Default – Above Header Ads

Ketua Pemikir, Peminat Blockchain berkumpul di Bloconomic Excellence Award

 

Bloconomic 2019 dijangka akan menggegarkan industri Blockchain Malaysia dengan dua acara yang berhubung kait yang dijalankan tahun ini untuk mengganggu ‘pasaran musim sejuk’ juga untuk menghargai usaha organisasi blockchain dengan anugerah blockchain pertama di Malaysia. Dengan usaha berterusan untuk membawa bersama ketua pemikiran global ke Malaysia, Bloconomic dijagka akan menarik 3000 orang pelawat ke Bloconomic Expo pada 15-16 Ogos 2019. Pelancaran Bloconomic Excellence Award pada 25 April 2019 itu bertempat di Le Meridien, Putrajaya dengan kehadiran yang memberangsangkan.

Dalam menguasakan generasi teknologi seterusnya, Bloconomic telah membawa 30 penutur berpengaruh daripada seluruh dunia untuk berbincang tentang isu-isu yang berkaitan dengan blockchain seperti ICO, STO, IR4.0, kawal selia, wawasan kerajaan Malaysia dan macam-macam lagi. Individu dan komuniti ekosistem yang hadir termasuk pelabur, venture capitalist, start-up dan media dari Malaysia dan juga seluruh dunia. Bloconomic Expo di bulan Ogos akan membawa lebih 70 penutur untuk perbincangan ilmiah dalam acara yang lebih besar yang bakal diadakan di Malaysia.

Acara itu dipenuhi perbincangan berilmiah, penyampaian daripada pemimpin hebat dan pelancaran anugerah dan pencalonan yang akan disampaikan pada 15-16 Ogos 2019. Bloconomic juga telah membawa pakar akademik dalam universiti awam dan akademi yang bersemangat untuk berhubung dengan pakar dalam bidang blockchain yang berbeza seperti AI, matawang kripto dan sistem sekuriti untuk membawa ilmu ini ke universiti untuk tujuan penyelidikan. Universiti yang hadir ke acara itu adalah IIUM, MSU, UiTM, CITY University, UniKL dan MMU. Memandangkan pelancaran anugerah itu telah menarik organisasi kerajaan dan juga universiti, kami menjangka kehadiran ke expo akan datang akan lebih meningkat.

Dalam majlis pembukaan, presiden Malaysia Blockchain Association (MBA) Dato’ Rayson Wong mengalu-alukan hadirin dengan ucapan beliau tentang “Bagaimana perniagaan tradisional telah berubah dengan menggunakan teknologi blockchain.” Beliau menekanan betapa pentingnya blockchain itu untuk inovasi teknologi dan menghubungkan perniagaan pada hari ini.

Acara itu diteruskan dengan perbincangan panel dan penyampaian oleh JioJioMe, Awepay, GoldFinx, TienChat, Tokoin, Big Reward, Trivechain dan Montserrat. Kesemuanya adalah penyampaian yang hebat daripada pemimpin syarikat-syarikat itu. Pada sebelah petangnya, Bloconomic mengakhiri acara itu dengan majlis koktel dan pencalonan anugerah untuk menyampaikan sijil kepada syarikat yang dicalonkan. Tahniah di atas pencalonan Bloconomic Excellence Award!

Hadirin boleh menjangkakan Bloconomic 2019 yang berbeza dari tahun yang lalu kerana Bloconomic adalah yang pertama untuk menjalankan anugerah blockchain di Malaysia. Bloconomic telah menerima maklum balas yang mengujakan dalam penyertaan anugerah itu. Pelancaran telah diadakan pada 25 April 2019 dan pengundian akan berterusan sehingga 15 Julai 2019 sebelum permohonan ditutup. Majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Bloconomic Expo pada 15-16 Ogos 2019. Ramai yang menantikan Bloconomic Expo memandangkan ia menjangka kehadiran seramai 3000 orang seperti tahun 2018 di mana akan terdapat konferens, pameran, perbincangan, networking, business pitch dan yang paling ditunggu-tunggu Upacara penyampaian Excellence Award.

EXMO affiliate program

Untuk pengemukaan anugerah dan maklumat lanjut tentang Bloconomic Expo 2019, sila lawat https://bloconomic.com/

***

Press Contact

Name : Shay Fuzi

Position : Digital Marketing Executive

Email : [email protected]

Social Media :  FB (www.facebook.com/bloconomic) & Instagram (www.instagram.com/bloconomic)

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads