Default – Above Header Ads

Apa Perbezaan Versi-versi USDT?

Siapa tidak kenal USDT kan? Stablecoin yang disandarkan kepada USD yang paling popular di pasaran kripto. Siapa yang mempunyai pelaburan besar dalam matawang kripto pasti banyak menggunakan token USDT ini, tidak kiralah dalam perdagangan atau simpanan mereka.

Apa kegunaan USDT? Boleh baca artikel ini: Stablecoin pun ada banyak jenis? dan Tether pemain penting dalam dunia matawang kripto. Ataupun cari sahaja di bawah tag “USDT” atau “Tether” untuk mengikuti perkembangan terbaru stablecoin yang popular ini.

Adakah anda tahu USDT ini ada beberapa jenis? Agak-agak mengapa beberapa versi USDT digunakan dan ada beza ke antara semua? Kalau nak tahu, sila baca artikel ini sampai habis ye.

Omnilayer USDT

Omnilayer adalah platform aset yang desentralisasi dan sumber terbuka yang dibina di atas blockchain Bitcoin. Ia digunakan untuk membangun dan mendagangkan aset dan matawang digital yang unik. Omni Foundation mempunyai lesen di bawah lesen MIT. Versi USDT yang pertama adalah di atas Omnilayer.

ERC20 USDT

Menurut laman web Tether, ia melancarkan token Tether di atas blockchain Ethereum mengikut standard ERC20 kerana ia membolehkan USD dan EUR yang sudah ditokenisasi untuk dipindahkan melalui rangkaian Ethereum. Ia juga adalah kerana ia memudahkan transaksi antara DApps dan protokol Ethereum untuk Tether.

TRON USDT

Pada bulan April 2019, Tether mengumumkan ia akan dilancarkan di blockchain TRON. Sama seperti Ethereum, ia membolehkan pengguna memindahkan matawang kripto itu melalui smart contract di atas blockchain itu.

Selain daripada Omnilayer, Ethereum dan TRON, Tether juga telah dilancarkan di atas blockchain EOS dan juga Liquid.

EOS

Liquid

Ada beza ke ketiga-tiga versi ni?

Sebenarnya perbezaan kesemua versi ini hanyalah di mana ianya dibina, sama ada di atas Bitcoin blockchain melalui protokol Omni, Ethereum blockchain sebagai token ERC20 ataupun Tron blockchain. Setiap blockchain sudah tentu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Contohnya, menurut TRON, USDT-Tron lebih efisyen dan menjimatkan kos daripada USDT yang dibina di atas Omnilayer.

Selain itu, satu lagi perbezaan adalah bursa pertukaran yang menggunakan versi Tether yang mana satu. Contohnya, Bittrex dan Binance telah mula menggunakan Tether versi ERC20. Coinomi pula masih lagi menggunakan Tether versi Omni. Bitfinex menggunakan kedua-dua versi termasuk USDT-TRON. Antara bursa pertukaran yang menyokong USDT-TRON termasuk Huobi, OKEx, Poloniex, gate.io dan banyak lagi.

Jadi, sebenarnya, tidak banyak beza antara versi-versi USDT. Terpulang pada anda ingin guna versi yang mana satu. Pastikan anda mempunyai wallet yang sesuai dengan versi USDT yang anda pegang dan anda mempunyai baki token atau coin yang mencukupi.

Contohnya, jika anda menghantar USDT Omnilayer, pastikan anda mempunyai baki BTC yang mencukupi dalam wallet Omnilayer, kerana jika tidak anda tidak akan boleh menghantar USDT ataupun DApps Omni lain. Sama juga jika anda ingin menghantara USDT ERC20, anda perlu memastikan anda mempunyai Ether yang mencukupi dalam wallet Ethereum anda.

Selamat menggunakan USDT!

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.