pula adalah satu infrastruktur yang implementasi rangka permissioned/private Blockchain yang menawarkan komponen modular (“plug-and-play“) yang direka untuk penggunaan dalam model perniagaan. Hyperledger menggunakan teknologi berlainan daripada Ethereum untuk implementasi smart contract mereka, iaitu “chaincode” yang diprogramkan menggunakan Golang. Ia juga menggunakan Java sebagai programming language selain Golang.

Hyperledger mempunyai beberapa mekanisme konsensus dan sistem ini dipanggil pluggable consensus. Nod-nod dalam Hyperledger dibenarkan untuk memilih antara No-op (tiada konsensus) atau Practical Byzantine Fault-Tolerance, dimana dua pihak atau lebih bersetuju dengan key yang digunakan yang boleh mempengaruhi pengesahan transaksi. Protokol ini boleh menghalang pihak ketiga daripada campur tangan dalam persetujuan antara dua pihak.

Hyperledger vs Ethereum secara ringkas

Ethereum Hyperledger
Jenis Blockchain Rangkaian permissionless dan public Rangkaian permissioned dan private
Fungsi Platform untuk B2C dan Aplikasi Awam Platform untuk B2B
Ketelusan Transaksi terbuka Transaksi terhad kepada sesiapa yang diberi akses
Mekanisme Konsensus PoW/PoS; melalui mining Pluggable Consensus; tiada mining diperlukan
Programming Language Smart contract diprogram menggunakan Solidity Chaincode diprogram menggunakan Golang
Matawang Kripto Ether Tiada
Kos Bergantung kepada rangkaian Ethereum, min ~ USD$0.01 Permulaan : USD$250/bulan

Syarikat : USD$1,000/bulan

Kesesuaian pengguna Sesiapa sahaja yang ingin membina DApps Lebih kepada syarikat/badan kerajaan yang ingin lebih privasi

Kesimpulan

Kedua-dua platform mempunyai fungsi yang berbeza untuk keperluan yang berbeza. Di mana kelebihan platform Ethereum adalah kebolehan smart contract untuk apa sahaja aplikasi, Hyperledger mampu menyelesaikan isu skalabiliti dan privasi melalui permissioned Blockchain dan kawalan akses. Bergantung dengan keperluan developer atau perniagaan, kedua-dua platform ini boleh digunakan.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads