Default – Above Header Ads

Token Patuh Syariah Seliaan Dr. Zaharuddin Kini di Exchange Trade Satoshi

 

Token patuh syariah seliaan Dr Zaharuddin, Bayan Token, kini boleh didapati di bursa pertukaran Satoshi, menurut pengumuman di akaun Twitter rasmi Bayan Token.

Bayan Token adalah token utiliti yang patuh syariah yang memberi pelbagai kelebihan dan nilai kepada penggunanya termasuk pembangunan bot AI untuk perdagangan, penggunaan token di Halal Mart, dan juga produk kesihatan.

Pada bulan November yang lalu, Bayan Token telah melalui proses audit smart contract yang bertujuan untuk memastikan kualiti dan tahap keselamatan smart contract mematuhi standard tertinggi yang ditetapkan. Audit ini akan memberi lebih keyakinan kepada pelabur dan pengguna kepada sumber kod Bayan Token.

EXMO affiliate program

 

ICO Bayan Token telah berakhir pada Oktober 2018, dan meskipun dalam keadaan pasaran menurun, ICO itu berjaya mengutip dana yang mencukupi untuk memulakan projek-projek yang telah dirancang, menurut laman Facebook projek blockchain itu.

Sebelum ini coin.my pernah membuat review tentang Bayan Token dan anda boleh baca tentangnya di sini (English) dan sini (BM).

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads